Oleh ANNAS HAJI AHMAD Kedudukan Peribahasa dalam masyarakat Melayu Sarjana barat, seperti Winstedt dan Wilkinson berasa kagum dengan kekayaan peribahasa Melayu yang berjumlah berpuluh ribu itu. Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup. Alam peribahasa Melayu dengan sendirinya merupakan satu kemegahan masyarakat Melayu lama, mempunyai pertalian yang erat dengan bentuk puisi lama dan…
Tag: metafora
Kita yang umpama ikan Salmon
Menariknya kitaran perjalanan kehidupan seekor ikan salmon adalah seperti melambang dan mencerminkan kitaran perjalanan hidup seorang manusia juga. Kehidupan setiap ekor ikan salmon bermula di hulu sungai di bukit atau di gunung tempat yang tinggi. Kerana di tempat itu induknya bertelur sebelum mati dan di situlah dia menetas untuk kemudian turun kembara menghilir sungai untuk…
HIKAYAT HANG TUAH: Huraian dan Penilaian
Juynbol — dalam katalog naskah Melayu dan Sunda ia memasukkan Hikayat Hang Tuah dalam golongan ‘fiction’ (cereka). Van Ronkel juga bersependapat dengan Juynbol.
Hooykaas pula telah mensifatkan Hikayat Hang Tuah sebagai ‘Malay Legendary Novel’ yang mempunyai unsur sejarah. Winstedt telah memasukkan Hikayat Hang Tuah dalam babak “Malayo-Javanese Romance”, kerana kata-nya, timbul-nya unsur-unsur hero dalam Hikayat Hang Tuah kerana dibina atas unsur-unsur hero dalam Hikayat Panji.
Mengikut Dr. A. Teeuw pula, Hikayat Hang Tuah adalah sebuah mitos. Kassim Ahmad yang pernah mengkaji Hang Tuah secara mendalam, meletakkan Hikayat Hang Tuah dalam golongan epos, kerana katanya dalam Hikayat Hang Tuah terdapat ciri epik sebab berdasarkan peri luas alam ceritanya, dan peri sifat kemanusiaannya.
Sastera Melayu Lama
KATA PENGANTAR Sa-lama ini pengajian sastera Melayu di-sekolah2 menengah, juga di-maktab2 perguruan dan untok pengetahuan sendiri terbatas kapada bahan2 bachaan yang sa-bagitu dalam, rumit dan tidak sesuai dengan tingkatan umor pelajar2 sendiri. Sa-saorang yang biasa mengkaji sastera Melayu lama, sudah tentu akan faham bahawa medan sastera Melayu lama bukan-lah sempit, atau chetek saperti mana yang…
Siapa sebenarnya yang bertikam dengan Hang Tuah?
Ini adalah petikan pada halaman 188 dan 189 dari buku ‘Malay Annals’, satu terjemahan dari naskah asal ‘Sejarah Melayu’, oleh Dr John Leyden yang diterbitkan di London pada tahun 1821 dengan Pengantar Kata oleh Sir Stamford Raffles. Perhatikan buku ini mengisahkan yang bertikam dengan Hang Tuah itu adalah Hang Kasturi, bukannya Hang Jebat, seperti halnya…
Metaforanya Al-Quran
Bukan kebetulan Bahasa Arab dipilih Allah sebagai Bahasa Al-Quran. Ia bahasa yang “highly structured”, indah, beritma dan puitis sifatnya. “Root word” Bahasa Arab yang rata-rata terbentuk dari 3 huruf (atau kadang-kadang dua atau empat huruf) itu menyamai konsep “triad” dalam musik yang terdiri dari 3 musical notes asas yang membentuk “chord” major (pada skala 1,3…
Perumpamaan Anjing
Rata-rata orang Melayu menganggap anjing binatang kotor dan hina yang tidak pantas dipelihara orang Islam, apatah lagi mahu dijadikan binatang kesayangan. Pantang terjumpa anjing di jalanan terus dihalau, jika tidakpun dibaling dengan kayu atau batu. Pun begitu, anjing sepertimana diceritakan di dalam Al-Quran adalah “sahabat setia” manusia. Perhatikan di dalam cerita “ashabul kahfi” bagaimana setianya…
Perumpamaan Beruk dan Babi
Al-Quran Ayat 5:60 “….Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, …” Beruk (Ape) Beruk adalah spesis haiwan yang bukan saja rupa parasnya seolah-olah “meniru” manusia tetapi terkenal juga dengan kelakuannya yang pandai dan suka mengajuk tingkah-laku manusia. Walaubagaimanapun, haiwan jenis ini tidak tahu pula menilai sebarang kemudahan…
HIKAYAT SEORANG TUAN DAN TUJUH HAMBA SAHAYANYA
Al-kisah di zaman dahulu di kota Baghdad hidup seorang lelaki bangsawan yang kaya-raya tinggal di rumah besar di tengah-tengah kota mempunyai tujuh orang hamba sahaya yang semuanya muda-muda belaka. Harakian Sang Tuan tetap bekerja keras walau memiliki ramai hamba sahaya yang lebih dari bersedia untuk membantunya pada bila-bila masa. Anehnya Sang Tuan melarang semua hamba…