Tertanya-tanya kenapakah kita perlu atau turut mahu halang penggunaan ‘air daun ketum’ (termasuk ‘ganja’ barangkali) sebagai pilihan kepada para penagih dadah, padahal ia berupa bahan tradisi dan semulajadi yang mudah ditanam, diperoleh dan diproses sendiri secara murah dan mudah oleh penagih untuk kegunaan sendiri tanpa payah ‘keluar duit’.
Bukankah ia bahan yang menjadi buruan rata-rata penagih dadah apabila bahan alternatif lain sangat sukar diperolehi dan menjadi sangat mahal dan di luar kemampuan penagih?
Apakah kita masih belum belajar untuk sedar dan akur tentang kenyataannya golongan penagih tidak boleh menghentikan tabiat penagihan mereka?
Kerajaan perlu berhenti ‘menzalimi’ terus golongan penagih dan mengheret orangramai kepada masalah jenayah ragut, samun, curi kenderaan dan pecah rumah untuk membiayai keperluan ketagihan dadah yang harga bahan dan produknya menjadi terlampau tinggi sebagai akibat langsung dari undang2 keras dadah, yang kononnya untuk menghapuskan aktiviti penagihan dadah dari kalangan anak muda dan remaja, termasuk ‘memerangi’ dan ‘menghapuskan’ rangkaian peniaga dan perniagaan dadah.
Malangnya objektif utama kepada semua tindakan itu ternyata gagal, malah mendatangkan ‘kesan sampingan’ yang sangat negatif kepada masyarakat sendiri.
Maka, sayugia Kerajaan beri golongan penagih dadah yang sudah tak tertolong itu pilihan dan pengecualian untuk boleh minum air ‘daun ketum’ (barangkali menghisap ‘ganja’ juga seperti yang dilaksanakan di negara Belanda) tanpa halangan undang-undang.
Walaubagaimanapun, masih perlu undang-undang dan peraturan keras sedia ada, penguatkuasaan dan hukuman berat berkaitan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dari penggunaan dan pengedaran bahan-bahan dan produk terlarang yang lain untuk dikekalkan tanpa sebarang tolak ansur.
Barangkali ini saja strategi dan cara tindakan yang paling berkesan untuk ‘membunuh’ terus rangkaian perniagaan dan golongan peniaga dadah (dari pihak pengilang, pengeluar, pembekal, peruncit sampai kepada para pengedar ‘on the street’) dengan lambakan ‘designer drug’ yang amat berbahaya kepada pengguna dadah itu sendiri.
Apatah lagi solusi untuk dapat bertolak ansur secara yang lebih bijaksana, terkawal dan lebih ‘berperikemanusiaan’ sebegini boleh dilaksanakan tanpa langsung menjejaskan keperluan asas penagih dadah dan tanpa meletakkan orang ramai dalam risiko menjadi mangsa jenayah oleh para penagih dadah yang tertekan dengan masalah kewangan dan keperluan penagihan seperti apa yang berlaku sekarang.
wajarkah kita terus biarkan penagih dadah terus hanyut dan musnah dalam dunia penagihannya atas dasar hak asasi manusia,buat dengan kesukaan sendiri.di mana pula tanggungjawab insan sesama insan,hamba allah kepada hamba allah? bukankah kita juga mempunyai hak ke atas saudara seagama dengan kita….nak selamat di dunia dan di akhirat sorang2 aje ke…!
Hanya mereka yang menzalimi atau menganiayai orang lain untuk mendapatkan kebaikan dan keuntungan kepada diri sendiri saja harus dikategorikan sebagai penjenayah untuk wajar dikenakan tindakan penguatkuasaan undang-undang kerana mereka telah mengganggu ‘hak asasi manusia’ orang lain.
Manakala janganlah kita tambah menganiayai mereka yang menzalimi diri mereka sendiri itu untuk kita layan mereka serupa macam penjenayah sedangkan mereka tidak mengganggu ‘hak asasi manusia’ orang lain. Itu maksud saya.
Sudah tentu atas dasar kasih-sayang sesama manusia kita harus mengambil tanggungjawab melalui pendekatan pendidikan dan perubatan, bukannya tindakan undang-undang, untuk menyedar dan mendapatkan kerelaan mereka supaya kita dapat membantu dan mengubati masalah ketagihan mereka.
Perlu diingat, semua orang mahu ‘bebas dan merdeka’ dari belenggu ‘perhambaan’ yang paksa kita buat apa yang kita tak mahu buat, atau halang kita dari buat apa yang kita hendak buat, asal saja kita tidak melanggar ‘hak asasi manusia’ orang lain.