Isu penggunaan istilah Allah dalam kitab Bible

bible.jpg

La_ ilaha_il_Allah (Bukanlah tuhan melainkan Allah.

Tidak boleh digantikan nama Allah itu dengan nama-nama lain seperti ‘sang tuhan’ (the god) kerana Allah itu hanyalah Allah (yang tidak boleh dialih-bahasakan), nama yang khusus dan tertentu bagi Allah untuk membezakan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain.

Sementara itu, memanglah Allah itu tuhan dalam pengertian fahaman manusia. Namun berbanding tuhan-tuhan yang lain, hanya Allah yang layak dianggap, dipanggil, atau dipuji dan dipuja sebagai ‘tuhan’. Seperti gugurnya taraf ‘tinggi’ seseorang untuk jatuh menjadi ‘tidak tinggi’ apabila muncul orang yang lebih tinggi dari dia.

Sementara itu, istilah Allah bukan sekadar merujuk kepada tuhan (ilah) yang satu dan tertentu, tetapi istilah Allah itu turut merujuk kepada tuan (rabb) yang satu dan tertentu juga. Pun berbanding dengan tuan-tuan yang lain juga, hanya Allah yang layak dianggap atau dipanggil ‘tuan’ untuk kita semua abdikan diri kita sepenuhnya kepada Dia. Seperti gugurnya taraf ‘boss’nya seseorang itu untuk jatuh menjadi sekadar ‘the little boss’ apabila hadir ‘the big-boss’ yang menjadi ‘boss’ yang sebenar kepada semua orang.

Oleh itu istilah Allah bukanlah dan tidak sama maksudnya dengan ‘al-ilah’ yang hanya merujuk kepada peranan ‘tuhan’ (ketuhanan) dan tidak merujuk kepada peranan ‘tuan’ (ketuanan) Allah. Lalu kita tidak sebut ‘al-ilah’ tetapi ‘Allah’ untuk merangkumi kedua-dua peranan Allah, iaitu Allah, Dialah satu-satunya tuhan dan tuan yang harus menjadi pujian, pujaan dan pengabdian sekelian manusia.

Pun teriakan ‘ Ya ilahi’(Oh, tuhanku) atau ‘Ya rabbi’ (Oh, tuanku) masih belum bermaksud teriakan yang tentu ditujukan khusus kepada Allah kerana teriakan yang sama masih boleh digunakan untuk ditujukan kepada tuhan yang lain selain daripada Allah. Lainlah dengan sebutan ‘Allahu akbar’ (Allah yang agung’) atau ‘Allahu rabbi’ (Allah tuanku) yang tentunya khusus ditujukan kepada Allah sahaja.

Lalu kita tidak boleh halang penggunaan istilah ‘ilah’ (tuhan) yang boleh saja merujuk kepada Allah ataupun tuhan-tuhan yang lain selain Allah. Namun harus ditentang dan dihalang penggunaan istilah Allah di tempat yang bukan dimaksudkan bagi ditujukan khusus buat Allah semata-mata.

DALIL ALASAN ISTILAH ALLAH TIDAK WAJAR DIGUNAKAN DALAM TERJEMAHAN BIBLE DALAM APA JUA BAHASA SEKALIPUN

Sementara itu, Allah adalah nama kepada tuhan orang-orang Islam, sebagaimana Muhammad itu nama kepada nabi dan rasul orang-orang Islam. Quran itu pula adalah nama bagi kitab suci orang-orang Islam di mana nama tuhan, Allah, ada tersebut di dalamnya.

Kerana ‘Allah’ itu nama khas, bukannya nama am seperti ‘ilah’ dan ‘rabb’, lalu nama Allah dikekalkan istilahnya bila Quran diterjemahkan dari bahasa asal Arab ke bahasa-bahasa lain. Terjemahan Quran bahasa Inggeris umpamanya, menggunakan istilah Inggeris ‘god’ menggantikan istilah Arab ‘ilah’, dan istilah inggeris ‘lord’ menggantikan istilah Arab ‘rabb’.

