SANDIWARA

tracking ORIGINS

Salasilah Keturunan 25 Rasul

25 rasul

salasilah keturunan 25 rasul

ALLAH namakan ISLAM sejak dulu, Agama yang ALLAH turunkan buat anutan semua para Nabi dan umat mereka, dan untuk dijadikan warisan keluarga mereka dan warisan keluarga umat mereka juga.

Selepas Adam, Idris dan Nuh, baki 22 daripada kesemua 25 Nabi dan Rasul ALLAH yang wajib diketahui itu adalah terdiri dari bangsa Semite belaka. Pun janganlah ada deskriminasi atau dibeza-bezakan antara mereka, sepertimana pesan Allah di dalam Quran.

Sam (atau Shem) serta Ham, dan seorang lagi saudara mereka, Japheth (atau Yafid), adalah tiga putera Nabi Nuh yang terselamat dari banjir besar yang menurunkan tiga keturunan utama manusia sejagat yang dikenali sebagai bangsa ‘Semites’ (Shem), bangsa ‘Hamites’ (Ham) dan bangsa ‘Japhetites’ (Japheth).

Dari jumlah 22 nabi berbangsa Semite ini, Nabi Hud, Nabi Salih dan Nabi Lut adalah dari pecahan bangsa Aramean (atau keturunan Iram). Selebihnya dari pecahan bangsa Hebrew yang diturunkan dari zuriat Arfakhshad, saudara kepada Iram.

Bapa (patriarch) kepada bangsa Hebrew ini adalah Ibir (atau Eber), cucu kepada Arfakhshad atau cicit kepada Sam.

Bani Ibrahim dari zuriat Nabi Ibrahim melahirkan 18 orang nabi berbangsa Hebrew melalui tiga leluhur ‘ibu’ (induk) berlainan, iaitu induk Sarah (dari cabang keturunan Shem), induk Hajar (dari cabang keturunan Ham), dan induk Keturah (dari cabang keturunan Ham juga).

Induk Sarah menurunkan Bani Israel, manakala dari Hajar lahir Bani Ismail, dan dari Keturah (atau Saffurah) terbitnya Bani Jawi.

Nabi Ibrahim sendiri, sebagaimana Sarah, adalah dari leluhur bangsa Semite.

Ada 19 orang kesemuanya nabi berbangsa Hebrew ini, termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, dan Nabi Ishak serta puteranya Nabi Yaakub yang bergelar Israel itu. Putera lain kepada Nabi Ishak adalah Ish yang bergelar Edom.

Nabi Hebrew dari keturunan Bani Ismail adalah Nabi Muhammad. Dari Bani Jawi berketurunan Madyan pula adalah Nabi Shuib. Sementara nabi Hebrew dari keturunan Ish atau Bani Edom (Edomite) adalah Nabi Ayyub dan Nabi Zulkifli.

Paling ramai adalah 13 orang nabi Bani Israel dari induk Sarah.Salah satu pecahan kecil kepada Bani Israel adalah Bani Yahudza (atau lebih dikenali sebagai bangsa Yahudi). Para Nabi berbangsa Yahudi adalah Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya dan Isa.

Yahudza (bapa kepada bangsa Yahudi), hanyalah salah seorang dari 12 putera Nabi Ya’akub  (Israel), yang lalu tidak wajar disalahanggap kesemua keturunan Bani Israel itu berbangsa Yahudi belaka.

Sementara Nabi Yusuf adalah satu-satunya anak Nabi Yaakub yang jadi Nabi. Yahudza (atau Judah), selain Levi dan Bunyamin bukanlah bertaraf Nabi, namun menurunkan para nabi dari zuriat mereka.

Zuriat Bunyamin (atau Benjamin) melahirkan Nabi Yunus. Manakala dari zuriat Levi lahir empat orang nabi, iaitu Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Ilyas Dan Nabi Alyasa’.

Sistem Perekonomian Islam ‘As-Sadaqaat’

image

Saya cenderung menanggapi ibadah infaq, bersedekah, termasuk wakaf dan zakat itu adalah serpihan-sepihan kecil gagasan sistem ekonomi Islam ‘as-sadaqaat’ (gift/sacred economy) yang lebih besar, komprehensif dan bersepadu.

