Antara Nasib di Dunia dan Nasib di Akhirat

Ada manusia dari jenis yang ‘keras hati’  dan ada pula dari jenis yang ‘lembut hati’.  Ada yang jenis ‘panas hati’ dan ada yang jenis ‘sejuk hati’. Namun Manusia tidak boleh buang atau lari dari perasaan dan emosi. Ada yang menyifatkan emosi itu satu gangguan kepada perasaan bila yang datang itu negatif sifatnya. Tak kurang pula…

Kita yang umpama ikan Salmon

Menariknya kitaran perjalanan kehidupan seekor ikan salmon adalah seperti melambang dan mencerminkan kitaran perjalanan hidup seorang manusia juga. Kehidupan setiap ekor ikan salmon bermula di hulu sungai di bukit atau di gunung tempat yang tinggi. Kerana di tempat itu induknya bertelur sebelum mati dan di situlah dia menetas untuk kemudian turun kembara menghilir sungai untuk…

Hukum Hudud: Satu Jihad Hak Asasi Manusia

‘Hudud’ adalah berkaitan ‘had’ (atau ‘batasan’). Manakala ‘Taghut’ pada maksud harfiahnya berkonotasikan kecenderungan untuk ‘melampaui batas’ (dari lengkongan keredaan Allah), untuk peristilahan ‘Taghut’ punya kaitan langsung dengan pengertian dan permasalahan ‘hudud’ itu sendiri. Sementara itu Allah mendasari ‘Hukum’ yang berperanan ‘memberi hak’ dan ‘menjamin hak’ individu seseorang, Lalu Allah perkenalkan ‘Hukum Hudud’ yang tujuannya tak…

Antara Idola dan Berhala

‘Idola’ adalah istilah yang relatif baru kepada Bahasa Melayu, diambil dari istilah ‘idol’ dalam Bahasa Inggeris. Pengunaannya menjadi begitu popular berikutan kejayaan rancangan hiburan realiti tv Amerika, ‘American Idol’, yang membawa kepada rancangan serupa, ‘Malaysian Idol’ di Malaysia, dan ‘Indonesian Idol’ di Indonesia, sejurus selepas itu. Istilah ‘idol’ sebenarnya telah sekian lama wujud untuk terlebih…

Salahfaham Terhadap ‘Hukum Hudud’

Hudud dalam bahasa arab bermaksud ‘had’ atau ‘batas’ dalam bahasa melayu. Lalu konsep ‘hudud’ dalam Islam adalah berkaitan hukum (law) dan peraturan (rules)  yang meng’had’kan kuasa seseorang individu atau sekumpulan individu daripada tindakan melampaui ‘batas’ mereka terhadap individu atau sekumpulan individu lain. Ia bertujuan melindungi ‘hak asasi’ dan ‘privasi’ satu pihak daripada dicerobohi, didedah atau…

UNITI, DUALITI, TRINITI…

Salah satu keistimewanya bahasa Arab adalah pada istilahnya yang bergender ‘maskulin’ dan ‘feminin’. Namun istilah ‘al-Ilah’ yang memberi konotasi ‘tuhan feminin’ bukanlah setara dan tidaklah boleh disamakan dengan istilah ‘Allah’ yang ‘neuter’ itu. Lalu Allah, Dia bukan ‘tuhan feminin’ maupun ‘tuhan maskulin’ untuk difalsafahkan.

Memaksa Dan Menidakkan Pilihan Bukan Dari Ajaran Allah

Apabila Allah menghukum sesuatu itu ‘haram’, bukanlah bererti kita yang ‘baik-baik’ ini mendapat ‘izin’ dan ‘perintah’ Allah untuk bertindak sewenang-wenang ‘menzalimi’ pula golongan yang sudahpun  dalam keadaan sedang ‘menzalimi diri sendiri’. Bukan tujuan Allah supaya kita bertindak untuk  menidakkan pilihan. Bukan tujuan untuk kita mengekang keinginan golongan yang cenderung kepada kegiatan ‘keji’ dan ‘rendah akhlak’….

Salah Faham Terhadap Pengertian ‘Fitnah’

‘Fitnah’ sepertimana yang difahami masyarakat  Malaysia pada umumnya adalah ‘defamation’. Yakni melempar tohmahan atau tuduhan palsu perlakuan keji yang kononnya dilakukan seseorang bagi tujuan mencela, mengaib dan menjatuhkan maruah dan kedudukan tertuduh di mata keluarga dan institusi masyarakat. Malangnya, ia satu pengertian yang boleh saja dianggap ‘sempit’, dan barangkali juga ‘menyesatkan’ dari maksud sebenar ‘fitnah’…

Amar Makruf, Nahi Mungkar

Barangkali bukan menjadi hak atau kewajipan masyarakat Islam untuk menghalang tumbuhnya tempat-tempat maksiat atau  memerangi aktiviti-aktiviti maksiat ‘suka sama suka’ oleh pelaku jika ia dilakukan secara sembunyi-sembunyi di tempat terpencil dan tersembunyi dari laluan atau pandangan orang-ramai. Malah, pendekatan dan tindakan mengintip, mengintai dan menceroboh ‘privacy’ bagi tujuan menangkap, mendedah perlakuan aib dan memalukan pelaku…

SYAITAN, MALAIKAT, JIN DAN MANUSIA

Ada jin baik ada jin jahat, dan ada manusia baik ada manusia jahat. Dalam Al-Quran Allah sebut syaitan dari kalangan jin dan manusia, seolah ‘syaitan’ itu adalah semata gelaran yang merujuk kepada ‘jin jahat’ dan ‘manusia jahat’. Barangkali begitu juga halnya dengan ‘malaikat’ yang menjadi gelaran kepada ‘jin baik’ dan ‘manusia baik’. Maka Iblis (dari…

UNTUK Manusia KERANA Allah

Perlu diingat Allah yang serba-serbinya Maha Sempurna, Maha Cukup dan Maha Lengkap samasekali tidak memerlukan Manusia untuk melakukan apa sajapun UNTUK Dia – jauh sekali dari memerlukan sebarang khidmat oleh Manusia UNTUK Dia. Maka janganlah kita meniatkan segala perbuatan baik kita sekalipun UNTUK Allah. Ia boleh saja menjadi satu penghinaan kepada Allah, bukan sanjungan. Maha…

Tuan Manusia

Kita harus insaf bahawa nyatanya Syaitan sebagai musuh ketat Manusia adalah kerana di satu sudut Syaitan itu melarang apa yang Allah perintah untuk Manusia kerjakan. Di sudut yang lain Syaitan memerintah Manusia untuk kerjakan apa yang Allah larang. Pun kita kena ingat bahawa Syaitan itu ada dari kalangan Manusia (bukan dari Jin sahaja), begitulah yang…