MITOS 1: Pilihanraya tidak boleh diadakan jika semua parti politik ambil tindakan boikot Piliharaya.
Sebenarnya tidak. Sebaliknya, Pilihanraya masih boleh terus diadakan. Para calon hanya perlu gunakan lambang-lambang lain yang disediakan SPR seperti motorkar, motorsikal, basikal, kapal terbang, kunci, dsb. Cuma tak ada calon bertanding yang akan gunakan lambang dacing, mata, bulan atau roket.
MITOS 2: Kerajaan tidak boleh ditubuhkan jika tiada penyertaan parti politik untuk menang dalam pilihanraya.
Sebenarnya tidak. Sebaliknya, setiap wakil rakyat yang terpilih ke Parlimen berhak dan boleh mencalon dan mengundi di dalam Dewan dari kalangan mereka sendiri untuk dipilih ke jawatan Yang Dipertua Dewan, Perdana Menteri (yang kemudian akan melantik anggota Kabinet) dan Ketua Pembangkang.
Hak sama dan proses yang serupa boleh berlaku dalam Dewan Undangan Negeri di mana para ADUN mencalon dan mengundi dari kalangan mereka sendiri ke jawatan Speaker Dewan, Menteri Besar/ Ketua Menteri (yang kemudian akan melantik anggota EXCO) dan Ketua Pembangkang.
MITOS 3: Jawatan Ketua Pembangkang adalah untuk parti pembangkang yang mempunyai anggota Dewan paling ramai.
Sebenarnya tidak. Sebaliknya, kewujudan konsep team pembangkang dan jawatan Ketua Pembangkang adalah kerana aktiviti Dewan yang bercirikan perbahasan di mana setiap usul yang dicadangkan memerlukan sessi perbahasan. Adalah menjadi lumrah untuk setiap perbahasan perlu ada pencadang dan pembangkang.
MITOS 4: Kerajaan akan terjejas seandainya parti yang menang pilihanraya dibubar atau diharamkan.
Sebenarnya tidak. Sebaliknya, hak dan kedudukan Perdana Menteri dan Kabinet (begitu juga halnya kedudukan Menteri Besar/ Ketua Menteri dan EXCO di negeri masing-masing) tidak terjejas kecuali Dewan mengemuka usul dan meluluskan undi tidak percaya.
Artikel lain yang ada kaitan: https://amnaj.wordpress.com/2010/04/08/memoir-pru-13-satu-model-baru-politik-malaysia/
The nation — inclusive of its government, its people and its motherland — is certainly not anywhere near the coveted “Day of Democracy” — yet. 2020 maybe, no?