Benarkah Melayu dari Keturunan Bani Israel?

Peninsular Malay: Y-DNA ancestral lineage of 66.7% Formosan (O-M175) , 11.1% Polynesian (C-M130), 11.1% Micronesian (K-M9*), 5.6% Turkic (R-M207), 5.6% Ancient West-Asian (F-M89*)

Dikatakan bumi Melayu (Tanah Melayu) dan orang Melayu Semenanjung (termasuk Melayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi Mala (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh yang dikisahkan di dalam Book of Mormon itu.

Book of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya, Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi  (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘bumi bertuah’ yang dijanjikan (‘Promised Land’) Tuhan.

Menasseh adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan  722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:

  1. Reuben
  2. Issachar
  3. Zebulun
  4. Dan
  5. Naphtali
  6. Gad
  7. Asher
  8. Simeon
  9. Ephraim
  10. Manasseh

Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Yusuf a.s. Manakala Nabi Yusuf (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Ya’akub (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).

Nabi Ya’akob, yang dinamakan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:

  1. Reuben (dilahirkan Leah)
  2. Simeon (dilahirkan Leah)
  3. Levi (dilahirkan Leah)
  4. Judah (dilahirkan Leah)
  5. Dan (dilahirkan Bilhah)
  6. Naphtali (dilahirkan Bilhah)
  7. Gad (dilahirkan Zilpah)
  8. Asher (dilahirkan Zilpah)
  9. Issachar (dilahirkan Leah)
  10. Zebulun (dilahirkan Leah)
  11. Joseph (dilahirkan Rachel)
  12. Benjamin (dilahirkan Rachel)

Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak agihan tanah pusaka:

  1. Reuben
  2. Judah
  3. Issachar
  4. Zebulun
  5. Dan
  6. Naphtali
  7. Gad
  8. Asher
  9. Benjamin
  10. Ephraim
  11. Manasseh
  12. Simeon
  13. Levi

Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.

Berikutan kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.

Judah (atau Yahudza) terkenal sebagai bapa kepada bangsa Yahudi, di mana nama bangsa tersebut diambil dari nama Judah, bapa kepada “Children of Judah” atau Bani Yahudza.  Oleh itu keturunan dari Bani Israel (atau “Children of Israel”) yang tidak ada kena mengena dengan keturunan Judah, bukanlah berbangsa Yahudi sebenarnya. Pun begitu, bangsa Yahudi itu tetap dari antara “Children of Israel” (Bani Israel) kerana Judah itu adalah salah seorang anak kepada Israel (Nabi Yaakob). Para Nabi dari bangsa Yahudi (yakni dari keturunan Yahudza) adalah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya dan Nabi Isa.

Sementara itu, dikatakan Melayu juga langsung dari keturunan Bani Ibrahim (bangsa Hebrew) melalui perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Keturah (atau Saffurah) “ibu melayu” dari keturunan bangsawan melayu kemboja dari cabang keturunan Ham (sebagaimana Hajar juga), sementara Sarah (sepertimana Nabi Ibrahim sendiri) dari cabang keturunan Sam (atau Shem).

Sam serta Ham, dan saudara mereka yang lain, Japheth (atau Yafid), adalah tiga putera Nabi Nuh yang terselamat dari banjir besar untuk menurunkan tiga cabang keturunan utama manusia sejagat di mana masing-masing dikenali dengan nama bangsa Semite, Hamite dan Japhethite.
image

Dengan Keturah, Nabi Ibrahim dikurniakan enam orang putera yang diantaranya Madyan (Mid’ian).  Nabi Shuib adalah Nabi bangsa Hebrew dari Bani Madyan. Putera-putera lain Nabi Ibrahim dengan Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Ishbak dan Shu’ah

Maka begitulah dikatakan melayu terawal yang terlebih dahulu menduduki dan membina tamadun melayu di Tanah Melayu ini adalah langsung dari keturunan Bani Ibrahim. Lalu tidak hairanlah jika berlaku keturunan Bani Ibrahim dari cabang kecil Bani Israel, umpamanya, untuk datang kemudiannya ke “bumi bertuah” Tanah Melayu bertujuan mencari dan bersatu dengan saudara jauh untuk mendapat perlindungan dan menumpang senang di sini.

