oleh ANNAS HAJI AHMAD Syair Puisi Melayu yang berbentuk syair banyak terdapat dalam perkumpulan sastera Melayu lama. Syair adalah satu bentuk yang amat disukai di kalangan masyarakat Islam. Mungkin kerana bentuk syair itu bersemarak dalam masyarakat Melayu dengan datangnya Islam ke alam Melayu kita ini. Perkataan syair berasal dari bahasa Arab, tetapi bentuknya dalam bahasa…
Tag: budaya
Puisi Melayu Lama
Oleh ANNAS HAJI AHMAD Kita tidak dapat menafikan lagi betapa pentingnya pengkajian sastera lama dan juga cabangnya, iaitu puisi lama. Puisi lama telah lama berkembang dalam masyarakat kita, dan kini telah pun timbul puisi Melayu baru. Yang lama dan yang berkesan dalam masyarakat kita patut dijadikan unsur penyelidikan dan kajian kita kerana puisi lama adalah…
Peribahasa Melayu
Oleh ANNAS HAJI AHMAD Kedudukan Peribahasa dalam masyarakat Melayu Sarjana barat, seperti Winstedt dan Wilkinson berasa kagum dengan kekayaan peribahasa Melayu yang berjumlah berpuluh ribu itu. Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup. Alam peribahasa Melayu dengan sendirinya merupakan satu kemegahan masyarakat Melayu lama, mempunyai pertalian yang erat dengan bentuk puisi lama dan…
Pantun Melayu
oleh ANNAS HAJI AHMAD Pantun Melayu mendapat perhatian istimewa dari sarjana bahasa Melayu baik dari bangsa Eropah maupun dari anak tempatan. Manakala anak-anak tempatan melebihkan soal-soal keindahan dalam pantun dan persamaannya dengan bentuk puisi lain di alam Melayu, sarjana-sarjana barat asyik memperkatakan asal perkataan itu dan perhubungan antara pembayang maksud dengan maksudnya hinggakan masing-masing mengeluarkan…
Sastera Rakyat
oleh ANNAS HAJI AHMAD Sifat dan jenis Sastera Rakyat Sebahagian besar dari sastera zaman klasik Melayu terdiri dari apa yang kita fahamkan dengan istilah sastera rakyat. Sastera rakyat tidak mementingkan tulisan, kerana sastera demikian disebarkan dari mulut ke mulut dan disampaikan dari satu keturunan kapada keturunan yang lain. Dengan itu, sastera rakyat dikenali juga dengan…
HIKAYAT HANG TUAH: Huraian dan Penilaian
Juynbol — dalam katalog naskah Melayu dan Sunda ia memasukkan Hikayat Hang Tuah dalam golongan ‘fiction’ (cereka). Van Ronkel juga bersependapat dengan Juynbol.
Hooykaas pula telah mensifatkan Hikayat Hang Tuah sebagai ‘Malay Legendary Novel’ yang mempunyai unsur sejarah. Winstedt telah memasukkan Hikayat Hang Tuah dalam babak “Malayo-Javanese Romance”, kerana kata-nya, timbul-nya unsur-unsur hero dalam Hikayat Hang Tuah kerana dibina atas unsur-unsur hero dalam Hikayat Panji.
Mengikut Dr. A. Teeuw pula, Hikayat Hang Tuah adalah sebuah mitos. Kassim Ahmad yang pernah mengkaji Hang Tuah secara mendalam, meletakkan Hikayat Hang Tuah dalam golongan epos, kerana katanya dalam Hikayat Hang Tuah terdapat ciri epik sebab berdasarkan peri luas alam ceritanya, dan peri sifat kemanusiaannya.
Sastera Melayu Lama
KATA PENGANTAR Sa-lama ini pengajian sastera Melayu di-sekolah2 menengah, juga di-maktab2 perguruan dan untok pengetahuan sendiri terbatas kapada bahan2 bachaan yang sa-bagitu dalam, rumit dan tidak sesuai dengan tingkatan umor pelajar2 sendiri. Sa-saorang yang biasa mengkaji sastera Melayu lama, sudah tentu akan faham bahawa medan sastera Melayu lama bukan-lah sempit, atau chetek saperti mana yang…
HALAL: Satu Fenomena Industri dan Jenama Komersil baru
Kalau mahukan hidangan makanan yang terjamin bersih dan halal, kenalah langgani kedai makan atau restoran yang papar logo ‘Halal’ JAKIM yang sah dan tulin. Berkonsepkan ‘Halalan Toyyiban’, selain penyediaan makanan dan minuman dari bahan yang Halal, restoran kena patuh kepada cara penyediaan makanan, penghidangan makanan dan penjagaan persekitaran premis yang murni dan bersih sepanjang masa…
Siapa sebenarnya yang bertikam dengan Hang Tuah?
Ini adalah petikan pada halaman 188 dan 189 dari buku ‘Malay Annals’, satu terjemahan dari naskah asal ‘Sejarah Melayu’, oleh Dr John Leyden yang diterbitkan di London pada tahun 1821 dengan Pengantar Kata oleh Sir Stamford Raffles. Perhatikan buku ini mengisahkan yang bertikam dengan Hang Tuah itu adalah Hang Kasturi, bukannya Hang Jebat, seperti halnya…
Kalendar Jawa
Seminggu dalam Kalender Solar (Syamsiah) Jawa cuma ada 5 hari (Legi, Pahing, Pon, Wage dan Kliwon). Setahun ada 12 bulan (Kaso, Karo, Katigo, Kapat, Kalimo, Kanem, Kapitu, Kawolu, Kasango, Kasepuluh, Desto dan Sodo). Bulan Kaso ada 41 hari (bermula 23 Jun dan berakhir 2 Ogos), Karo 24 hari (3 Ogos – 25 Ogos), Katigo 24…
Harapkan pegar, pegar makan padi
Jangan tergelak. Ini bukan kes tersalah ejaan! Kerana memang bukan HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI, tetapi yang sebetulnya HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI. Mari kita tinjau rasionalnya dengan cuba mengenali tabiat sejenis burung yang dikenali di Malaysia sebagai ayam pegar ini dengan lebih dekat. Burung pegar, sepertimana lebih dikenali di Indonesia, umumnya makan hanya pada…
Melepas Batok di Tangga
Ramai yang menyalahtafsir asal usul peribahasa ini. Sebenarnya bukan MELEPAS BATUK tetapi MELEPAS BATOK DI TANGGA. Ia bermula dari kesilapan mengubah ejaan batok kepada batuk lalu menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini. Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk”. Batok adalah dari istilah yang dipinjam dari bahasa jawa…