Saya cenderung menanggapi ibadah infaq, bersedekah, termasuk wakaf dan zakat itu adalah serpihan-sepihan kecil gagasan sistem ekonomi Islam ‘as-sadaqaat’ (gift/sacred economy) yang lebih besar, komprehensif dan bersepadu.
Kepada saya, sistem ekonomi ‘As-Sadaqaat’ telah dipecah-pecahkan oleh musuh-musuh ‘luar dan dalam’ Islam kerana berupaya tampil mencabar dan menggantikan institusi ekonomi kapitalisme yang mengoperasi amalan riba (yang diharamkan ALLAH) pada sistem perdagangan (atau perniagaan), kewangan dan perbankan pada landasan dan kerangka kapitalisme sepertimana yang yang dipraktikkan hari ini, termasuk di dunia Islam sendiri.
Sungguh pencapaian kepada matlamat sistem ekonomi Islam sebenar yang harus diinstitusikan itu amatlah bergantung kepada sejauh mana kemahuan dan kesediaan ummah untuk berubah.
Masalahnya ia perubahan sangat radikal kerana harus meninggalkan amalan berakar-umbi budaya ekonomi saling ‘berjual-beli’ yang melibatkan pertukaran (contohnya: barangan, perkhidmatan tenaga kerja/intelek, hartanah, ekuiti, dsb) sebagai syarat transaksi pulangan ekonomi yang diletakkan nilai matawang padanya.
Ia memerlukan peralihan mendadak untuk lantas digantikan dengan transaksi ekonomi tanpa syarat dan tanpa pulangan bersyarat di mana berlaku amalan ikhlas saling ‘sedekah-mensedekahi’ (sadaqa/charity) apa saja atas cuma kerana memenuhi keperluan satu sama lain sebagai satu konsep, pendekatan dan amalan budaya alternatif perekonomian Islam melalui cara/jalan anjuran ALLAH (fi sabilillah) itu.
Ini pra-syarat yang perlu untuk memungkinkan satu keadaan istimewa di mana segala sumber pengeluaran (production resources) yang diperlukan para karyawan/pengusaha pembekalan (supplier) bagi menyedia penawaran (supply) buat memenuhi permintaan dan keperluan pengguna (user/consumer) itu dapat diperolehi secara gratis (percuma) atas kesediaan semua pihak untuk saling mensedekahkan saja secara ikhlas keperluan satu sama lain.
Sudah tentu faedahnya akan berbalik semula kepada semua di mana para konsumer/pengguna dapat menikmati hasil berlipatganda secara gratis pula.
Apabila segalanya boleh disediakan dan dinikmati secara gratis, apalah perlunya lagi masyarakat kepada wang, institusi kewangan dan institusi perbankan. Cara kreatif Ini menjadikan sistem ekonomi alternatif yang unik ini bebas dan berkesan dari kebergantungan kepada sistem kewangan dan perbankan yang selama ini menjerat kedua-dua pihak ‘amiliin’ dari golongan karyawan (pengusaha/supplier) dan pihak ‘masakiin’ dari golongan konsumer/pengguna menjadi mangsa kepada kuasa penjajahan, perhambaan dan telunjuk penguasa kapitalis.
Sungguhpun begitu, adalah diakui pendekatan riba dalam sistem ekonomi kapitalisme didapati mampu mencetuskan kerancakan transaksi ekonomi dan peningkatan kemakmuran dan kekayaan kepada mereka yang terlibat dalam perusahaan dan pekerjaan.
Namun, sedar atau tidak sedar, suka atau tidak suka semua orang baik dari golongan ‘amiliin’ (pembekal/supplier) maupun ‘masakiin’ (pengguna/consumer) telah diseret menjadi golongan ‘ar-riqaab-wal-gharimiin’ (‘hamba tebusan’ tuntutan hutang) yang amat membelenggu dan membatasi keupayaan untuk bebas membangun perusahaan untuk mencipta pekerjaan dan mencipta keupayaan permintaan bagi pengeluaran dan penawaran pelbagai produk dan perkhidmatan sebebas-bebas dan sebanyak-banyaknya kerana isu, permasalahan dan sekatan kewangan dan keterhutangan.
Lalu gagasan sistem ekonomi radikal ‘as-Sadaqaat’ dilihat sebagai satu potensi solusi kemanusiaan yang mampu menukar ummah menjadi golongan ‘abnissabil’ bebas dari isu, pengaruh dan instrumen wang yang telah menjerumuskan kedua-dua golongan ‘masakiin’ dan ‘amiliin’ ini menjadi ‘fuqaraa’ (golongan fakir).
Sementara pada masa yang sama menimbulkan satu ancaman besar pula kepada kekuasaan dan kepentingan yang bakal meruntuhkan empayar penaja kapitalisme yang dikuasai dan dinikmati contohnya golongan elitis yahudi dan elitis arab jahiliah di zaman Nabi yang menjadi amat kaya raya kerananya.
Lalu tidak hairanlah mengapa Nabi, para sahabat dan orang-orang beriman para pengikut Nabi di zaman Nabi dan para sahabat diperangi habis-habisan oleh puak-puak kafiriin yang termasuk golongan munafiqiin yang berkepentingan dalam sistem ekonomi yang mengoperasikan sistem riba itu.
Yang jelas tidak memerangi, malahan melindungi, Nabi, para sahabat dan orang-orang beriman adalah umat Kristian di zaman Nabi kerana Nabi Isa juga memperjuangan reformasi ekonomi berunsurkan ‘As-Sadaqaat’ (charity) yang serupa yang lalu atas sebab yang sama ditentang keras oleh golongan elitis dari bangsa Baginda sendiri, yakni bangsa yahudi, yang punya kepentingan dan kebajikan ekonomi atas penganjuran amalan riba yang diharamkan ALLAH itu.
Pun Allah melarang paksaan kepada perlaksanaan sistem perekonomian Islam “As-Sadaqaat” kepada ummah lain yang tidak ingin kepadanya atas prinsip tiada paksaan kepada ‘diin’ (dari jalan atau cara hidup anjuran) Allah itu.
Lalu Allah menghalalkan sistem “bay’aa” (pertukaran produk/ ‘barter exchange’) sebagai ‘platform’ yang memungkinkan perhubungan dagangan antara negara-negara bukan Islam yang mengamalkan sistem ekonomi ‘riba’ dengan negara-negara ummah Islam yang mengamalkan sistem ekonomi ‘sadaqa’.
Baru2 ni rasany ada cadangan dr Dr Abdul Halim ( mantan CEO / Pengerusi BIMB ) untuk menubuhkan Sadaqat House . Maybe in line kot …
Kena bezakan dengan Welfare State – which can be term as “take economy”