Ini adalah petikan pada halaman 188 dan 189 dari buku ‘Malay Annals’, satu terjemahan dari naskah asal ‘Sejarah Melayu’, oleh Dr John Leyden yang diterbitkan di London pada tahun 1821 dengan Pengantar Kata oleh Sir Stamford Raffles.
Perhatikan buku ini mengisahkan yang bertikam dengan Hang Tuah itu adalah Hang Kasturi, bukannya Hang Jebat, seperti halnya dalam kisah Hikayat Hang Tuah. Yang menariknya, Makam Hang Kasturi di Melaka itu pula letaknya di Jalan Hang Jebat.
Apakah mungkin Hang Kasturi dan Hang Jebat itu adalah orang yang sama? Ada logiknya kerana ‘Kasturi’ itu adalah haruman dari sejenis wangian, sedangkan ‘Jebat’ itu haiwan busuk yang dikenali ‘Skunk’ dalam bahasa inggeris. Dia bergelar Hang Kasturi semasa baik dan digelar Hang Jebat setelah bertindak menderhaka kepada Sultan Melaka, lantaran kerana marahkan Sultan yang mengenakan hukum bunuh kepada Hang Tuah atas fitnah, yang Sultan tidak mengambil usul periksa terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, Makam Hang Jebat turut wujud dan terletak di Jalan Kampong Kuli, Melaka.
semua pahlawan melaka tak wujud.. hanya sekadar cerita bagai kisah 1001 mlm….
Proff kkk suatu hari mempertikaikan kewujudan hang tuah dan kesultanan melaka.beliau menegaskan kenapa tidak ada suatu tanda apa pun yang menyokong bahawa wujud pahlawan kesultanan melayu melaka umpamanya istana sultan melaka seperti yg diceritakan dlm sejarah .
Kalau itu pendapat proff kkk,saya tak berani komen.kerana memang tiada tinggalan tapak istana sultan melaka spt yg beliau tegaskan.yang ada makam makam.kerajaan yang ada hari ini,mestilah membuat kajian terperinci dan jelas agar pihak pihak yg menafikan kewujudan legenda kemasyuran hang tuah dan kemasyuran kerajaan melayu melaka tidak berterusan memperlekehkannya.
andai kata hang tuah dan hang jebat wujud saya akan menyokong hang jebat… dia menderhaka kepada sultan kerana sahabatnya…. adakah sultan lebih berkuasa daripada Allah??