Salasilah Keturunan 25 Rasul

ALLAH namakan ISLAM sejak dulu, Agama yang ALLAH turunkan buat anutan semua para Nabi dan umat mereka, dan untuk dijadikan warisan keluarga mereka dan warisan keluarga umat mereka juga. Selepas Adam, Idris dan Nuh, baki 22 daripada kesemua 25 Nabi dan Rasul ALLAH yang wajib diketahui itu adalah terdiri dari bangsa Semite belaka. Pun janganlah…

Kekeliruan pada maksud istilah Tawhid dan Syirik

`Tawhid’ adalah perkataan yang berasal dari istilah `wahid’, yang bermaksud `satu’. Tawhid tidak boleh dipakaikan kepada Allah jika `tawhid’ itu kita maksudkan usaha menjadikan `satu’ akan sekelian yang `banyak’. Kerana itu kebetulan sama pula maksudnya dengan `mensyarikatkan’, yang berkaitan pula dengan istilah `syirik’. Di dalam Quran, ALLAH melarang manusia mensyarikatkan Dia. Yakni mengada-adakan rakan-rakan kongsi…

Menjadi Muslim dan Mukmin

Tanggapan umum Iman mendahului Islam, namun ayat ini menunjukkan yang sebaliknya. Yakni kita mula belajar menjadi seorang Muslim sebelum kita belajar menjadi seorang Mukmin. Menjadi seorang Muslim itu adalah untuk akur kepada segala perintah dan larangan Allah, sementara menjadi orang Fasiq itu melakukan keingkaran terhadap perintah dan larangan Allah. Menjadi orang beriman itu adalah untuk…

Antara Nama Asal dan Nama Jolokan

Ada orang yang jadi sangat terkenal dengan nama jolokan teman-teman, bukannya nama yang diberikan ibubapa sendiri dalam surat lahir. Sampai nama sebenar diapun orang dah tak ingat atau tak tahu. Apatah lagi bila dia sendiri turut mempopularkannya lantaran lebih suka perkenalkan dirinya dengan nama jolokan itu bila bertemu kenalan-kenalan baru. Sepertimana contohnya dengan orang melayu,…

Kekeliruan tentang istilah-istilah “Hebrews”, “Israelites” dan “Jews”

“Hebrews” (Ibrani) adalah istilah yang sebenarnya merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Ibrahim (Bani Ibrahim). “Israelites” (Israiliyah/ Bani Israel) pula merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Yaakub ( Israel). Dan “Jews” (orang-orang Yahudi) pula merujuk kepada puak kaum keluarga dari keturunan Judah. Umum mengetahui bahawa Nabi Yaakub (Jacob) adalah anak kepada Nabi Ishak…

Benarkah Melayu dari Keturunan Bani Israel?

Dikatakan bumi Melayu (Tanah Melayu) dan orang Melayu Semenanjung (termasuk Melayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi Mala (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh yang dikisahkan di dalam Book of Mormon itu. Book of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya, Sariah,…