Antara Riba, Bay’a dan Sadaqa

SENARIO 1:
Abu tawarkan barang miliknya yang bernilai 10 gram emas dengan syarat Bidin setuju tukarkan dengan barang miliknya yang bernilai 12 gram emas, kerana Abu ingin untung 2 gram emas dari transaksi tersebut.

SENARIO 2:
Dahlia sedia tukar barang miliknya yang bernilai 10 gram emas kalau Farid setuju tukarkan dengan  barang miliknya yang bernilai 10 gram emas juga.

SENARIO 3:
Hasnah hadiahkan barang miliknya yang bernilai 10 gram emas kepada Gayah tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari Gayah. Tersentuh dengan kebaikan Hasnah, Gayah  hadiahkan pula barangnya yang bernilai 12 gram emas kepada Hasnah.

Persoalan 1 (SENARIO 1):
Apakah Abu menganiayai Bidin? Adakah Bidin akan terasa seperti dimanipulasi dan dirugikan Abu dalam transaksi yang berat sebelah itu? Apakah ini contoh transaksi riba?

persoalan 2 (SENARIO 2):
Adakah kedua-dua Dahlia dan Farid akan memperoleh pahala akhirat dari transaksi mereka? Apakah ini contoh transaksi bay’a?

Persoalan 3 (SENARIO 3):
Adakah kedua-dua Hasnah dan Gayah akan memperoleh kedua-dua pahala dunia dan pahala akhirat dari transaksi mereka? Apakah ini contoh transaksi sadaqa?

riba bay'a sadaqa

Senario Lain

KES 1:
Ahmad beri Aminah dagangan untuk dijual dengan harga 12 gram emas. Aminah berjaya mendapatkan Daud membelinya dengan harga 12 gram emas. Ahmad bayar Aminah 2 gram emas sebagai komisen jualan.

KES 1A:
Ahmad amanahkan Aminah dagangan untuk dijual dengan harga 12 gram emas. Ahmad berjanji beri Aminah komisen jualan 2 gram emas. Aminah berjaya memujuk Daud membelinya dengan harga 15 gram emas. Aminah pulangkan Ahmad 10 gram emas selepas tolak komisen jualan 2 gram emas, selain simpan lagi 3 gram emas kerana berjaya menjualnya dengan harga 3 gram emas lebih tinggi (15 gram emas) dari harga (12 gram emas) yang dijangkakan oleh Ahmad sendiri.

KES 2:
Aminah beli dari Ahmad dagangan yang serupa dengan harga 10 gram emas. Aminah jual kepada Daud dengan harga 12 gram emas. Aminah memperoleh pendapatan 2 gram emas dari hasil jualan tersebut.

KES 2A:
Aminah beli dari Ahmad dagangan yang serupa dengan harga 10 gram emas. Aminah jual kepada Daud dengan harga 15 gram emas. Aminah memperoleh pendapatan 5 gram emas dari hasil jualan tersebut.

Begitulah pelbagai cara dan berbagai harga dalam berjual-beli yang apabila dibuat perbandingan akan mengeliru dan menyukarkan kita menghakimi benar atau salahnya tindakan penjual.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s