Rajah salasilah Bani Jawi yang menurunkan bangsa Melayu ini bukan saja mengaitkan orang-orang Melayu dengan Nabi Ibrahim dan Nabi Shuib, malah Nabi Musa (dari perkahwinan Nabi Musa dengan puteri Nabi Shuib), dan Nabi Sulaiman juga, selain Nabi Yusuf.

Sementara itu, ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.

Peta Dunia Ptolemy

Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Menariknya Gunung Ledang  di selatan Semenanjung itu lebih terkenal dengan nama Mount Ophir oleh masyarakat silam antarabangsa.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.

Nampaknya perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa ‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

Apapun, salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi Mala ini.

Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon ini dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun1997 (kajiannya ini boleh dibaca di sini – http://www.scribd.com/doc/20922656/The-Malay-Peninsula-as-the-Setting-for-the-Book-of-Mormon-by-Ralph-A-Olsen )

Pendapat beliau Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Segenting Kra ke bawah, menepati deskripsi bumi Mala yang diperihalkan dalam Book of Mormon itu.

Satu kajian berkaitan projek genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Melayu) di Tanah Melayu (Bumi Mala) dengan Bani Israel.

Pencarian melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Sementara itu, seorang Yahudi dari Baghdad, orang Yahudi yang pertama datang dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1895 itu namanya Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau cuma disertai orang-orang yahudi lain 30 tahun kemudian selepas Perang Dunia Pertama.

Barangkali tujuan utama kedatangan Ezekiel Aaron Menasseh ke sini adalah untuk mencari saudara jauh Melayunya, salah satu dari 10 puak Bani Israel yang ‘hilang’ itu.

Beliau seperti nampak kesal ketika pertama kalinya tiba ke sini apabila menyatakan dialah satu-satunya orang yang mengamalkan ajaran agama Yahudi di sini.

Begitulah, Ezekiel Aaron Menasseh terpaksa menelan realiti dan kena akur kepada hakikat betapa sudah berduyun-duyun ramainya keturunan Bani Israel yang sudah keluar meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi penganut Kristian atau Islam.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

(Al-Quran, Al-Baqarah 2:62)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

21 Comments Add yours

  1. mohd sharifuddin bin ishak says:

    I like the history of malay

    1. DNA shows the origin of the people in southeast Asia, south China and Taiwan. There’s no Malay ethnic group.

  2. sandiwara says:

    Terima kasih. Saya juga. Kerana itu blog Sandiwara ini agak sarat dengan artikel-artikel berkaitan bangsa Melayu, selain Agama dan Politik, yang ketiga-tiganya amat saling kait-mengait.

  3. rizz861 says:

    banyak yang tau hal ni..cuma skrang xde insiatif drp k’jaan untuk mengkaji kesahihan yer!!TP APE Y KEMUNgkinan..org melayu mgkin asal usul yer org dr tanah bsr china

  4. mikhail says:

    pokoknya ini memang khayalan kononnya mau jadi bang sa pilihan,,,,,konon,,,,,melayu,,,melayu….

    1. google account says:

      Bangsa Mala atau Malayo Polinesia yg menuturkan bhs Austronesia se zaman dng bahasa Indo-Iranian dan Indo-Arya yg menjadi INDUK bahasa Sanskreta, begitu juga dengan tulisan Pallawa yg berasal dari Persia dan Pahlavi tulisan rasmi bangsa Mala turut dijadikan IBU tulisan Sanskreta…telah wujud di waktu Qabil, Nabi Syits AS dan Nabi Idris AS lagi. Kaum Mala yg menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM digelar MALA-UR kemudianya ~MELAYU..

  5. pak_pandir says:

    masanya telah tiba..

  6. amalina adilah says:

    Lebih baik mengkaji daripada komen.Kalau kita inginkan sesuatu lebih baik kita mengkaji

  7. sobrielo says:

    Reblogged this on S.I.

