Harapkan pegar, pegar makan padi

Jangan tergelak. Ini bukan kes tersalah ejaan!

Kerana memang bukan HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI, tetapi yang sebetulnya HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.

Mari kita tinjau rasionalnya dengan cuba mengenali tabiat sejenis burung yang dikenali di Malaysia sebagai ayam pegar ini dengan lebih dekat.

Burung pegar, sepertimana lebih dikenali di Indonesia, umumnya makan hanya pada tanah tetapi bertenggek di pohon terlindung di malam hari. Mereka makan berbagai jenis buahan, bijirin dan dedaun serta berbagai invertebrata, termasuk vertebrata kecil seperti ular, katak dan mamalia kecil.

Dikenali sebagai ayam pegar di Malaysia. Sebab bunyi dan rupa yang lebih mirip kepada ayam, selain tabiat mengais dan mematuk makanan di tanah macam ayam juga. Dan seperti ayam lebih suka berlari dari terbang.

Lalu, seperti ayam biasa, ayam pegar ini tak mungkin makan padi pada tangkainya, tapi musuh padi yang di bawah pokok padi. Kerana itu pegar diharapkan untuk menjaga tanaman padi dari dirosakkan musuh padi.

Tapi kalau padi sampai kena dijemur di atas tanah kerana basah dan mahu dikeringkan, lainlah jadinya. Bukan saja masalahnya nanti mengundang ayam pegar, ayam kampung biasa pun akan sama datang kais, patuk dan makan padi.

Lalu, begitulah burung atau ayam pegar ini menjadi inspirasi kepada peribahasa HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.

Lalu, masanya untuk tolak peribahasa HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI itu sebagai defektif dan tak masuk akal. Mana ada pagar yang boleh makan padi? Selain tak pernah dibuat  orang pasang pagar keliling tanaman padi.

harapkan pegar

Kerana lebih logik PEGAR yang dimaksudkan pada peribahasa ini, bukannya PAGAR. Lebih-lebih lagi burung ‘pegar’ (atau ‘pheasant’ dalam bahasa inggeris)  memang pernah menjadi ‘ayam’ peliharaan orang melayu di kampung-kampung pada satu ketika dulu untuk membenarkan kaitannya dengan peribahasa tersebut.

Ia dikatakan berpunca dari kesilapan ketika memindahkan peribahasa dari tulisan jawi yang menjadi asal tulisan peribahasa ini kepada tulisan rumi. Yang malangnya tulisan jawi ‘Pa-Ga-Ra’ ditulis secara silap sebagai PAGAR, bukannya PEGAR seperti yang sepatutnya.

4 Comments Add yours

  1. requesting permission to share this article with my friwnds

    1. sandiwara says:

      You’re welcomed to do so, Zaed. Thanks.

      1. hashim bin Abd. Ghani says:

        Tak ada salahnye mengenai Peribahasa Harapkan Pagar, Pagar makan padi. Dalam peribahasa tak semestinya benda yang logik (Pagar memang tak makan) tetapi ia kiasan yang dugunakan untu menyatakan sesuatu kekesalan kepada seseorang dengan bahasa yang lembut. Jangan rosakkan bahasa ibunda kita dengan pemikiran yang senteng.

  2. glassman says:

    salam, saya selalu terfikir tentang perubahan ejaan lama ke baru yang menjadi punca kepada banyak kekhilafan perkataan, sebutan dan makna hilang. bagaimana kalau kita buat gerakkan mengembalikan ejaan lama atau ejaan mengikuti bunyi perkataan asal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s