Kepada saya, sistem ekonomi ‘As-Sadaqaat’ telah dipecah-pecahkan oleh musuh-musuh ‘luar dan dalam’ Islam kerana berupaya tampil mencabar dan menggantikan institusi ekonomi kapitalisme yang mengoperasi amalan riba (yang diharamkan ALLAH) pada sistem perdagangan (atau perniagaan), kewangan dan perbankan pada landasan dan kerangka kapitalisme sepertimana yang yang dipraktikkan hari ini, termasuk di dunia Islam sendiri.

Sungguh pencapaian kepada matlamat sistem ekonomi Islam sebenar yang harus diinstitusikan itu amatlah bergantung kepada sejauh mana kemahuan dan kesediaan ummah untuk berubah.

Masalahnya ia perubahan sangat radikal kerana harus meninggalkan amalan berakar-umbi budaya ekonomi saling ‘berjual-beli’ yang melibatkan pertukaran (contohnya: barangan, perkhidmatan tenaga kerja/intelek, hartanah, ekuiti, dsb) sebagai syarat transaksi pulangan ekonomi yang diletakkan nilai matawang padanya.

Ia memerlukan peralihan mendadak untuk lantas digantikan dengan transaksi ekonomi tanpa syarat dan tanpa pulangan bersyarat di mana berlaku amalan ikhlas saling ‘sedekah-mensedekahi’ (sadaqa/charity) apa saja atas cuma kerana memenuhi keperluan satu sama lain sebagai satu konsep, pendekatan dan amalan budaya alternatif perekonomian Islam melalui cara/jalan anjuran ALLAH (fi sabilillah) itu.

Ini pra-syarat yang perlu untuk memungkinkan satu keadaan istimewa di mana segala sumber pengeluaran (production resources) yang diperlukan para karyawan/pengusaha pembekalan (supplier) bagi menyedia penawaran (supply) buat memenuhi permintaan dan keperluan pengguna (user/consumer) itu dapat diperolehi secara gratis (percuma) atas kesediaan semua pihak untuk saling mensedekahkan saja secara ikhlas keperluan satu sama lain.

Sudah tentu faedahnya akan berbalik semula kepada semua di mana para konsumer/pengguna dapat menikmati hasil berlipatganda secara gratis pula.

Apabila segalanya boleh disediakan dan dinikmati secara gratis, apalah perlunya lagi masyarakat kepada wang, institusi kewangan dan institusi perbankan. Cara kreatif Ini menjadikan sistem ekonomi alternatif yang unik ini bebas dan berkesan dari kebergantungan kepada sistem kewangan dan perbankan yang selama ini menjerat kedua-dua pihak ‘amiliin’ dari golongan karyawan (pengusaha/supplier) dan pihak ‘masakiin’ dari golongan konsumer/pengguna menjadi mangsa kepada kuasa penjajahan, perhambaan dan telunjuk penguasa kapitalis.

Sungguhpun begitu, adalah diakui pendekatan riba dalam sistem ekonomi kapitalisme didapati mampu mencetuskan kerancakan transaksi ekonomi dan peningkatan kemakmuran dan kekayaan kepada mereka yang terlibat dalam perusahaan dan pekerjaan.

Namun, sedar atau tidak sedar, suka atau tidak suka semua orang baik dari golongan ‘amiliin’ (pembekal/supplier) maupun ‘masakiin’ (pengguna/consumer) telah diseret menjadi golongan ‘ar-riqaab-wal-gharimiin’ (‘hamba tebusan’ tuntutan hutang) yang amat membelenggu dan membatasi keupayaan untuk bebas membangun perusahaan untuk mencipta pekerjaan dan mencipta keupayaan permintaan bagi pengeluaran dan penawaran pelbagai produk dan perkhidmatan sebebas-bebas dan sebanyak-banyaknya kerana isu, permasalahan dan sekatan kewangan dan keterhutangan.

Lalu gagasan sistem ekonomi radikal ‘as-Sadaqaat’ dilihat sebagai satu potensi solusi kemanusiaan yang mampu menukar ummah menjadi golongan ‘abnissabil’ bebas dari isu, pengaruh dan instrumen wang yang telah menjerumuskan kedua-dua golongan ‘masakiin’ dan ‘amiliin’ ini menjadi ‘fuqaraa’ (golongan fakir).