Terjemahan Quran bahasa Melayu pula, misalnya, menggunakan istilah Melayu ‘tuhan’ menggantikan istilah Arab ‘ilah’, dan rata-rata gunakan istilah Melayu ‘tuhan’ juga menggantikan istilah Arab ‘rabb’. Barangkali istilah ‘tuan’ itu lebih sesuai digunakan untuk ‘rabb’, bagi membezakan konsep dan pengertian yang berbeza antara kedua-dua istilah ‘ilah’ dan ‘rabb’ itu yang dikaitkan secara langsung dengan Allah, sebagaimana dikaitkan ‘nabi’ dan ‘rasul’ secara langsung dengan Muhammad.

Orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian tidak mengiktiraf Muhammad sebagai nabi. Mereka juga tidak iktiraf Al-Quran sebagai kitab suci, selain menolak Islam sebagai agama langit. Mereka juga tidak iktiraf tuhan Allah, yang menjadi tuhan kepada orang-orang Islam, sebagai tuhan mereka.

Lalu, di manakah logik dan wajarnya untuk Gereja mahu gunakan istilah Allah dalam terjemahan Bible (tak kira dalam bahasa apa sekalipun), kecualilah ‘Allah’ itu istilah yang ada disebut di dalam kitab Bible asal berbahasa Hebrew, yang menjadi nama tuhan mereka.

Bukankah Yahweh, Yehoveh, Yehovah, Yahovah, Jehovah, Yahuweh, atau Yahuwah, yang menjadi nama kepada tuhan mereka itu sepertimana yang disebut di dalam Bible asal berbahasa Hebrew itu, yang sepatutnya Gereja gunakan dalam semua terjemahan?

Sudah tentu nama am ‘elohim’ dalam bahasa Hebrew yang bermaksud ‘tuhan’ atau ‘god’ itu, selain ‘adonai’ dalam bahasa Hebrew yang bermaksud ‘tuan’ atau ‘lord’ itu, boleh saja diterjemahkan mengikut bahasa terjemahan, tetapi bukan ‘Yahweh’ (atau Yahuwah, dsb), nama khas yang merujuk kepada ‘elohim’ (tuhan/god) dan ‘adonai’ (tuan/lord) orang-orang Yahudi dan Kristian itu.

KEBIJAKSANAAN PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT UNTUK TIDAK MENENTANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM

ALHAMDULILLAH. Para pemimpin Melayu dan Islam dari Pakatan Rakyat termasuk kedua-dua Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang telah mengumum pendirian masing-masing, sekaligus merupakan pendirian resmi PAS dan Pakatan Rakyat, yang masing-masing tiada bantahan istilah ALLAH digunakan dalam tejemahan Bible dalam bahasa Melayu, asalkan tidak disalahgunakan (yakni digunakan di tempat yang betul).

Hasrat Gereja di Malaysia untuk menggunakan istilah ALLAH itu, jika dilihat secara positifnya, adalah satu pengiktirafan besar secara langsung, sekurang-kurangnya oleh pihak Gereja di Malaysia, bahawa Tuhan yang  dikenali dengan nama YAHWEH (juga disebut Yehoveh, Yehovah, Yahovah, Jehovah, Yahuweh atau Yahuwah) di dalam kitab asal Bible berbahasa Hebrew itu adalah Tuhan sama yang bernama ALLAH yang tersebut di dalam Al-Quran.

Dengan lain perkataan, Kristian di Malaysia telah mula untuk sekurang-kurangnya mengiktiraf bahawa orang-orang Kristian berkongsi Tuhan yang sama dengan orang-orang Islam. Mudah-mudahan dengan terjemahan Bible ke bahasa Melayu dengan menggunakan istilah-istilah yang betul di tempatnya, sebagaimana terjemahan Al-Quran dari bahasa Arab ke bahasa Melayu, akan memudahkan orang-orang Kristian yang berbahasa Melayu tu nanti mendekati dan membandingkan isi Al-Quran dengan isi Bible yang keduanya berbahasa Melayu itu untuk menyedarkan mereka bahawa Kristian, Yahudi dan Islam juga pada hakikatnya berkongsi para nabi, para rasul dan para malaikat yang memang sama juga.

