Tanah Melayu Hilang Peluang Merdeka Di Zaman Pendudukan Jepun

malaya_campaign.jpg

Tanah Melayu telah kehilangan peluang untuk merdeka lebih awal, bukan dari British tetapi dari Jepun, kerana Jepun sebelum itu telahpun membebaskan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei secara menawan negeri-negeri tersebut dari penaklukan British.

Jepun juga telah menawan dan membebaskan negeri-negeri rumpun melayu yang lain, iaitu Indonesia dari penjajahan Belanda dan Filipina dari penjajahan Amerika Syarikat.

Di zaman pendududukan Jepun, bersama-sama dengan Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj dan beberapa orang pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang lain, Dr. Burhanuddin al-Helmy telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.

Penubuhan KRIS digalakkan oleh pihak Jepun. Jepun sebenarnya telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia. Justeru itu beberapa siri rundingan telah diadakan antara pihak Jepun dengan Soekarno. Lalu kesempatan ini mahu diraih Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaakob yang mahu bawa Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia melalui gagasan Indonesia Raya apabila Jepun berundur nanti.

Atas matlamat inilah satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara Ibrahim Yaakob dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara.

Usaha-usaha mencapai kemerdekaan dalam konsep Indonesia Raya ini telah dijalankan dengan digerakkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi merancang beberapa langkah yang patut dibuat bagi menentang kemasukan semula British ke Tanah Melayu. Mesyuarat juga telah memutuskan sebuah kabinet dibentuk bagi negara merdeka tersebut dengan nama Malaya Demokratik Rakyat, di mana dalam kabinet ini Dr. Burhanuddin al-Helmy juga dilantik sebagai anggota kabinet.

Mesyuarat juga membincangkan cara-cara bagi mengelak penguasaan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) selepas pengunduran Jepun. Pada 17 Ogos 1945, atas arahan Ibrahim Yaakob, satu perjumpaan dengan wakil-wakil pemuda KRIS telah diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Perjumpaan ini turut dihadiri Itagaki dan dua orang kawannya.

Pihak Jepun telah memberitahu rancangan untuk merdeka dalam Indonesia Raya tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan diri Jepun secara mendadak pada 15 Ogos 1945. Dengan itu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu juga gagal.

British kemudiannya menawan dan menjajah semula Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. US masuk menawan dan menjajah semula Filipina dari Jepun.

Hanya Indonesia yang sempat  membuat pengisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia yang diumumkan tepat pada pukul 10.00 pagi, Jumaat, 17 Ogos 1945 oleh Presiden Sukarno yang didampingi oleh Mohammad Hatta di Jalan Pegangsaan Timur 56, Cikini, Jakarta Tengah, Indonesia.

Pengisytiharan itu menandakan permulaan empat tahun perjuangan diplomatik dan tentangan bersenjata yang dipanggil Revolusi Nasional terhadap angkatan tentera Belanda sehingga 1949 apabila Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

One Comment Add yours

  1. sejarah ditulis oleh mereka yang menang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s