“Apabila ditanya siapa IMAM kamu, maka hendaklah kamu menjawab AL-QURAN”.
Begitulah antara nasihat penting yang dibacakan seorang “imam” ketika upacara “talqin” di kuburan.
Mungkin janggal untuk menerima “Al-Quran” sebagai “Imam” kita. Tetapi kalau “Charlie’s Angels” dapat patuh menjalankan segala misi yang diperintahkan “Charlie”, ketua mereka, walau sekadar cuma “mendengar” suaranya sahaja, kenapa tidak kita semua terhadap “Kalam Allah”?
Barangkali “dengar” Al-Quran (untuk patuh) lebih bermakna dari “baca” Al-Quran (untuk tahu). Maka sayugialah umat Islam mempamerkan sikap yang betul terhadap Al-Quran sebagai “Imam” kepada kita semua.