KATA PENGANTAR
Sa-lama ini pengajian sastera Melayu di-sekolah2 menengah, juga di-maktab2 perguruan dan untok pengetahuan sendiri terbatas kapada bahan2 bachaan yang sa-bagitu dalam, rumit dan tidak sesuai dengan tingkatan umor pelajar2 sendiri.
Sa-saorang yang biasa mengkaji sastera Melayu lama, sudah tentu akan faham bahawa medan sastera Melayu lama bukan-lah sempit, atau chetek saperti mana yang sering di-perkatakan oleh orang2 yang tidak mengkaji perkara ini. Mungkin, apa yang biasa di-jalankan di-sekolah2 ia-lah membacha buku2 pilehan dari sastera lama sa-mata2 untok faedah membacha dan mengikuti cherita-nya sahaja. Kerap-kali-nya perkara2 saperti ini menimbulkan kechemohan dan kebosanan.
Dengan itu, timbul-lah pertanyaan: apa penting-nya kita mengkaji sastera lama? Sastera lama telah lenyap dan patut di-abaikan sahaja.
Tetapi, kita harus ingat bahawa kehidupan kita sekarang ini ada-lah lanjutan dari kehidupan silam. Singkat-nya, sastera moden kita ada-lah lanjutan dari sastera lama. Sudah pada tempat-nya kalau kita katakan bahawa sastera lama Melayu, menggambarkan musharakat lama.
Ini dapat kita jelaskan kalau kita dampingkan diri kita dengan sastera Melayu yang di-chipta sa-belum zaman Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Kita kaji sastera lama untok mengetahui keadaan2 dalam musharakat lama, pandangan hidup, kebiasaan2 dalam musharakat dan juga falsafah2 dalam segala hasil sastera lama. Kebudayaan kita ada-lah berupa satu keselurohan yang berkembang dengan chara evolusi. Dengan ada-nya pertembongan dengan Barat, maka kita rasa lebeh penting untok berbalek kapada keperibadian kita. Dengan itu ada baik-nya kalau di-gunakan asas2 dalam kebiasaan lama untok mendirikan keperibadian kita sekarang.
Dengan mengkaji sastera lama, kita dapat membandingkan betapa terpisah-nya kita dalam pandangan hidup, bentok musharakat dan betapa maju-nya kita dari zaman2 nenek moyang kita.
Juga, sa-lama ini sastera kita di-kaji melalui terjemahan, sadoran dan ikutan dari sastera2 bangsa asing; atau dengan erti kata di-kaji dari sudut perbandingan. Kita tidak sa-harusnya malu dengan ada-nya sifat2 pinjam-meminjam dalam sastera kita, tetapi kita juga harus bermegah dengan sifat2 keaslian dalam sastera lama kita; dan sa-harus-nya pula kita kaji dari sudut kebangsaan kita sendiri.
Pelajaran dalam sastera Melayu untok peringkat menengah dan atas ini saya ator dengan tujuan memberi pimpinan dalam bentok yang senang sekali untok penuntut2 di-sekolah menengah dan atas.
Penuntut2 dengan pimpinan dari guru2 dapat membuat penyelidekan, berbinchang dan berdebat mengenai so’al2 yang di-sediakan di-hujong tiap2 pelajaran dan juga so’alan ulangkaji.
ANNAS HAJI AHMAD, B.A. (Hons.), Cert. in Ed.
Alor Star, Januari 1964
SO’ALAN ULANGKAJI MENGENAI KESUSASTERAAN MELAYU LAMA SA-BELUM 1800 T.M.
1. Hasil2 karangan yang macham mana-kah yang boleh di-masokkan ka-dalam gulongan ‘Kesusasteraan Melayu?
Bila-kah kesusasteraan kita bermula?
Ada-kah kesusasteraan Melayu merupakan hak Melayu asli atau-kah hasil sadoran dan pinjaman?
2. Sa-bahagian besar dari kesusasteraan Melayu terdiri dari sastera lisan. Bagaimana-kah sastera lisan tersebar dan apa-kah jenis-jenis-nya?
3. Huraikan, dengan memberikan chontoh-chontoh apa yang kamu faham dengan sastera ra’ayat dibawah ini:—
i. Fable
ii. Epik Binatang
iii. Legenda
iv. Cherita2 Hantu.
4. Cherita Penglipor Lara Melayu semua-nya memakai nama hikayat. Apa-kah motif, bentok dan sifat2 umum pada Penglipor Lara ini?
5. Cherita Jenaka Melayu ada yang menunjokkan unsor-unsor Melayu asli dan ada yang berupa pinjaman atau sadoran dari luar.
a. Cheritakan dengan rengkas cherita Jenaka yang di-pinjam atau di-sador dari luar.
b. Cheritakan dengan rengkas satu cherita jenaka yang asli dan tunjokkan sifat-sifat keaslian-nya.
c. Dari mana-kah cherita-cherita yang bukan milek Melayu itu di-pinjam atau di-sador dan mengapa terjadi demikian?
d. Ada-kah cherita-cherita yang di-pinjam atau di-sador dari luar ini maseh menunjokkan unsor2 luar?
5. Cherita2 bermotif binatang bukan cherita Melayu asli tetapi merupakan cherita sadoran. Beri pendapat kamu dengan bandingan yang tertentu.