Sementara pada masa yang sama menimbulkan satu ancaman besar pula kepada kekuasaan dan kepentingan yang bakal meruntuhkan empayar penaja kapitalisme yang dikuasai dan dinikmati contohnya golongan elitis yahudi dan elitis arab jahiliah di zaman Nabi yang menjadi amat kaya raya kerananya.

Lalu tidak hairanlah mengapa Nabi, para sahabat dan orang-orang beriman para pengikut Nabi di zaman Nabi dan para sahabat diperangi habis-habisan oleh puak-puak kafiriin yang termasuk golongan munafiqiin yang berkepentingan dalam sistem ekonomi yang mengoperasikan sistem riba itu.

Yang jelas tidak memerangi, malahan melindungi, Nabi, para sahabat dan orang-orang beriman  adalah umat Kristian di zaman Nabi kerana Nabi Isa juga memperjuangan reformasi ekonomi berunsurkan ‘As-Sadaqaat’ (charity) yang serupa yang lalu atas sebab yang sama ditentang keras oleh golongan elitis dari bangsa Baginda sendiri, yakni bangsa yahudi, yang punya kepentingan dan kebajikan ekonomi atas penganjuran amalan riba yang diharamkan ALLAH itu.
image

Pun Allah melarang paksaan kepada perlaksanaan sistem perekonomian Islam “As-Sadaqaat” kepada ummah lain yang tidak ingin kepadanya atas prinsip tiada paksaan kepada ‘diin’ (dari jalan atau cara hidup anjuran) Allah itu.

image

Lalu Allah menghalalkan sistem “bay’aa” (pertukaran produk/ ‘barter exchange’) sebagai ‘platform’ yang memungkinkan perhubungan dagangan antara negara-negara bukan Islam yang mengamalkan sistem ekonomi ‘riba’ dengan negara-negara ummah Islam yang mengamalkan sistem ekonomi ‘sadaqa’.

Asal Palestin tanah nenek moyang orang Melayu?

image

Asalnya bumi Palestine itu adalah tanah kepunyaan bangsa kuno Canaan yang kemudiannya dikuasai secara paksa oleh Bani Israel dan bangsa Yahudi, setelah kemangkatan Nabi Sulaiman, atas dakwaan ia adalah bumi yang dijanjikanTuhan khusus kepada bangsa Israiliyah (Israelites).

Mereka telah memecah dua Bumi Canaan, membahagi dan mengagihkannya sesama 13 suku puak mereka.

Di utara terbentuk Kerajaan Israel, sementara di selatan dibangunkan Kerajaan Judah, sebelum kemudiannya Kerajaan Israel diserang dan ditawan pula oleh Empayar Assyria kuno menyebabkan bercempera dan hilang nya 10 suku puak bangsa Israiliyah (“the ten lost tribes of Israel) yang menduduki wilayah utara bumi Canaan itu.

Menariknya menurut kajian “Table of Nations” yang disokong kajian DNA, bangsa Canaan kuno inilah yang antaranya menurunkan bangsa rumpun Austronesia, Malayo-Polynesia dan Nusantara di mana Melayu menjadi sebahagian daripadanya.

image

image

Sementara paparan rajah Salasilah Bani Jawi memperincikan “Table of Nations” ini untuk membentuk kesimpulan berikut:

Hamite –> Canaanite –> Hittites –> Bani Jawi –> Melayu

Dengan Latin perkataan, bangsa kuno Hamite menurunkan bangsa besar Canaanite dan bangsa Canaanite kemudian menurunkan bangsa kecil Hittites.

Sementara bangsa Hittite inilah yang menurunkan Bani Jawi dan seterusnya bangsa Melayu yang ada pada hari ini.

Menariknya, Nabi Shuib adalah Nabi dari Bani Jawi yang kemudiannya membawa Nabi Musa dari Bani Israel kepada ikatan kekeluargaan Bani Jawi atas perkahwinan Nabi Musa dengan puteri Nabi Shuib.

Nabi Sulaiman, Nabi dari bangsa Israiliyah-Yahudi, turut menjalin hubungan kekeluargaan dengan Bani Jawi dari perkahwinan Baginda dengan Permaisuri Balqis dari darah keturunan Keturah (Ibu Bani Jawi).

