Antara Nama Asal dan Nama Jolokan

Ada orang yang jadi sangat terkenal dengan nama jolokan teman-teman, bukannya nama yang diberikan ibubapa sendiri dalam surat lahir. Sampai nama sebenar diapun orang dah tak ingat atau tak tahu. Apatah lagi bila dia sendiri turut mempopularkannya lantaran lebih suka perkenalkan dirinya dengan nama jolokan itu bila bertemu kenalan-kenalan baru.

Sepertimana contohnya dengan orang melayu, apakah nama “Melayu” itu orang Melayu yang kasi sendiri atau orang luar yang kasi? Apapun, dalam buku-buku sejarah China, mereka merujuk Melayu  sebagai bangsa “ma-la-yoo”. Kebetulan memang asalnya tidak ada vokal ‘e-pepet’ dalam pertuturan orang-orang Melayu. Contohnya, ‘keadaan’ disebut ‘ka-ada-an’, ke sekolah disebut ‘ka-sakolah’, dan sudah semestinya ‘melayu’ itu disebut ‘malayu’.

Sementara generasi lama orang-orang Arab lebih mengenali Melayu itu orang “Jawi”, biarpun orang melayu lebih suka dipanggil “Melayu”. Apapun, dulu bahasa Melayu menggunakan “tulisan jawi”, sementara ‘masuk jawi’ adalah istilah yang biasa digunakan orang Melayu untuk maksud berkhatan.

Sementara itu, mereka yang dikenali sebagai orang-orang Hindu juga dikatakan bukanlah nama yang dikasi orang Hindu sendiri, tapi orang Inggeris yang kasi, kerana bangsa mereka terlebih dulu dikenali sebagai bangsa ‘Bhara’ atau ‘Bharata’. Lalu jangan hairanlah tak ada istilah “Hindu” pun dalam kitab-kitab Veda Hindu.

Biarpun betul itu agama orang-orang Hindu, tapi tidak betul dipanggil Agama Hindu sedangkan kitab-kitab Veda tak namakan dia Agama Hindu. Masalahnya orang-orang Hindu sendiri tak kisah orang namakan agama mereka Agama Hindu, lantaran merekapun rata-rata suka memperkenalkan agama mereka itu Agama Hindu.

Tak macam agama orang-orang Melayu atau agama orang-orang Arab yang tak siapa namakan dia Agama Melayu ataupun Agama Arab, melainkan Agama Islam, apatah lagi Allah sendiri menamakannya Agama Islam sepertimana yang disebut di dalam kitab Al-Quran.

Serupalah agama orang-orang Yahudi (Jews) itu sebetulnya bukan namanya Agama Yahudi (Judaism), tetapi agama Islam kerana Islam adalah agama orang-orang Hebrew yang dibawa Nabi Ibrahim dan diperturunkan kepada anak cucunya dari Bani Ismail dan Bani Israel.

Tidak juga agama yang dibawa Isa Al-Masih (Jesus Christ)  yang pengikutnya digelar Christian itu Christianity, tetapi sebetulnya Agama Islam sebagaimana yang dinamakan Allah dari zaman Nabi Ibrahim lagi yang dipusakai turun temurun oleh orang-orang berketurunan Hebrew ini.

Menariknya, dikatakan  bangsa ‘Bhara’ (Bharata) yang menjadi nama asal bangsa orang-orang Hindu itu ada kaitannya dengan ‘Ibrani’ atau ‘Hebrew’, selain kaitan nama Brahma dengan Abraham (Ibrahim). Pun istilah ‘Ishalayam’ (dari bahasa Sanskrit yang bermaksud ‘Temple of God’) begitu hampir bunyinya dengan ‘Islam’ yang menjadi agama kepada Nabi Ibrahim dari Bangsa Hebrew ini. Kitapun tahu dari kisah di dalam Al-Quran bahawa Nabi Ibrahim lahir di dalam keluarga dan masyarakat yang mengukir dan menyembah patung-patung berhala.

Sungguh kitab-kitab Veda, Bible dan Quran mempunyai ajaran yang hampir saja serupa untuk dirumuskan ia bersumberkan dari ajaran agama yang sama, biarpun ternyata amat berbeza jika dilihat dari amalan para penganutnya masing-masing, terutama yang melibatkan acara dan upacara keagamaan.

Barangkali perbezaan ini berlaku kerana amalan keagamaan masing-masing yang tidak bersandar dan berdasarkan sepenuhnya kepada ajaran pokok sebenar kitab-kitab suci masing-masing akibat penodaan dan penyelewengan yang mencampur-adukkan antara kepercayaan yang benar dengan kepercayaan karut, dan amalan yang haq dengan amalan yang batil akibat kecenderungan kepada jalan kesesatan berbanding jalan kebenaran.

Jika Nabi Ibrahim yang menjadi bapa kepada bangsa Hebrew (Bani Ibrahim) ini menghadapi cabaran berdepan dengan patung-patung berhala di zamannya yang akhirnya dipecah-pecahkannya mengakibatkan dia dimusuhi masyarakatnya, warisan kesesatan serupa timbul semula di bumi Arab Quraisy menghiasi Kaabah untuk jadi cabaran dan risiko yang sama besar pula kepada Nabi Muhammad.

Selain terpaksa berdepan dengan masyarakatnya sendiri dari bangsa Hebrew cabang Bani Ismail yang telah menyelewengkan agama Islam anutan Ibrahim menjadi agama Hindu itu, Nabi Muhammad terpaksa juga berdepan dengan keturunan bangsa Hebrew lain dari cabang Bani Israel yang telah mengubah Agama Islam asal anutan Ibrahim menjadi Agama Yahudi dan Agama Nasrani.

Alhamdulillah, nama Islam yang dulunya hilang digerhanakan nama-nama jolokan Hinduism (termasuk serpihannya, Buddhism), Judaism dan Christianity, kini muncul kembali dengan nama asalnya  sejak turunnya kitab Al-Quran yang seratus persen kalam Allah sepertimana diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Jibril (“Ruhul Qudus”).

Lalu mereka yang tidak menyelidiki Al-Quran menjadi tersalah anggap yang Islam adalah agama baru yang memakai nama baru, selain yang sengaja menolak mengaitkan kesinambungan Nabi Muhammad dan ajaran yang dibawa Nabi ‘Khatamul Anbiya’ itu dengan bangsa dan agama Hebrew yang asal.

religious adherents 2000

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s