Rata-rata orang Melayu menganggap anjing binatang kotor dan hina yang tidak pantas dipelihara orang Islam, apatah lagi mahu dijadikan binatang kesayangan. Pantang terjumpa anjing di jalanan terus dihalau, jika tidakpun dibaling dengan kayu atau batu.
Pun begitu, anjing sepertimana diceritakan di dalam Al-Quran adalah “sahabat setia” manusia. Perhatikan di dalam cerita “ashabul kahfi” bagaimana setianya anjing mereka menunggu dan mengawal di pintu gua.
Al-Quran juga mengisahkan tentang anjing menjadi “rakan perburuan” manusia di mana binatang buruan yang diburu dan ditangkap anjing halal di makan manusia.
Walaubagaimanapun, anjing yang lidahnya sentiasa terjelir keluar dengan air liur yang menitis-nitis boleh diumpamakan sebagai jenis manusia yang menampakkan sikap suka “memburu” pencapaian berlebihan kehidupan duniawi dan begitu “berahi” dan amat “tergoda” dengan kesenangan dan kesedapan kehidupan luaran semata-mata.
Persoalannya, apakah menyisih anjing jauh-jauh daripada kehidupan harian dapat membuang atau mencegah perangai anjing dari dalam diri kita orang Islam?
Setuju, hang patut dengaq album Pink Floyd judul ‘animal’, dia samakan sifat manusia dengan sifat2 kebinatangan, sebab nama lagu-lagu dalam album dia ,’ pig’, ‘dog’, ‘sheep’ dll..