ANTARA DUA DEMOKRASI

Amerika yang mengamalkan sistem pilihanraya dua parti melalui Parti Republikan dan Parti Demokrat sejak dulu lagi mendabik dada seolah ia satu-satunya negara yang menjuarai demokrasi.

Republik Rakyat China, khususnya, negara yang mengamalkan sistem pilihanraya satu parti dengan Parti Komunis China sebagai parti tunggal negara tidak henti-henti difitnah, dimomok dan diperlekeh Amerika sebagai negara “komunis” yang autokratik.

Maka duniapun rata-rata termakan dakyah Amerika dan sekutunya sehingga terlupa bahawa istilah “republik” dan “rakyat” yang diangkat menjadi gelaran resmi negara “Republik Rakyat China” ini sebenarnya berbau dan melambangkan konsep demokrasi seperti Amerika juga.

Duniapun menjadi tidak terfikir tentang persamaan yang terdapat antara Amerika dan China di mana jika Amerika mengambil “Republican” sebagai nama parti, maka China pula menerima pakai “Republic” sebagai nama negaranya. Sementara Amerika menggunakan istilah “Democrat” (“demo” bermaksud “rakyat”) sebagai nama partinya, Chinapun mengangkat “Rakyat” sebagai nama negaranya. Sesungguhnya di sini kedua-dua Amerika dan China, pada prinsipnya, adalah negara yang sama menganuti fahaman demokrasi.

Walaubagaimanapun, sudah tentu tidak sama negara demokrasi yang mengamalkan sistem satu parti dengan negara demokrasi yang mengamalkan sistem dua parti (atau lebih). Tidak juga sama negara yang mengamalkan budaya “komunisma” dengan negara yang berlandaskan budaya “liberalisma”. Pun tidak serupa negara yang berkiblatkan sistem ekonomi “sosialisma” dengan negara yang berpaksikan sistem ekonomi kapitalis “free enterprise”.

Perbezaan ini sebenarnya bertitiktolak dari pendekatan berbeza Amerika dan China dalam menterjemah konsep demokrasi masing-masing. Fahaman “komunisma” China mengangkat kepentingan “komuniti” (atau majoriti) mengatasi kepentingan individu (atau minoriti). Ini bertentangan dengan fahaman “liberalisma” Amerika di mana individu atau minoriti rakyat berhak dan bebas menjayakan “hak asasi manusianya” tanpa dipinggirkan (marginalised).

Oleh itu tidak hairanlah jika sistem ekonomi sosialis bercirikan “pemilikan negara”, “syarikat awam” atau “koperasi” manakala sistem ekonomi kapitalis “free enterprise” bercirikan “pemilikan swasta” atau “syarikat persendirian”.

Sementara itu, sejak akhir-akhir ini di negara China sendiripun sedang menunjukkan tanda-tanda proses liberalisasi sedang berlaku. Begitulah hakikatnya bagaimana setiap individu manusia mahukan kepembebasan (liberalisasi) dari telunjuk ketuanan pemerintahan supaya bebas menganuti apa-apa fahaman, bebas dalam bersuara, bebas dalam berbudaya dan bebas dalam pemilikan harta.

Tidak dapat tidak setiap warga mahukan keadilan dan ketelusan supaya setiap individu diberi hak dan perlindungan yang sama dan secara yang saksama pula dalam semua hal yang menyangkuti kehidupan seharian mereka masing-masing.

Pihak kepimpinan pula perlu bertindak bijak dalam memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai moderator dan fasilitator yang adil dan berkesan supaya setiap warga dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan sejahtera

Sudah tentu proses liberalisasi harus diasaskan kepada rasa keinsafan yang tinggi terhadap tanggungjawab sosial dan kebajikan komuniti selain semangat toleransi dan sifat saling hormat-menghormati kepada berbilang pendapat dan berbilang budaya pula.

2 Comments Add yours

  1. Ludbafital says:

    We need to rediscover our Oneness. Mankind… One Family…. we are united as One Nation under Our Creator, Indivisible, with Liberty and Justice for All.

  2. journalx says:

    saya suka membaca ulasan artikel anda, saya mendapat imu baru. salam kenal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s