Mitos Jasa Sebuah Parti

Uniknya mantan PM Tun Abdul Razak, setiap kali berucap dalam majlis-majlis Rakyat, pentasnya pasti berlatarbelakangkan Bendera Malaysia sahaja.

Tun Razak bukan seperti semua mantan PM lain yang gemar menggunakan latarbelakang bendera parti UMNO, Perikatan atau Barisan Nasional semasa berdepan khalayak Rakyat, kerana Tun Razak tahu membezakan perhimpunan rakyat dengan perhimpunan parti politik.

Tidak ada papan tanda ‘Projek Barisan Nasional’ juga di zaman Tun Razak. Yang ada hanya papan tanda ‘Projek Kerajaan Persekutuan’ atau ‘Projek Kerajaan Negeri’, kalau tidakpun ‘Projek JKR’ atau ‘Projek Jabatan Pertanian’.

Barangkali Tun Razak sedar jawatan Perdana Menteri adalah jawatan Kerajaan, begitu juga jawatan semua Menteri Kabinet yang lain. Beliau dan barisan Kabinetnya adalah kepunyaan Rakyat, bukan kepunyaan Parti. Begitu juga halnya dengan semua MB/KM dan exco Kerajaan Negeri masing-masing. Termasuk jugalah semua para wakil rakyat yang terpilih ke Parlimen dan DUN melalui proses Pilihanraya. Merekapun semua kakitangan kerajaan belaka yang gaji dan elaun dibayar Kerajaan. Mereka juga layak mendapat pencen Kerajaan apabila bersara dari jawatan masing-masing nanti.

Maka benarlah kata mantan PM Tun Mahathir: ‘UMNO jangan harap Kerajaan buat kerja Parti’.

Barangkali Tun Razak tidak mahu kita semua lupa pula kepada jasa dan peranan Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Setiausaha dalam pelbagai Kementerian, pun jasa dan peranan Ketua-Ketua Pengarah dalam pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan, termasuk semua kakitangan awam lain yang menyumbang tenaga dan buah fikiran menjayakan semua projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Lalu jangan ada mana-mana parti politik membuat dakwaan palsu tentang jasa dan projek parti kepada rakyat untuk mendapatkan ‘political mileage’. Jangan ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Jangan juga cuba memperalatkan jentera dan pentadbiran Kerajaan, juga hartabenda Kerajaan, atau mana-mana kakitangan Kerajaan untuk tujuan dan kepentingan parti politik.

Parti tidak ada apa-apa hak untuk mengaitkannya dengan Kerajaan. There is no such thing as ‘Parti Kerajaan’ or ‘Kerajaan Parti’.. semuanya mitos belaka.

Maka parti kenalah sedar.. jika PM dan anggota kabinetnya, MB/KM dan anggota exco-nya, semua para wakil rakyat di Parlimen dan DUN tidak boleh dianggap ‘orang parti’ dan buat ‘kerja parti’, dan semua projek kerajaan tak boleh pula didakwa sebagai ‘projek parti’.. maka sebagai sebuah NGO, apalah sebenarnya yang tinggal jasa langsung parti kepada rakyat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s