Dan Melayu adalah puak dari bangsa asal Canaan-Hittites yang terlebih dahulu tercempera dan terusir angkara pencerobohan Bani Israel dan bangsa Yahudi yang menyerang dan mengusir nenek moyang mereka dari tanahair asal mereka di bumi Canaan (atau bumi Palestine) yang kini diduduki dan dikuasai (semula) Zionis Yahudi sejak tahun 1948 itu.

Pakatan Parti-Parti Politik: Lebih baik sebelum atau selepas Pilihanraya?

PENYOKONG / GOMBAK

Wujud pelbagai parti politik di Indonesia, begitulah juga di Malaysia. Bezanya Indonesia merundingkan  pakatan parti-parti selepas keputusan Pilihanraya, sementara Malaysia menentukan pakatan parti-parti sebelum bertanding Pilihanraya. Pilihan pendekatan yang berbeza inilah menjadikan masalah dan cabaran yang dihadapi parti-parti politik di Malaysia dan Indonesia itu sangat berbeza pula.

Masalah terbesar pakatan parti-parti sebelum Pilihanraya adalah tentang soal pembahagian kerusi dan kawasan Pilihanraya di kalangan parti-parti yang bekerjasama, selain cabaran dalaman Parti dalam penentuan calon Pilihanraya. Silap pembahagian kerusi boleh memecahbelahkan pakatan parti-parti. Silap pemilihan calon dalam parti pula boleh menyebabkan parti berpecah-belah.

kerusi parlimen PRU13 mengikut parti

Banyak parti-parti di Malaysia dan di Indonesia wujud kerana serpihan parti, gara-gara adanya kumpulan dalaman parti yang tidak berpuas hati tentang pembahagian kerusi calon kepada kumpulan mereka untuk menghadapi Pilihanraya. Lalu kumpulan ini keluar parti untuk tubuhkan parti baru dan letak calon-calon mereka sendiri dalam Pilihanraya. Ada yang sangat berjaya dengan strategi ini dan ada yang kecundang lalu lenyap menjadi sejarah.

Di Sabah seketika dulu, misalnya, Berjaya yang jadi parti serpihan USNO berjaya mengalahkan USNO dalam Pilihanraya di Sabah. Kemudian muncul parti serpihan baru PBS yang berjaya menumbangkan pula kedua-dua USNO dan Berjaya di satu Pilihanraya seterusnya di Sabah.

Sementara PAS asalnya adalah serpihan dari UMNO, kemudian tertubuh pula Berjasa dan Hamim dari serpihan PAS pula. Parti Gerakan juga pada dasarnya adalah serpihan dari parti MCA. Kemudian muncul Pekemas serpihan dari parti Gerakan.  Pekemas gagal mendapat tempat di hati pengundi lalu bungkus. Manakala parti PPP boleh dikatakan serpihan dari MIC. Paling menarik DAP adalah asalnya parti PAP semasa Singapura menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia untuk menjadikan DAP parti serpihan yang lahir secara istimewa dari parti PAP Singapura.

UMNO yang menubuhkan pakatan Perikatan untuk bersama MCA dan MIC di zaman Tunku terbiasa tidak berkongsi kerusi Melayu dengan siapa-siapa. Begitu juga MCA dan MIC. UMNO mula menghadapi masalah apabila Tun Razak tubuhkan BN bagi menggantikan Perikatan dengan membawa penyertaan parti-parti yang dulunya Pembangkang seperti PAS, Gerakan dan PPP  untuk menguatkan BN.

Namun tak lama kemudian akibat perbalahan pembahagian kerusi melayu dalam BN, UMNO bertindak mengambil jalan mudah menyingkirkan PAS dari BN sebaik Tun Hussein Onn mengambil alih pucuk pimpinan BN dan UMNO selepas kematian mengejut Tun Razak.

UMNO tidak gemar ada parti melayu lain dalam BN yang UMNO kena berkongsi kerusi DUN dan Parlimen salain jawatan Kabinet Persekutuan dan EXCO negeri. Sebab itu UMNO pujuk Parti Melayu Semangat 46 untuk membubarkan parti dan menyertai UMNO, bukannya menjadi satu lagi parti komponen melayu dalam BN.

