Kekeliruan tentang istilah-istilah “Hebrews”, “Israelites” dan “Jews”

“Hebrews” (Ibrani) adalah istilah yang sebenarnya merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Ibrahim (Bani Ibrahim). “Israelites” (Israiliyah/ Bani Israel) pula merujuk kepada kaum keluarga dari keturunan Nabi Yaakub ( Israel). Dan “Jews” (orang-orang Yahudi) pula merujuk kepada puak kaum keluarga dari keturunan Judah.

Umum mengetahui bahawa Nabi Yaakub (Jacob) adalah anak kepada Nabi Ishak (Isaac). Sementara kedua-dua Nabi Ishak dan Nabi Ismail itu adalah anak kepada Nabi Ibrahim (Abraham). Manakala Judah, sepertimana Nabi Yusuf (Joseph), adalah anak kepada Nabi Yaakub (Israel). Nabi Yaakub (Jacob) mempunyai 12 orang anak kesemuanya.

Ada puak bagi Nabi Ismail (Ishmael), yang dikenali sebagai “Ishmaelites” (Ismailiyah/ Bani Ismail). Namun tidak ada puak Bani Ishak, melainkan puak anaknya Nabi Yaakub, yang dikenali sebagai “Israelites’ (Bani Israel). Tidak juga ada puak untuk Nabi Yusuf, melainkan dua puak untuk kedua-dua anaknya Ephraim dan Menasseh.

hebrews

Oleh itu, memang boleh dan layak bagi “Jews” (bangsa Yahudi) itu turut dipanggil dan dikaitkan dengan “Israelites” (bangsa Israel) dan “Hebrews” (bangsa Ibrani) juga, berdasarkan cabang bangsa mengikut salasilah keturunan keluarga. Namun Nabi Yusuf dan keturunan dari kedua anaknya, yang membentuk puak-puak Ephraim dan Menasseh, bukanlah berbangsa Yahudi untuk dipanggil “Jews” kerana mereka itu bukannya dari cabang keturunan Judah. Begitu juga halnya dengan puak keturunan 10 lagi anak-anak Nabi Yaakub yang lain, yang cuma boleh dipanggil “Israelites” (bangsa Israel) dan “Hebrews” (bangsa Ibrani) sahaja.

Sementara itu, sewajarnya orang-orang Arab dari keturunan Bani Ismail (Ismailites/Ismailiyah) itu dirujuk sebagai “Hebrews” (Ibrani/ Bani Ibrahim) juga (sepertimana halnya dengan orang-orang Yahudi) kerana berketurunankan Nabi Ibrahim.

Bani Israel (Israelites/ Israiliyah) terdiri dari pecahan 13 puak: 1) Judah, 2) Benjamin, 3) Levi, 4) Reuben, 5) Issachar, 6) Zebulun, 7) Dan, 8) Naphtali, 9) Gad, 10) Asher, 11) Simeon, 12) Ephraim, 13) Menasseh

Judah hanyalah salah satu dari 13 puak Bani Israel. Lalu, rujukan kepada “Bangsa Yahudi” (Jews) yang mengambil sempena nama Judah itu haruslah khusus kepada puak Judah dan dari keturunan Judah sahaja. 12 puak Israiliyah yang lain itu tidak boleh dan tidak sepatutnya dipanggil “Jews”.

Pun “Agama Yahudi” (atau Judaism) yang mengambil sempena nama Judah itu juga sewajarnya tidak dikaitkan dengan agama anutan semua bangsa Israiliyah. Apatah lagi Judah bukanlah seorang Nabi seperti saudaranya Nabi Yusuf, untuk lebih sesuai Yahudi disifatkan sebagai satu mazhab (bukannya agama) yang menjadi anutan bangsa Yahudi sahaja.

