Pakatan Parti-Parti Politik: Lebih baik sebelum atau selepas Pilihanraya?

Wujud pelbagai parti politik di Indonesia, begitulah juga di Malaysia. Bezanya Indonesia merundingkan pakatan parti-parti selepas keputusan Pilihanraya, sementara Malaysia menentukan pakatan parti-parti sebelum bertanding Pilihanraya. Pilihan pendekatan yang berbeza inilah menjadikan masalah dan cabaran yang dihadapi parti-parti politik di Malaysia dan Indonesia itu sangat berbeza pula. Masalah terbesar pakatan parti-parti sebelum Pilihanraya adalah tentang…

Calon Pilihanraya: Calon Individu atau Calon Parti?

Pada asasnya proses pencalonan Pilihanraya di Malaysia bermula apabila dua individu, seorang pencadang dan seorang lagi penyokong, menamakan orang ketiga sebagai calon pilihanraya pada ‘Kertas Penamaan’ yang ditandatangani mereka untuk dikemukakan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). Ia adalah pencalonan yg tidak ada kena mengena dengan parti politik sehinggalah calon memilih lambang yg disediakan SPR untuk menjadi…

Model Baru Pilihanraya Untuk PRU 13?

Satu kejutan barangkali. Namun pasti semua pihak akan mengalu-alukan sekiranya SPR bercadang buat perubahan besar pada struktur dan proses pilihanraya secara membahagi dan mengkhususkan pencalonan wakil rakyat utk sesuatu kawasan pilihanraya kepada sesuatu kaum tertentu sahaja. Dengan kata lain, setiap kerusi Parlimen dan DUN itu terlebih dahulu diagihkan mengikut kaum sebelum bermulanya Pilihanraya.  Lalu pencalonan…

4 Mitos Pilihanraya dan Politik Kepartian Di Malaysia

MITOS 1: Pilihanraya tidak boleh diadakan jika semua parti politik ambil tindakan boikot Piliharaya. Sebenarnya tidak.  Sebaliknya, Pilihanraya masih boleh terus diadakan. Para calon hanya perlu gunakan lambang-lambang lain yang disediakan SPR seperti motorkar, motorsikal, basikal, kapal terbang, kunci, dsb. Cuma tak ada calon bertanding yang akan gunakan lambang dacing, mata, bulan atau roket. MITOS 2: Kerajaan…

Kewujudan Parti Politik tidak Relevan dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia?

  Terdapat salah-faham yang serius tentang peranan parti-parti politik dalam Pilihanraya. Walaupun rata-rata pengundi fikir yang mereka ‘pangkah parti’ dalam setiap pilihanraya, hakikatnya bukanlah begitu. Di Malaysia, parti-parti politik pada hakikatnya tidak pernah bertanding dalam mana-mana Pilihanraya. Yang bertanding adalah rata-rata calon individu belaka. Kekeliruan adalah berpunca dari sistem pilihanraya di negara ini yang menghendaki…

Memoir PRU 15 – Satu Visi Model Baru Politik Malaysia

Hari Mengundi Hari ini adalah hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang mencatatkan satu detik penting dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia. Paling ketara pada PRU kali ini tiada lagi lambang-lambang dacing, bulan, mata, roket, kunci, basikal dsb di kertas undi (untuk dipangkah) tetapi gambar dan nama calon yang bertanding. Kawasan Parlimen tempat aku membuang…