Sementara itu masalah pembahagian kerusi kaum cina dalam BN antara MCA dan Gerakan, begitu juga pembahagian kerusi kaum india antara MIC dan PPP diserahkan sahaja kepada Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO untuk menentukan. Entahlah sama ada jauh di sudut hati masing-masing mereka benar-benar bersetuju dengan cara pembahagian kerusi tersebut. Apapun ternyata dalam PRU12 yang lalu prestasi MCA, MIC, Gerakan dan PPP didapati merudum kerana dikalahkan DAP. Apakah ada sabotaj dalaman pada pakatan BN di antara parti-parti komponen berorientasikan kaum cina dan india itu? Entahlah.

Namun paling memeranjatkan pada PRU13 kali ini terdapat ramai pula tokoh UMNO yang bertanding bebas menentang calon resmi UMNO. Lalu UMNO mengambil tindakan pecat keahlian mereka dengan serta-merta. Berlainan dengan masa dahulu di mana yang berlaku calon-calon bebas itu dari ahli parti komponen lain dalam BN yang bertanding menentang calon resmi BN kerana mahu buktikan parti komponen mana yang lebih berpengaruh untuk patut diperuntukkan kerusi tersebut. Ia menjadi terkawal selepas itu apabila BN mengadakan peraturan mana-mana ahli Parti komponen yang menjadi calon bebas dalam Pilihanraya dipecat sertamerta dari Parti masing-masing.

Sementara itu di beberapa kawasan Pilihanraya dalam PRU 13 kali ini menyaksikan kedua-dua calon PAS dan calon PKR menentang calon UMNO, sedang sepatutnya yang berlaku sama ada calon PAS atau calon PKR saja yang menentang calon UMNO seperti yang berlaku di rata-rata kawasan Pilihanraya yang lain. Pun di sudut positifnya ia memberi peluang keemasan yang bagus untuk dijadikan petunjuk secara langsung tentang sejauh mana pengaruh semasa UMNO, PAS dan PKR di hati pengundi di kawasan majoriti melayu untuk sesuai dijadikan sampel analisis oleh para penganalisa politik.

Kita yang mengamalkan pendekatan pakatan parti-parti pra-Pilihanraya tentunya mempunyai tanggapan yang negatif terhadap kejadian-kejadian yang tidak kita inginkan ini. Namun kejadian yang serupa ditanggapi di Indonesia sebagai amalan demokrasi yang sihat. Memang tidak hairanlah kerana mereka melihatnya dari sudut  amalan pendekatan pakatan parti-parti pasca-Pilihanraya yang menjadi amalan mereka dan banyak lagi negara lain di dunia.

Barangkali menukar pendekatan pakatan parti-parti sebelum Pilihanraya kepada selepas Pilihanraya itu lebih baik untuk Malaysia. Namun wajar kita ubah terlebih dahulu dari pencalonan semua kerusi terbuka kepada semua kaum kepada pencalonan kerusi yang tertutup dan terkhusus kepada kaum tertentu sahaja. Yakni, biarpun di semua kawasan Pilihanraya itu para pengundinya dari pelbagai kaum tetapi kerusi-kerusi yang dipertandingkan ada yang khusus untuk calon-calon dari kaum melayu sahaja, ada yang khusus untuk calon-calon dari kaum cina sahaja, ada yang khusus untuk calon-calon dari kaum india sahaja, ada yang khusus untuk calon-calon dari kaum iban sahaja, ada yang khusus untuk kaum kadazan-dusun sahaja, dsb.

Mudah dilaksanakan SPR dengan cara pertamanya menentukan kuota kaum untuk jumlah kerusi Parlimen dan DUN di negeri masing-masing berdasarkan nisbah masing-masing kaum dari jumlah penduduk negeri untuk DUN dan nisbah masing-masing kaum dari jumlah penduduk negara untuk Parlimen. Kemudian barulah SPR mengenalpasti kawasan-kawasan Pilihanraya untuk Parlimen dan DUN di negeri masing-masing bagi agihan kerusi mengikut kaum yang tersebut. Sudah tentu keutamaan berdasarkan pertimbangan majoriti kaum dalam sesuatu kawasan Pilihanraya Parlimen dan DUN berkenaan.