6. Bahathkan mengenai salah satu tajok di-bawah ini:
a. Puisi Melayu Lama ada-lah pancharan musharakat lama.
b. Untok mengenali musharakat Melayu, kesukaan dan kebenchian mereka, perasaan dan budi bahasa mereka, sa-saorang itu mesti-lah mengkaji pantun Melayu.
c. Penggunaan Peribahasa dalam musharakat Melayu Lama.
7. Apa-kah pendapat sarjana barat dan tempatan mengenai pantun Melayu?
8. Apa-kah perbedzaan antara pantun dengan sha’er. Beri beberapa chontoh nama2 sha’er yang mashhor.
9. Bentangkan pengaroh dan peranan sha’er dalam kesusasteraan Melayu. Apa sebab musharakat Melayu Lama amat tertarek dengan bentok sha’er dan sha’er tidak mendapat penghargaan dalam musharakat sekarang ?
10. Huraikan dengan rengkas dan sebutkan chontoh-nya tiga daripada perkara2 di-bawah ini.
i. Karmina.
ii. Teka-teki
iii. Pepatah
iv. Pantun Berkait
v. Talibun.
11. Binchangkan pengaroh Hindu dan chorak2 sastera Hindu dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.
12. Apa-kah yang terjadi dalam kesusasteraan Melayu dalam zaman peralehan Hindu /Islam?
13. Bentangkan jenis2 dan chorak sastera yang di-bawa oleh Islam.
14. Apa-kah sebab Hikayat Seri Rama (Versi Maxwell) di-gulongkan dalam Penglipor Lara Melayu? Berikan rengkasan cherita-nya.
15. Apa-kah yang di-katakan cherita2 berbingkai dalam kesusasteraan Melayu? Beri beberapa nama hikayat dalam gulongan ini serta nyatakan tujuan di-sabalek hikayat2 yang di-sebutkan.
16. Bahathkan peranan yang di-mainkan oleh cherita2 Panji dalam perkembangan kesusasteraan Melayu? Bentangkan tujuan cherita2 ini dan berikan nama2 cherita-cherita-nya?
17. Binchangkan dengan rengkas serta sebutkan nama-nama hasil-hasil kesusasteraan Melayu berchorak sejarah. Ada-kah hasil-hasil ini boleh di-guna untok pengkajian tawarikh? Apa-kah penting-nya hasil-hasil ini dalam kesusasteraan Melayu?
18. Hikayat Raja-Raja Pasai saperti juga Sejarah Melayu tidak penting sa-bagai hasil sejarah. Bahathkan.
19. Sejarah Melayu ada-lah gambaran yang jelas untok mengetahui unsor-unsor kebudayaan kesultanan Melayu dan orang-orang Melayu. Bahathkan.
20. Hikayat Acheh lebeh tepat jika di-beri nama Hikayat Iskandar Muda. Beri pandangan kamu dengan memberi alasan yang kongkerit.
21. Misa Melayu berbedza dari hasil-hasil kesusasteraan Melayu berchorak sejarah. Binchangkan.
22. Dari segi mana-kah penting-nya Hikayat Merong Mahawangsa dalam kesusasteraan Melayu?
23. Tiap-tiap kerajaan Melayu Lama mempunyai sejajarah-nya tersendiri. Huraikan dengan menyebut nama, isi; pengarang dan tarikh di-karang (jikalau ada) mengenai dua buah hasil berchorak sejarah mengenai negeri di-bawah ini.
i. Melaka, Johor
ii. Pasai
iii. Perak
iv. Acheh.
24. Terangkan dengan memberi nama-nama buku atau hikayat untok memperkatakan perkembangan kesusasteraan Melayu dalam zaman Acheh.
25. Dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu terdapat tiga tarikh yang terpenting ia-itu:—
i. 1288-1400 T.M.
ii. 1403-1511 T.M.
iii. 1511-1641 T.M.
Apa-kah yang berlaku dalam tiap-tiap peringkat ini dan sebutkan hasil-hasil kesusasteraan terpenting dalam tiap-tiap satu-nya?
26. Apa-kah sumbangan dan hasil-hasil dua orang daripada pengarang-pengarang di-bawah ini:—
i. Tun Seri Lanang
ii. Pawang Ana
iii. Hamzah Fansuri
iv. Sheikh Nuruddin al-Raniri.
27. Apa-kah yang di-katakan Hikayat Romantik dalam sastera Melayu ? Apa-kah sifat-sifat tertentu dalam hikayat-hikayat ini?
28. Bandingkan watak Hang Tuah dalam ‘Sejarah Melayu’ dan dalam Hikayat Hang Tuah. Yang manakah lebeh masok ‘akal dan yang mana-kah lebeh hidup sa-bagai hasil sastera?
29. Sastera Melayu Lama ada-lah hasil dari zaman yang silam yang tidak lagi penting untok kita dizaman moden ini. Beri pendapat kamu.
30. Beri hujjah-hujjah kamu untok mengatakan sebab2 kurang-nya kumpulan sastera lama Melayu yang sampai kapada kita.
31. Apa-kah yang membedzakan antara sastera Melayu lama dengan sastera Melayu baru atau moden.
32. Apa-kah gambaran yang kamu dapati dari pengkajian Undang-undang Melayu Lama? Dapat-kah Undang-undang ini di-sebut sa-bagai hasil kesusasteraan Melayu?