Pakatan Parti-Parti Politik: Lebih baik sebelum atau selepas Pilihanraya?

Wujud pelbagai parti politik di Indonesia, begitulah juga di Malaysia. Bezanya Indonesia merundingkan pakatan parti-parti selepas keputusan Pilihanraya, sementara Malaysia menentukan pakatan parti-parti sebelum bertanding Pilihanraya. Pilihan pendekatan yang berbeza inilah menjadikan masalah dan cabaran yang dihadapi parti-parti politik di Malaysia dan Indonesia itu sangat berbeza pula. Masalah terbesar pakatan parti-parti sebelum Pilihanraya adalah tentang…

Tanah Melayu Hilang Peluang Merdeka Di Zaman Pendudukan Jepun

Tanah Melayu telah kehilangan peluang untuk merdeka lebih awal, bukan dari British tetapi dari Jepun, kerana Jepun sebelum itu telahpun membebaskan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei secara menawan negeri-negeri tersebut dari penaklukan British. Jepun juga telah menawan dan membebaskan negeri-negeri rumpun melayu yang lain, iaitu Indonesia dari penjajahan Belanda dan Filipina dari penjajahan…

Cabaran Kenegaraan Arab Palestin

Majoriti  negara dunia kini telah mengiktiraf kedua-dua negara yahudi Israel  dan negara arab Palestin untuk menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara tersebut. Cuma sedikit negara yang memilih mengiktiraf  salah satu, manakala ada sebilangan yang telah memutuskan hubungan diplomatik dan menarik balik pengiktirafan mereka terhadap negara Israel. Sementara negara-negara yang menolak pengiktirafan negara Arab Palestin itu…

Dr. Burhanuddin al-Helmy

Dr. Burhanuddin al-Helmy, atau nama penuhnya, Burhanuddin bin Haji Muhammad Nor,  lahir di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911, adalah seorang doktor perubatan homeopati yang alim dalam bidang agama Islam. Beliau menguasai nahu saraf dan sastera Arab untuk mampu mentafsir al-Quran dan Hadis dengan baik.  Selain boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris,…

Ahmad Boestamam

Ahmad Boestamam (30 November 1920 – 19 Januari 1983; nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) adalah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali. Seperti kebanyakan para aktivis politik yang sezaman dengannya, Ahmad Boestamam adalah seorang wartawan akhbar yang sangat prolifik. Beliau bermula dengan akhbar Saudara di…

Calon Pilihanraya: Calon Individu atau Calon Parti?

Pada asasnya proses pencalonan Pilihanraya di Malaysia bermula apabila dua individu, seorang pencadang dan seorang lagi penyokong, menamakan orang ketiga sebagai calon pilihanraya pada ‘Kertas Penamaan’ yang ditandatangani mereka untuk dikemukakan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). Ia adalah pencalonan yg tidak ada kena mengena dengan parti politik sehinggalah calon memilih lambang yg disediakan SPR untuk menjadi…

Kerajaan Tanpa Jawatan Lantikan Politik?

Bayangkan Malaysia tanpa Pilihanraya. Lalu bayangkan Organisasi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tanpa jawatan-jawatan lantikan politik padanya pula. Mari kita fikirkan secara jujur. Apakah akan terhenti berfungsi dan boleh terjejas jentera Kerajaan Persekutuan cuma kerana tak ada jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet dalam organisasi Kerajaan Persekutuan? Apakah juga akan terhenti jentera Kerajaan Negeri gara-gara…

Model Baru Pilihanraya Untuk PRU 13?

Satu kejutan barangkali. Namun pasti semua pihak akan mengalu-alukan sekiranya SPR bercadang buat perubahan besar pada struktur dan proses pilihanraya secara membahagi dan mengkhususkan pencalonan wakil rakyat utk sesuatu kawasan pilihanraya kepada sesuatu kaum tertentu sahaja. Dengan kata lain, setiap kerusi Parlimen dan DUN itu terlebih dahulu diagihkan mengikut kaum sebelum bermulanya Pilihanraya.  Lalu pencalonan…

Mitos Jasa Sebuah Parti

Maka parti kenalah sedar.. jika PM dan anggota kabinetnya, MB/KM dan anggota exco-nya, semua para wakil rakyat di Parlimen dan DUN tidak boleh dianggap ‘orang parti’ dan buat ‘kerja parti’, dan semua projek kerajaan tak boleh pula didakwa sebagai ‘projek parti’.. maka sebagai sebuah NGO, apalah sebenarnya yang tinggal jasa langsung parti kepada rakyat?

4 Mitos Pilihanraya dan Politik Kepartian Di Malaysia

MITOS 1: Pilihanraya tidak boleh diadakan jika semua parti politik ambil tindakan boikot Piliharaya. Sebenarnya tidak.  Sebaliknya, Pilihanraya masih boleh terus diadakan. Para calon hanya perlu gunakan lambang-lambang lain yang disediakan SPR seperti motorkar, motorsikal, basikal, kapal terbang, kunci, dsb. Cuma tak ada calon bertanding yang akan gunakan lambang dacing, mata, bulan atau roket. MITOS 2: Kerajaan…

Kewujudan Parti Politik tidak Relevan dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia?

  Terdapat salah-faham yang serius tentang peranan parti-parti politik dalam Pilihanraya. Walaupun rata-rata pengundi fikir yang mereka ‘pangkah parti’ dalam setiap pilihanraya, hakikatnya bukanlah begitu. Di Malaysia, parti-parti politik pada hakikatnya tidak pernah bertanding dalam mana-mana Pilihanraya. Yang bertanding adalah rata-rata calon individu belaka. Kekeliruan adalah berpunca dari sistem pilihanraya di negara ini yang menghendaki…

Memoir PRU 15 – Satu Visi Model Baru Politik Malaysia

Hari Mengundi Hari ini adalah hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang mencatatkan satu detik penting dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia. Paling ketara pada PRU kali ini tiada lagi lambang-lambang dacing, bulan, mata, roket, kunci, basikal dsb di kertas undi (untuk dipangkah) tetapi gambar dan nama calon yang bertanding. Kawasan Parlimen tempat aku membuang…