Yakni kerusi melayu untuk kawasan Pilihanraya yang mempunyai majoriti penduduk melayu, kerusi kaum cina untuk kawasan majoriti kaum cina, kerusi kaum Iban untuk kawasan majoriti kaum iban, kerusi kaum kadasan-dusun untuk kawasan majoriti kaum kadazan-dusun, dsb. Kemudian bolehlah diagihkan baki kerusi Parlimen dan DUN ke mana saja kawasan yang difikirkan sesuai jika tiada lagi kawasan majoriti kaum yang diperuntukkan kerusi-kerusi tersebut bagi mencukupkan jaminan bilangan kuota kerusi kaum di kawasan-kawasan Parlimen Persekutuan dan DUN negeri masing-masing.

Cara ini kebetulan bukan sahaja dapat menyelesai masalah parti kena tentukan sendiri calon dari kaum mana yang harus bertanding di kawasan Pilihanraya yang mana, malahan dapat mengelak sentimen kaum  dan isu kaum calon-calon dibangkitkan sekiranya dibiar calon-calon dari pelbagai kaum bertanding untuk kawasan Pilihanraya yang sama. Ia juga berupaya menggalak dan memupuk perpaduan pelbagai kaum di negara ini secara yang lebih baik dari kesempatan pelbagai kaum berkempen bersama untuk memenangkan calon parti pilihan tanpa bias kepada pertimbangan kaum calon-calon.

Ini menjadikan tiada kaum yang perlu lagi risau bertanding sesama sendiri pada sesuatu kawasan Pilihanraya kerana khuatirkan perpecahan undi kaum yang boleh merugikan kaum masing-masing,  lantaran kini kerusi kaum menjadi terjamin biar siapapun calon dari kalangan kaum mereka itu yang akan menang atau kalah Pilihanraya.

Jaminan kerusi kaum selain perubahan yang memungkinkan kepada pakatan strategik parti-parti selepas Pilihanraya yang lebih fleksibel dan terbuka ini tentunya akan lebih menyemarakkan lagi amalan demokrasi dalam Negara. Terutama ia bakal mendorong kepada penubuhan lebih banyak parti-parti politik yang bakal membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada lebih ramai calon menyertai Pilihanraya. Ia turut memberi pilihan yang lebih luas kepada Pengundi dalam memilih calon perwakilan dan pakatan parti-parti terbaik untuk menggalas amanah memimpin negeri dan negara dengan cemerlang bagi kesejahteraan Rakyat dan Negara.

Revert to Gift Economic System

Contrary to popular conception, there is no evidence that societies relied primarily on barter before using money for trade. Instead, non-monetary societies operated largely along the principles of gift economics. When barter did in fact occur, it was usually between either complete strangers or would-be enemies.

The anthropologist Marshall Sahlins writes that Stone Age gift economies were, as evidenced by their nature as gift economies, economies of abundance, not scarcity, despite modern readers’ typical assumption of abject poverty.

Whilst Jonathan Dawson, head of economics at Schumacher College, writes that from an anthropological perspective, “economy and society are inseparable and that markets and money are relatively recent arrivals, a thin veneer layered onto a much older history of co-operation, gift and reciprocity.” 

Territorial conquests and colonization by alien military powers, saw Gift Economies being replaced by market economies based on commodity money. The period is marked by the emergence of city states and the rise of great empires in China, India and the Mediterranean, but was, in a way, connected with the advent of large-scale slavery and the use of coins to pay soldiers, together with the obligation enforced by the State for its subjects to pay its taxes in currency.

This was also the same time that the great religions spread out and the general questions of philosophical enquiry emerged on world history – many of those directly related, as in Plato’s Republic, with the nature of debt and its relation to ethics.

alquran-surah-9-ayat-60.jpg

Tzedakah to Jews is similar to Sadaqah to Muslims

Tzedakah [tsedaˈka] or Ṣ’daqah [sˤəðaːˈqaː] in Classical Hebrew (Hebrew: צדקה‎; Arabic: صدقة‎), is a Hebrew word literally meaning righteousness but commonly used to signify charity. It is based on the Hebrew word (צדק, Tzedek) meaning righteousness, fairness or justice, and it is related to the Hebrew word Tzadik meaning righteous as an adjective (or righteous individual as a noun in the form of a substantive).

