Seminggu dalam Kalender Solar (Syamsiah) Jawa cuma ada 5 hari (Legi, Pahing, Pon, Wage dan Kliwon). Setahun ada 12 bulan (Kaso, Karo, Katigo, Kapat, Kalimo, Kanem, Kapitu, Kawolu, Kasango, Kasepuluh, Desto dan Sodo).
Bulan Kaso ada 41 hari (bermula 23 Jun dan berakhir 2 Ogos), Karo 24 hari (3 Ogos – 25 Ogos), Katigo 24 (26 Ogos – 18 September), Kapat 25 (19 Sept – 13 Okt), Kalimo 27 (14 Okt – 9 Nov), Kanem 43 (10 Nov – 22 Dis), Kapitu 42 (23 Dis – 3 Feb), Kawolu 26 (4 Feb – 1 Mac), Kasongo 25 (2 Mac – 26 Mac), Kasepuluh 23 (27 Mar – 19 Apr), Desto 24 (20 Apr – 12 Mei) dan Sodo 41 (13 Mei – 22 Jun).
Lalu, tarikh Selasa 15 Januari (hari Selasa 15 haribulan satu) dalam Kalendar Gregorian 2013 ini adalah bersamaan Wage 24 Kapitu (hari Wage 24 haribulan tujuh) 1946 mengikut Kalender Jawa.
Ya, benar tahun Jawanya 1946, bersamaan 1434 Hijrah. Begitulah menariknya kalender lunar Jawa ini ada tahun Jawa yang tersendiri.
Paling menarik, apabila hari-hari dalam kalender Gregorian dipadankan dengan hari-hari dalam kalender Jawa menjadikan hari-hari Jumaat seperti dalam kalender bulan Januari/Februari 2013 ini dikenali dengan Jumaat Pon (4 Jan), Jumaat Kliwon (11 Jan), Jumaat Pahing (18 Jan), Jumaat Wage (25 Jan) dan Jumaat Legi (1 Feb).
Ia kebetulan menjadi berguna untuk memudahkan rujukan, seperti merujuk kepada pekan atau pasar malam hari Jumaat setiap minggu di Serdang, misalnya, sebagai ‘Pasar Malam’ Jumaat Pon, ‘Pasar Malam’ Jumaat Kliwon, ‘Pasar Malam’ Jumaat Pahing, ‘Pasar Malam’ Jumaat Wage, atau ‘Pasar Malam’ Jumaat Legi, tanpa perlu sebut ‘Pasar Malam’ Jumaat minggu ini, ‘Pasar Malam’ Jumaat minggu depan, ‘Pasar Malam’ Jumaat minggu depan satu lagi, mahupun ‘Pasar Malam’ Jumaat minggu depan satu lagi satu lagi.
Sementara itu, Kalender lunar (kamariah) Jawa adalah mengikut bulan kalender hijriah, namun ada modifikasi pada nama atau sebutan nama-nama bulan tersebut:
Sura (Muharram), Sapar (Safar), Mulud (Rabiulawal), Bakda Mulud (Rabiulakhir), Jumadilawal (Jumadilawal), Jumadilakir (Jumadilakhir), Rejeb (Rejab), Ruwah (Syaaban), Pasa (Ramadhan), Sawal (Syawal), Sela (Zulkaedah) dan Besar (Zulhijjah).
Sumber Kalender: http://moeidzahid.site90.net/kalender.htm