  8. Zelia says:

    kalo masih ragu pada keturunan Israel tanya aja Yang cipta Adam dan Hawa

  9. Tanya Khidir says:

    Menurut KHUTBAH AKHIR RASULALLAH SAW baginda menyebut mengamanahkan 2 perkara dan jika berpegang padanya nescaya tak tersesat…tak lain dari AL QURAN dan SUNNAH baginda. Pertamanya menurut Al Quran Nabi Allah Ibrahim hanya mempunyai 2 isteri Sarrah dan Hajjar dan 2 putera Ismail dan Ishak. Keduanya Rasulallah SAW bukan dari Jurai Nabi Ishak AS. Nabi Nabi selepas Nabi Allah Ibrahim AS hanya diutus khusus buat Bani Israel. Ajaran Muhammad SAW dimartabatkan Allah sebagai pelengkap dan penutup AGAMA HANIF, AGAMA ISLAM…merupakan matlamat akhir jurai KeNabian Adam AS yg diturunkan pada Nabi Syits, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS. Ketiganya Nabi Idris AS adalah lambang bermulanya TAMADUN MANUSIA…dilahirkan di MUnaf/Mempis dan digelar HurMUs Al-Haramisah. Diutuskan buat kaum Nabi Syits AS, jurai Qabil, putera Adam AS. Nabi Idris dikuniakan dng berbagai bagai kebijaksanaan antaranya mahir mengukir segala jenis batu dan batu permata, mahir melukis, bijak berfalsafah, pandai menulis dan menjahit juga yg paling utamanya baginda turut berpengetahuan tinggi dlm ilmu astronomi/kajian bintang. Di zaman baginda telah terdapat 72 jenis bahasa dan pecahan kaum kaum serta telah menggambarkan 188 buah kota. Baginda bertanggung jawab meletakkan 4 Raja di 4 penjuru dunia yg mewakili berlainan bentuk mukabumi dan cuaca serta daratan daratan antaranya daratan bawah, daratan rendah, dataran atas, dataran bukit dan dataran tinggi. Raja Raja tsb bernama Raja Zeos, Raja Esqlebeos, Raja Elaus dan Raja Zous Amon. Kaum Nabi Idris digelar kaum MU atau Hurmus atau di kalangan KAFIRUN dikenali sebagai kaum LeMUria. Kaum MU bertukar menjadi angkuh, bongkak, sombong, kufur dan mungkar diatas segala kepandaian yang diajarkan oleh Nabi Idris AS. Kaum yg dikenali sebagai kaum penghuni dataran bawah ini kesudahannya dibinasakan Allah dengan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh AS. DARI SITU BERMULALAH TERPISAHNYA 72 BAHASA DAN KAUM KAUM TSB DIBERPULUH RIBU PULAU, TANAH BESAR DAN BENUA BENUA. TERMASUK SALAH SATUNYA KAUM DATARAN BUKIT ATU KAUM MALA YG TURUT TERPISAH DIBERBELAS RIBU PULAU DAN TANAH BESAR…SAYA BERTEGAS DNG SDR SUPAYA JNG PEECAYA WALAU SEBARIS AYAT PUN TULISAN KAFIRUN LAKNATULLAH KAYU PEMBAKAR NERAKA JAHANNAM.