Tzedakah refers to the religious obligation to do what is right and just. Unlike philanthropy or charity, which is completely voluntary, tzedakah is seen as a religious obligation.

Meanwhile, it is interesting to note that ‘Sadaqah’ is the term used in Al-Quran 9:60 to discuss these ‘fuqaraa’, ‘masakeen’, ‘amileen’, ‘muallaf’, ‘ar-riqaab’, ‘al-gharimeen’, ‘fi sabilillah’ and ‘abnis sabil’ issues which are apparently the subject matters of ‘Zakah’, a religious obligation of the Muslims.

Tzedakah/Sadaqah is Gift Economic System (opposed to Capitalist Economy)

In anthropology and the social sciences, a gift economy (or gift culture) is a mode of exchange where valuable goods and services are regularly given without any explicit agreement for immediate or future rewards (i.e. no formal quid pro quo exists). Ideally, voluntary and recurring gift exchange circulates and redistributes wealth throughout a community, and serves to build societal ties and obligations. In contrast to a barter economy or a market economy, social norms and custom governs gift exchange, rather than an explicit exchange of goods or services for money or some other commodity.

Traditional societies dominated by gift exchange were small in scale and geographically remote from each other. As states formed to regulate trade and commerce within their boundaries, market exchange came to dominate. Nonetheless, the practice of gift exchange revives and continues to play an important role in modern society. One prominent example is scientific research, which can be described as a Gift Economy.

The expansion of the Internet has witnessed a resurgence of the Gift Economy, especially in the technology sector. Engineers, scientists and software developers create open-source software projects. The Linux kernel and the GNU operating system are prototypical examples for the gift economy’s prominence in the technology sector and its active role in instating the use of permissive free software and copyleft licenses, which allow free reuse of software and knowledge. Other examples include: file-sharing, the commons, open access.

Pacific islanders

Pacific Island societies prior to the nineteenth century were dominated by gift exchange. Gift-exchange still endures in parts of the Pacific today; for example, in some outer islands of the Cook Islands. In Tokelau, despite the gradual appearance of a market economy, a form of gift economy remains through the practice of inati, the strictly egalitarian sharing of all food resources in each atoll. On Anuta as well, a gift economy called “Aropa” still exists.

There are also a significant number of diasporic Pacific Islander communities in New Zealand, Australia, and the United States that still practice a form of gift economy. Although they have become participants in those countries’ market economies, some seek to retain practices linked to an adapted form of gift economy, such as reciprocal gifts of money, or remittances back to their home community. The notion of reciprocal gifts is seen as essential to the fa’aSamoa (“Samoan way of life”), the anga fakatonga (“Tongan way of life”), and the culture of other diasporic Pacific communities.

Papua New Guinea

The Kula ring still exists to this day, as do other exchange systems in the region, such as Moka exchange in the Mt. Hagen area, on Papua New Guinea.

Native Americans

Native Americans who lived in the Pacific Northwest (primarily the Kwakiutl), practiced the potlatch ritual, where leaders give away large amounts of goods to their followers, strengthening group relations. By sacrificing accumulated wealth, a leader gained a position of honor.

Mexico

In the Sierra Tarahumara of North Western Mexico, a custom exists called kórima. This custom says that it is one’s duty to share his wealth with anyone.

Spain

In place of a market, anarcho-communists, such as those who inhabited some Spanish villages in the 1930s, support a currency-less gift economy where goods and services are produced by workers and distributed in community stores where everyone (including the workers who produced them) is essentially entitled to consume whatever they want or need as payment for their production of goods and services.

Social Theories

Hyde

For Lewis Hyde, the gift is an object that must continuously circulate throughout a society in order to keep its gift qualities. In this way the gift perishes for the person who gives it away, even though the gift itself is able to live on precisely because it has been passed on. He calls this the “paradox of the gift”: even though it is used up, it is not extinguished. This gift exchange is responsible for establishing connections and emotional ties between people which in turn serve as a basis for community and social cohesion.

Hyde pays particular attention to the gift associated with the creative process and art as a whole. The artistic gift is not acquired or purchased; it is bestowed, even somewhat mysteriously, upon the artist. He distinguishes between two types of artistic gifts: the inner gift and the outer gift. The inner gift of the artist is the inspiration and the actual creation of the work, while the outer gift refers to the finished work that is given to an audience.