Bahawa Islam adalah agama yang benar dan asal dari Nabi Ibrahim yang diwariskan kepada bangsa Hebrew, kepada Bani Israel dan bangsa Yahudi, selain kepada bangsa Arab dari keturunan Bani Ibrahim yang sama.

Barangkali kesedaran ini bakal dapat menarik mereka untuk seterusnya menerima dan mengiktiraf kebenaran kitab Al-Quran dan kebenaran Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul utusan Allah yang terakhir. Insya Allah, perbandingan Quran dan Bible dalam bahasa Melayu yang sama itu bakal menyedarkan mereka untuk memperbetul dan membebaskan umat mereka dari kesilapan dan kesesatan akidah berhubung tentang Isa Al-Masih sebagai anak Tuhan, dan tentang kesyirikan dalam fahaman Trinity mereka yang ditegur dan diperjelaskan Allah di dalam Kitab Al-Quran, apatah lagi apabila mereka telah menerima yang berkata-kata di dalam kitab Al-Quran itu adalah Allah, Tuhan yang mereka imani yang namanya turut disebut dalam Kitab Bible berbahasa Melayu itu.

Apapun, mereka yang terlibat dan bertanggungjawab dalam penterjemahan itu hendaklah terdiri dari mereka yang mempunyai kemahiran bahasa dan arif dalam nahu bahasa untuk faham bahawa istilah ALLAH hanya boleh digunakan di tempat di mana asal istilah YAHWEH digunakan bagi menggantikan istilah YAHWEH kepada istilah ALLAH. Di tempat-tempat itu saja.  Bukannya di tempat-tempat yang  lain.

Ini kerana ALLAH dan YAHWEH kedua-duanya adalah nama-nama khas (proper noun) sepertimana nama-nama khas (proper noun) yang lain seperti Eve (Hawa), Mary (Mariam), Jesus Christ (Isa Al-Masih), Abraham (Ibrahim), Noah (Nuh), Jacob (Yaakub), Isaac (Ishak), Ishmael (Ismail), Moses (Musa), Aaron (Harun),  Solomon (Sulaiman), David (Daud), Joseph (Yusuf), Gabriel (Jibrail), Michael (Mikhail), dsb.

Sementara untuk istilah-istilah yang berupa nama-nama am (common nouns) seperti God (Elohim) harus dikekalkan terjemahannya sebagai ‘Tuhan’, manakala  Lord (Adonai) diterjemahkan sebagai ‘Tuan’. Sepertimana ‘my God’ diterjemahkan sebagai ‘Tuhanku’, ‘my Lord ‘Tuanku’, dan ‘my Lord Jesus’ sebagai ‘Tuanku  Isa’ (bukannya ‘Isa Tuhanku’ atau ‘Tuhanku Isa’), dsb. Begitulah penggunaan istilah-istilah pada nama-nama am (common nouns) yang lain di mana ‘prophet’ diterjemahkan sebagai  ‘nabi’, messenger (rasul), angel (malaikat), evil (jahat), Devil (Syaitan), dsb.

Surah al-Maidah (5) Ayat 8

Advertisement

2 Comments Add yours

  1. sandiwara says:

    The term ‘Allah’ is a proper noun, similar to ‘Jibril’ (Gabriel), ‘Isa’ (Jesus) or ‘Muhammad’. Whilst, ‘ilah’ (god) and ‘rabb’ (lord) are common nouns, similar to ‘malaikat’ (angel), ‘nabi’ (prophet) or ‘rasul’ (messenger).

    Of course, common nouns can be made definite by introducing the prefix article ‘al’ in Arabic, ‘the’ in English, or ‘sang’ in malay.

