Wajarkah kita seru ALLAH dengan panggilan ALLAH saja?

Tidak mengapa umpamanya, datuk atau nenek kita, atau kawan-kawan bapa kita seru bapa kita dengan panggilan namanya. Tapi dikira biadap jika sampai kita seru bapa kita dengan panggilan namanya, melainkan kita panggil dia bapak, ayah, abah, daddy, dsb sesuai dengan peranan dan pangkatnya, sebagai tanda hormatnya kita kepada dia. Begitulah, ALLAH boleh saja seru Nabi…

Kekeliruan pada maksud istilah Tawhid dan Syirik

`Tawhid’ adalah perkataan yang berasal dari istilah `wahid’, yang bermaksud `satu’. Tawhid tidak boleh dipakaikan kepada Allah jika `tawhid’ itu kita maksudkan usaha menjadikan `satu’ akan sekelian yang `banyak’. Kerana itu kebetulan sama pula maksudnya dengan `mensyarikatkan’, yang berkaitan pula dengan istilah `syirik’. Di dalam Quran, ALLAH melarang manusia mensyarikatkan Dia. Yakni mengada-adakan rakan-rakan kongsi…

Menjadi Muslim dan Mukmin

Tanggapan umum Iman mendahului Islam, namun ayat ini menunjukkan yang sebaliknya. Yakni kita mula belajar menjadi seorang Muslim sebelum kita belajar menjadi seorang Mukmin. Menjadi seorang Muslim itu adalah untuk akur kepada segala perintah dan larangan Allah, sementara menjadi orang Fasiq itu melakukan keingkaran terhadap perintah dan larangan Allah. Menjadi orang beriman itu adalah untuk…

Antara Nama Asal dan Nama Jolokan

Ada orang yang jadi sangat terkenal dengan nama jolokan teman-teman, bukannya nama yang diberikan ibubapa sendiri dalam surat lahir. Sampai nama sebenar diapun orang dah tak ingat atau tak tahu. Apatah lagi bila dia sendiri turut mempopularkannya lantaran lebih suka perkenalkan dirinya dengan nama jolokan itu bila bertemu kenalan-kenalan baru. Sepertimana contohnya dengan orang melayu,…

Isu penggunaan istilah Allah dalam kitab Bible

La_ ilaha_il_Allah (Bukanlah tuhan melainkan Allah. Tidak boleh digantikan nama Allah itu dengan nama-nama lain seperti ‘sang tuhan’ (the god) kerana Allah itu hanyalah Allah (yang tidak boleh dialih-bahasakan), nama yang khusus dan tertentu bagi Allah untuk membezakan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain. Sementara itu, memanglah Allah itu tuhan dalam pengertian fahaman manusia. Namun berbanding…

Kekeliruan tentang istilah-istilah “Hebrews”, “Israelites” dan “Jews”

“Hebrews” (Ibrani) adalah istilah yang sebenarnya merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Ibrahim (Bani Ibrahim). “Israelites” (Israiliyah/ Bani Israel) pula merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Yaakub ( Israel). Dan “Jews” (orang-orang Yahudi) pula merujuk kepada puak kaum keluarga dari keturunan Judah. Umum mengetahui bahawa Nabi Yaakub (Jacob) adalah anak kepada Nabi Ishak…

Salah Faham Terhadap Pengertian ‘Fitnah’

‘Fitnah’ sepertimana yang difahami masyarakat  Malaysia pada umumnya adalah ‘defamation’. Yakni melempar tohmahan atau tuduhan palsu perlakuan keji yang kononnya dilakukan seseorang bagi tujuan mencela, mengaib dan menjatuhkan maruah dan kedudukan tertuduh di mata keluarga dan institusi masyarakat. Malangnya, ia satu pengertian yang boleh saja dianggap ‘sempit’, dan barangkali juga ‘menyesatkan’ dari maksud sebenar ‘fitnah’…