Benarkah Melayu dari Keturunan Bani Israel?
Peninsular Malay: Y-DNA ancestral lineage of 66.7% Formosan (O-M175) , 11.1% Polynesian (C-M130), 11.1% Micronesian (K-M9*), 5.6% Turkic (R-M207), 5.6% Ancient West-Asian (F-M89*)
Dikatakan, berdasarkan maklumat pada manuskrip kuno yang disusun dan dipadankan menjadi Book of Mormon itu, bumi Melayu (Tanah Melayu) dan orang Melayu Semenanjung (termasuk Melayu Selatan Thai) itulah yang paling menepati keterangan perihal bumi Mala (Malaya) dan orang Malai (Malay) keturunan dari Lehi, anak kepada Menasseh itu.
Menasseh adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan 722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:
- Reuben
- Issachar
- Zebulun
- Dan
- Naphtali
- Gad
- Asher
- Simeon
- Ephraim
- Manasseh
Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Yusuf a.s. Manakala Nabi Yusuf (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Ya’akub (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).
Nabi Ya’akob, yang digelarkan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:
- Reuben (dilahirkan Leah)
- Simeon (dilahirkan Leah)
- Levi (dilahirkan Leah)
- Judah (dilahirkan Leah)
- Dan (dilahirkan Bilhah)
- Naphtali (dilahirkan Bilhah)
- Gad (dilahirkan Zilpah)
- Asher (dilahirkan Zilpah)
- Issachar (dilahirkan Leah)
- Zebulun (dilahirkan Leah)
- Joseph (dilahirkan Rachel)
- Benjamin (dilahirkan Rachel)
Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak tanah pusaka:
- Reuben
- Judah
- Issachar
- Zebulun
- Dan
- Naphtali
- Gad
- Asher
- Benjamin
- Ephraim
- Manasseh
- Simeon
- Levi
Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.
Berikutan kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.
Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.
Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Menariknya Gunung Ledang di selatan Semenanjung itu lebih terkenal dengan nama Mount Ophir oleh masyarakat silam antarabangsa.
Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.
Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?
Nampaknya perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa ‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.
Salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi Mala ini.
Namun Mala (atau Malai) bukanlah bangsa tulin berketurunan Bani Israel. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Bangsa Scythia dikatakan dari cabang keturunan Magog anak Japheth, di mana Shem, Ham dan Japheth adalah tiga putera Nabi Nuh yang terselamat dari banjir besar kerana naik bahtera Nabi Nuh. Bani Israel, yang dari rumpun bangsa Semitic, itu pula adalah dari keturunan Shem.
Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di kepulauan Jepun (sebelum kedatangan kaum Yamato, kaum dominan Jepun pada hari ini). Termasuk juga bangsa-bangsa yang mendiami Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Kepulaun Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.
Turkic of Kyrgyztan (ancestral lineage of Y-DNA haplogroup: 65.4% of R, 13.5% of C, 1.9% of K, 7.7% of O, 11.5% of Others)
Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon ini dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun1997 (kajiannya ini boleh dibaca di sini – http://www.scribd.com/doc/20922656/The-Malay-Peninsula-as-the-Setting-for-the-Book-of-Mormon-by-Ralph-A-Olsen )
Pendapat beliau Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Segenting Kra ke bawah, menepati deskripsi bumi Mala yang diperihalkan dalam Book of Mormon itu.
Satu kajian berkaitan projek genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Melayu) di Tanah Melayu (Bumi Mala) dengan Bani Israel.
Pencarian melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Sementara itu, seorang Yahudi dari Baghdad, orang Yahudi yang pertama datang dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1895 itu namanya Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau cuma disertai orang-orang yahudi lain 30 tahun kemudian selepas Perang Dunia Pertama.
Barangkali tujuan utama kedatangan Ezekiel Aaron Menasseh ke sini adalah untuk mencari saudara jauh Melayunya, salah satu dari 10 puak Bani Israel yang ‘hilang’ itu.
Beliau seperti nampak kesal ketika pertama kalinya tiba ke sini apabila menyatakan dialah satu-satunya orang yang mengamalkan ajaran agama Yahudi di sini.
Begitulah, Ezekiel Aaron Menasseh terpaksa menelan realiti dan kena akur kepada hakikat betapa sudah berduyun-duyun ramainya keturunan Bani Israel yang sudah keluar meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi penganut Kristian atau Islam.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:62)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Sumber: http://aku-macjay.blogspot.com/2011/04/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html
Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Apakah ini penemuan Tamaddun Melayu Kuno yang tenggelam?





I like the history of malay
Terima kasih. Saya juga. Kerana itu blog Sandiwara ini agak sarat dengan artikel-artikel berkaitan bangsa Melayu, selain Agama dan Politik, yang ketiga-tiganya amat saling kait-mengait.
banyak yang tau hal ni..cuma skrang xde insiatif drp k’jaan untuk mengkaji kesahihan yer!!TP APE Y KEMUNgkinan..org melayu mgkin asal usul yer org dr tanah bsr china
pokoknya ini memang khayalan kononnya mau jadi bang sa pilihan,,,,,konon,,,,,melayu,,,melayu….
Pingback: Benarkah Melayu dari Keturunan Bani Israel? | BLOG AMMAR
masanya telah tiba..
Lebih baik mengkaji daripada komen.Kalau kita inginkan sesuatu lebih baik kita mengkaji
Reblogged this on S.I.