    The term ‘Allah’, being a proper noun, is therefore not the same as definite noun ‘al-ilah’ in Arabic, ‘the god’ in English, or ‘sang tuhan’ in Malay. Anyway, I don’t find such definite noun ‘al-ilah’ or ‘ar-rabb’ used in the Quran but indefinite nouns ‘ilah’ and ‘rabb’ only.

    Allah refers himself as ‘ilah’ (god) and ‘rabb’ (lord); of course “Jibril” is an angel: whilst Isa and Muhammad are both prophets and messengers of Allah.

    Therefore, the terms ‘ilah’ and ‘rabb’, being common nouns, may be translated into other languages like ‘god’ (ilah) and ‘lord’ (rabb) in English, or ‘tuhan’ (ilah) and ‘tuan’ (rabb) in Malay. But not ‘Allah’, the proper name.

    Anyway, Allah is the God and the Lord for all Mankind, that everyone has the right to call Him by His name, Allah, which Allah named Himself.

    1. sandiwara says:

      BAGAIMANA SAMPAI NAMA TUHAN, YAHWEH, BAGI ORANG-ORANG YAHUDI DAN KRISTIAN DISEBUT BERBEZA-BEZA?

      Tulisan Bahasa Hebrew, sepertimana tulisan bahasa Arab, tidak ada huruf ‘vowel’ melainkan huruf-huruf ‘consonant’ saja. Lalu untuk orang-orang yang baru belajar bahasa Arab dibantu dengan baris-baris di atas (aa), di bawah (ee) dan di hadapan (uu), termasuk dua baris di atas (aan), di bawah (een) dan di hadapan (uun).

      Sebutan YAHWEH hanyalah satu versi dari spekulasi cuba mencari sebutan bunyi sebenar kepada empat huruf konsonan bahasa Hebrew, yaitu ‘Yohd-Hey-Vav-Hey’. Ada pelbagai kemungkinan, lalu wujud pelbagai versi lain seperti Yehoveh, Yehovah, Yahovah, Jehovah, Yahuweh, dan Yahuwah.

      BAGAIMANA SAMPAI TERJADI DEMIKIAN?

      Sebutan nama sebenar tuhan (elohim) dianggap para ‘rabbi’ Yahudi sebagai sangat suci yang hanya layak disebut orang-orang yang suci dan bersih dari dosa sahaja.

      Maka tidak boleh sembarangan orang yang menyebutnya. Bukan saja orang-orang bukan Yahudi dilarang menyebutnya, malahan larangan tersebut dikenakan kepada orang-orang Yahudi sendiri juga.

      Begitulah, bagaimanan para rabbi Yahudi memutuskan dan selanjutnya bertindak menyembunyikan bunyi sebutan sebenar dari pengetahuan orang ramai, di mana ia menjadi satu rahsia besar yang wajib disimpan dari pengetahuan sesiapa melainkan dari kalangan para rabbi Yahudi sahaja.

      APAKAH PUNCANYA?

      Puncanya, sebagaimana yang menjadi ajaran Islam sendiri, agama Yahudi melarang keras para penganutnya bersaksi palsu dengan menyebut nama Tuhan. Dengan kata lain, bersumpah palsu dengan nama Tuhan sebenar adalah satu dosa yang amat besar.

      Oleh kerana tidak boleh dipastikan seseorang itu bersumpah benar atau palsu dengan menyebut nama sebenar Tuhan, maka para rabbi Yahudi melarang dan mengharamkan bersumpah saksi dengan menyebut nama YAHWEH, demi menjaga kesucian nama YAHWEH dari ternoda.

      Barangkali fatwa dan sikap para rabbi Yahudi sebegini yang telah mempengaruhi sesetengah kalangan dari ulamak Islam untuk memfatwakan bahawa nama Allah adalah diharamkan dari diguna dan disebut oleh orang–orang kafir. Lalu, tidak hairanlah bagaimana mereka yang berpendapat sebegitu amat menentang keras apa jua cubaan membenarkan nama Allah digunakan di dalam kitab Bible terjemahan bahasa Melayu itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s