  10. Tanya Khidir says:

    Salam yg empunya blog…dng izin…izinkan sya menyambung cikit gie…MENJEJAK RAS MELAYU ( MALA-UR) harus bermula dri langkah ISLAM…Pada peringkat awal sebelum Masehi kaum Mala yg terpisah diberbelas ribu pulau dan tanah besar sebenarnya menerima AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM, ajaran yg mentauhidkan MAHAPENCIPTA, mengamalkan Ibadah Korban dan tidak menyembah patung maupun berhala. Ajaran Ibrahim dipercayai dibawa dari Iran oleh penutur Bahasa INDO-IRAN dan INDO ARYAN yg diserap ke Bahasa Sanskrit jauh sebelum Masehi ke barat dan barat laut, selatan, tenggara, timur juga utara INDIA (Wilayah wilayah di India yg terdapat ramai penganut Islam) dicelah celah kepesatan agama penyembah patung dan berhala. Penganut Ajaran Ibrahim menulis dlm Tulisan Pallava yg mempunyai pengaruh tulisan Parsi dan Pahlavi berasal dri Tulisan Hebrew dan Ibrani. Bahasa Indo-Iran dan Indo-Aryan yg diserap ke bahasa Sanskrit terus bergaul dlm bahasa Austronesia apabila Ajaran Ibrahim diterima oleh kaum Mala. Ajaran Ibrahim terus berkembang pesat di kalangan kaum Mala juga celah celah kepesatan Agama Hindu dan Buddha. Nenek moyang Kerajaan Melayu dan Bangsa Melayu sama sekali bkn beragama Hindu maupun Buddha seperti yg diwar warkan oleh KAUM YAHUDI DAN KAFIRUN LAINNYA di dalam kajian kajian dan tulisan mereka yh turut dipercayai dng penuh yakin melebihi percaya pada Al Quran.

  11. google account says:

    Ya! Benar sekali MENJEJAK MELAYU HARUS BERMULA DARI LANGKAH ISLAM…DARI JURAI ISMAIL AS. Nabi Ismail AS dikurniakan Allah SWT 13 anak 12 putera dan 1 puteri. SAKA dan BAKA dari keturunan Nabi Ismail AS lah yang amat digeruni Yahudi laknatullah, terutamanya SAKA dan BAKA dari puteri Nabi Ismail AS. SAKA dan BAKA inilah yg membentuk KAUM IRAN, ARYA dan MOGUL serta mengembangkan AGAMA HANIF, AJARAN IBRAHIM HINGGA KE ALAM MELAYU. SAKA BAKA INI JUGALAH YG BAKAL BANGKIT MENENTANG KEMUNGKARAN YAHUDI DAN MENYEMBELIH KAUM LAKNAT TSB. BANGSA MELAYU ADALAH DARI CAMPURAN BANGSA INDO-IRAN, ARYA, MOGUL dan MALA-YO POLINESIA…JAUH SEKALI ADA HUBUNG KAITNYA DENGAN THE 12 LOST TRIBES OF ISRAEL…TAK KENA MENGENA LANGSUNG!!!

  12. benn says:

    mau israel atau bukan. saya hidup dan mati karena Allah subhanahuataalla…..
    semoga Allah S.W.T menjauhkan saya dan keturunan saya beserta seluruh saudara saya sedarah ataupun seagama dari fitnah dan kejahatan dajal dan kroni-kroninya. AMIN!!!!!

  13. Alam Shah says:

    SUVARNABHUMI = BUMI SUMATERA, tanah Melayu yg SEBENARNYA. bukan SEMENANJUNG.

    SANG SAPURBA(KETURUNAN ISKANDAR ZULKARNAIN) MENJADI RAJA MINANGKABAU. KETURUNANNYA BERSEBAR SEANTERO ALAM MELAYU.

  14. Zulkepli Awang says:

    Jangan mempercayai mana buktinya. Ini adalah dakyah yahudi utk merenggut tanah di Nusantara Melayu spt apa yg berlaku di Palestine. Inilah yg dikatakan The New World Order fasal terakhir ciptaan Yahudi. Saya amat setuju bhw sejarah dunia wajib diselusuri melalui jalan agama Islam noktah!

  15. Raja Hibat says:

    Sungguh dahsyat penjelasan dan info yang ada dalam blog ini. Saya masih tidak faham berkenaan orang melayu pada asalnya tidak menyembah berhala. Tetapi mengamalkan ajaran ibrahim.. Wah.. Menarik.. Mohon ditulis satu kisah lagi berkenaan bangsa melayu ini. Dan mengapa bangsa melayu sangat mengagumi senjata berupa KERIS.. Apa dan mengapa? Asalnya keris dan siapa penciptanya.. Maaf. Saya budak baru belajar..

  16. Nazi SS Death Squad says:

    penipuan yahudi

Leave a reply to sandiwara Cancel reply