ALLAH namakan ISLAM sejak dulu, Agama yang ALLAH turunkan buat anutan semua para Nabi dan umat mereka, dan untuk dijadikan warisan keluarga mereka dan warisan keluarga umat mereka juga. Selepas Adam, Idris dan Nuh, baki 22 daripada kesemua 25 Nabi dan Rasul ALLAH yang wajib diketahui itu adalah terdiri dari bangsa Semite belaka. Pun janganlah…
Tag: agama
Antara Riba, Bay’a dan Sadaqa
SENARIO 1: Abu tawarkan barang miliknya yang bernilai 10 gram emas dengan syarat Bidin setuju tukarkan dengan barang miliknya yang bernilai 12 gram emas, kerana Abu ingin untung 2 gram emas dari transaksi tersebut. SENARIO 2: Dahlia sedia tukar barang miliknya yang bernilai 10 gram emas kalau Farid setuju tukarkan dengan barang miliknya yang bernilai…
Bijaksananya Allah Turunkan al-Quran kepada Rasulnya yang ‘Umiy’
Seorang tokoh akademik terkenal yang bergelar doktor falsafah, umpamanya, apabila dia membuat pengucapan awam sesuatu idea yang agung, orang tidak teragak-agak untuk anggap itu idea yang benar datangnya dari dia sendiri. Biarpun itu sebenarnya satu idea ciplakan atau kutipan. Sudah tentu jika yang membuat pengucapan yang sama itu seorang umiy, yang tidak tahu menulis dan…
Sejarah Timbulnya Perbalahan di Kalangan Umat Manusia
Bapa kepada makhluk jin, iaitu Iblis, terusir dari Syurga lantaran enggan kerjakan suruhan Allah bersujud kepada Adam. Akibatnya, Iblis turut hilang jawatan ‘Archangel’ (Ketua Malaikat) yang memakai gelaran “Ruhul Qudus”. Manakala bapa kepada makhluk manusia, iaitu Adam, terusir dari Syurga lantaran melanggar larangan Allah dari mendekati ‘Pohon Terlarang’ kerana tertipu dengan pujukan dan hasutan Iblis….
Wajarkah kita seru ALLAH dengan panggilan ALLAH saja?
Tidak mengapa umpamanya, datuk atau nenek kita, atau kawan-kawan bapa kita seru bapa kita dengan panggilan namanya. Tapi dikira biadap jika sampai kita seru bapa kita dengan panggilan namanya, melainkan kita panggil dia bapak, ayah, abah, daddy, dsb sesuai dengan peranan dan pangkatnya, sebagai tanda hormatnya kita kepada dia. Begitulah, ALLAH boleh saja seru Nabi…
Kekeliruan pada maksud istilah Tawhid dan Syirik
`Tawhid’ adalah perkataan yang berasal dari istilah `wahid’, yang bermaksud `satu’. Tawhid tidak boleh dipakaikan kepada Allah jika `tawhid’ itu kita maksudkan usaha menjadikan `satu’ akan sekelian yang `banyak’. Kerana itu kebetulan sama pula maksudnya dengan `mensyarikatkan’, yang berkaitan pula dengan istilah `syirik’. Di dalam Quran, ALLAH melarang manusia mensyarikatkan Dia. Yakni mengada-adakan rakan-rakan kongsi…
Menjadi Muslim dan Mukmin
Tanggapan umum Iman mendahului Islam, namun ayat ini menunjukkan yang sebaliknya. Yakni kita mula belajar menjadi seorang Muslim sebelum kita belajar menjadi seorang Mukmin. Menjadi seorang Muslim itu adalah untuk akur kepada segala perintah dan larangan Allah, sementara menjadi orang Fasiq itu melakukan keingkaran terhadap perintah dan larangan Allah. Menjadi orang beriman itu adalah untuk…
Antara Nama Asal dan Nama Jolokan
Ada orang yang jadi sangat terkenal dengan nama jolokan teman-teman, bukannya nama yang diberikan ibubapa sendiri dalam surat lahir. Sampai nama sebenar diapun orang dah tak ingat atau tak tahu. Apatah lagi bila dia sendiri turut mempopularkannya lantaran lebih suka perkenalkan dirinya dengan nama jolokan itu bila bertemu kenalan-kenalan baru. Sepertimana contohnya dengan orang melayu,…
Kesesatan Penganut Kristian
Sayangnya kecintaan, puji-pujian dan pujaan yang melampau seperti yang dipamerkan orang-orang Kristian terhadap Nabi Isa telah menjerumuskan mereka kepada dosa syirik yang langsung mendatangkan kemurkaan Allah lantaran pegangan akidah sesat ‘Jesus is Lord’ (Isa itu Rabb) mereka. Sedangkan sebagaimana diceritakan di dalam Al-Quran, ketika Allah bertanya kepada Nabi Isa apakah dia menganjur menjadikan dirinya ‘Rabb’…
Isu penggunaan istilah Allah dalam kitab Bible
La_ ilaha_il_Allah (Bukanlah tuhan melainkan Allah. Tidak boleh digantikan nama Allah itu dengan nama-nama lain seperti ‘sang tuhan’ (the god) kerana Allah itu hanyalah Allah (yang tidak boleh dialih-bahasakan), nama yang khusus dan tertentu bagi Allah untuk membezakan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain. Sementara itu, memanglah Allah itu tuhan dalam pengertian fahaman manusia. Namun berbanding…
Kekeliruan tentang istilah-istilah “Hebrews”, “Israelites” dan “Jews”
“Hebrews” (Ibrani) adalah istilah yang sebenarnya merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Ibrahim (Bani Ibrahim). “Israelites” (Israiliyah/ Bani Israel) pula merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Yaakub ( Israel). Dan “Jews” (orang-orang Yahudi) pula merujuk kepada puak kaum keluarga dari keturunan Judah. Umum mengetahui bahawa Nabi Yaakub (Jacob) adalah anak kepada Nabi Ishak…
Islam di sebalik kepelbagaian agama sedunia?
Agama Islam Warisan Semua Bangsa di Dunia Dari bangsa (atau keluarga) besar, lahirlah pecahan-pecahan kepada bangsa-bangsa (atau keluarga) yang lebih kecil. Begitulah bangsa Jew adalah pecahan dari bangsa Israelite, bangsa Israelite dari pecahan bangsa Hebrew, dan bangsa Hebrew adalah pecahan dari bangsa Semite. Menjadi lumrah sesetengah bangsa di dunia menamakan bangsa mereka sempena nama moyang…