Walhal Islam itulah saja satu-satunya agama Allah yang dibawa Nabi Ibrahim untuk anutan bangsa Ibrani (Bani Ibrahim), juga untuk anutan bangsa Arab (keturunan Bani Ismail) dan bangsa Israiliyah (yang termasuk bangsa Yahudi, atau Jews) pula. Sudah tentu di zaman Nabi Muhammad, dengan turunnya Al-Quran, menjadikan sejak itu agama Islam  terbuka untuk anutan seluruh umat manusia dari keturunan Adam (Bani Adam). Lalu kita temukan di dalam Al-Quran ayat-ayat seruan umum kepada  “Bani Adam” dan “An-Nas”, disamping ayat-ayat yang khusus Allah tujukan kepada “Bani Ibrahim” (Hebrews) dan “Bani Israel” (Israelites).

Sementara itu, agama yang dibawa Nabi Isa yang dari bangsa Israiliyah dan Ibrani itu jugapun adalah agama Islam yang sama yang diwarisi turun temurun dari Nabi Ibrahim. Sedangkan Isa al-Masih (Jesus Christ) tidak pernahpun menganjurkan agama yang dibawanya itu harus dinamakan Masihi atau Christianity.

Pernah pula ada cubaan orang-orang orientalis di satu ketika dulu untuk merujuk agama yang dibawa Nabi Muhammad itu sebagai Mohamedism dan penganutnya Mohamedan mengikut kaedah mereka menamakan agama yang dibawa Nabi Isa itu Christianity dan penganutnya dipanggil Christian, serupa dengan cara mereka menamakan agama yang dibawa Nabi Yaakub itu kononnya Judaism dan penganutnya bergelar Jews.

Begitulah pula cara kaedahnya mereka mewujudkan nama Buddhism dan Buddhist , Hinduism dan Hindu, yang didedahkan Dr Zakir Naik bahawa tidak wujud nama seperti Hinduism atau Hindu dalam kitab-kitab Vedas.

Ironinya Zionis Yahudi, mereka menamakan negara mereka Israel, bukannya Judah, sedangkan nama Judah lebih sesuai digunakan kalau mereka benar mahu menjadikan negara Israel itu seratus persen negara untuk bangsa Yahudi (Jews).

Memang selepas kemangkatan King Solomon (Nabi Sulaiman) pernah wujud dibumi yang mereka duduki sekarang ini ‘Kingdom of Israel’ di bahagian utara dan ‘Kingdom of Judah’ di bahagian selatan.

Bumi Canaan
Bumi Canaan

Kerajaan Judah adalah untuk puak-puak dari keturunan Judah (Jews), dan Benjamin (adik bongsu seibu dengan Nabi Yusuf), termasuk puak Levi (Levites) yang menduduki kedua-dua wilayah Kerajaan Israel dan Kerajaan Judas atas peranan istimewa puak mereka yang dipertangungjawabkan untuk khusus mentadbir bandar dan tempat-tempat ibadat, selain mengetuai upacara-upacara keagamaan untuk Bani Israel.  Puak Levites ini hidup dengan kutipan ‘levy’ (cukai) yang disumbangkan oleh semua pelbagai puak Israiliyah kepada puak mereka.

Manakala Kerajaan Israel adalah untuk 10 puak yang lain di mana negara mereka, Kerajaan Israel, kemudiannya diserang dan ditawan Empayar Assyria yang mengusir ‘10 puak Bani Israel yang hilang’ itu. Tak lama kemudian Kerajaan Judah juga turut rebah kerana dicerobohi dan ditakluki kuasa asing di mana empayar-empayar kuno Assyria, Babylon dan Mesir sangat berminat untuk menguasai bumi Canaan itu.

Sekarang kononnya mereka tercari-cari 10 puak Bani Israel yang hilang itu untuk mereka kembalikan ke negara Israel bagi menyertai puak Jews, Levites dan Benjamin atas kejayaan Zionis Yahudi mengembalikan semula kekuasaan Israiliyah ke atas ‘homeland’ mereka di Palestin (dulunya, Canaan) atas bantuan kuasa-kuasa besar Britain, Perancis dan Amerika Syarikat. Namun mereka jelas tidak berminat dengan bangsa berketurunan Israiliyah  yang bukan beragama Yahudi.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s