Hyde also argues that there is a difference between a “true” gift given out of gratitude and a “false” gift given only out of obligation. In Hyde’s view, the “true” gift binds us in a way beyond any commodity transaction, but “we cannot really become bound to those who give us false gifts.”

Hyde also addresses the issue of the gift of art within a market dominated society. He argues that when a primarily gift-based economy is turned into a commodity-based economy, “the social fabric of the group is invariably destroyed.” Much as there are prohibitions against turning gifts into capital, there are prohibitions against treating gift exchange as barter. Among the Trobrianders, for example, treating Kula as barter is considered a disgrace.

Hyde writes that commercial goods can generally become gifts, but when gifts become commodities, the gift “…either stops being a gift or else abolishes the boundary… Contracts of the heart lie outside the law and the circle of gifts is narrowed, therefore, whenever such contracts are narrowed to legal relationships.” He concludes, however, that a market economy and a gift economy are not wholly irreconcilable if rationalization is introduced into the sphere of the gift and if spirituality and emotion are brought into the sphere of the market.

Kropotkin

Many anarchists, particularly anarcho-primitivists and anarcho-communists, believe that variations on a gift economy may be the key to breaking the cycle of poverty. Therefore they often desire to refashion all of society into a gift economy. Anarcho-communists advocate a gift economy as an ideal, with neither money, nor markets, nor central planning. This view traces back at least to Peter Kropotkin, who saw in the hunter-gatherer tribes he had visited the paradigm of “mutual aid”.

Kropotkin argues that mutual benefit is a stronger incentive than mutual strife and is eventually more effective collectively in the long run to drive individuals to produce. The reason given is that a gift economy stresses the concept of increasing the other’s abilities and means of production, which would then (theoretically) increase the ability of the community to reciprocate to the giving individual.

Other solutions to prevent inefficiency in a pure gift economy due to wastage of resources that were not allocated to the most pressing need or want stresses the use of several methods involving collective shunning where collective groups keep track of other individuals’ productivity, rather than leaving each individual having to keep track of the rest of society by him or herself.

Bell

The economist Duran Bell postulates that exchanges in a gift economy are different from pure commodity exchange in that they are mainly used to build social relationships. Gifts between individuals or between groups help build a relationship, allowing the people to work together. The generosity of a gift improves a person’s prestige and social standing. Differences in social rank are not defined by differences in access to goods, but rather by “his ability to give to others, the desire to accumulate being seen as an indication of weakness.”

Various other recent social theories concerning gift economies exist. Some consider gifts to be a form of reciprocal altruism. Another interpretation is that social status is awarded in return for the gifts. Consider for example, the sharing of food in some hunter-gatherer societies, where food-sharing is a safeguard against the failure of any individual’s daily foraging. This custom may reflect concern for the well-being of others, it may be a form of informal insurance, or may bring with it social status or other benefits.

David Bollier takes the position that in a gift economy, “one’s ‘self-interest’ has a much broader, more humanistic feel than the utilitarian rationalism of economic theory”.

Graeber

Anarchist anthropologist David Graeber in his 2011 book Debt: The First 5000 Years argues that with the advent of the great Axial Age civilizations, the nexus between coinage and the calculability of economic values was concomitant with the disrupt of what Graeber calls “human economies,” as found among the Iroquois, Celts, Inuit, Tiv, Nuer and the Malagasy people of Madagascar among other groups which, according to Graeber, held a radically different conception of debt and social relations, based on the radical incalculability of human life and the constant creation and recreation of social bonds through gifts, marriages and general sociability.

The author postulates the growth of a “military-coinage-slave complex” around this time, through which mercenary armies looted cities and human beings were cut from their social context to work as slaves in Greece, Rome and elsewhere in the Eurasian continent.

The extreme violence of the period marked by the rise of great empires in China, India and the Mediterranean was, in this way, connected with the advent of large-scale slavery and the use of coins to pay soldiers, together with the obligation enforced by the State for its subjects to pay its taxes in currency.

This was also the same time that the great religions spread out and the general questions of philosophical enquiry emerged on world history – many of those directly related, as in Plato’s Republic, with the nature of debt and its relation to ethics.

Capitalist Economy System embracing trades, finance and banking that operates on profitability, inflationary, debt and usury concept and practices are clear transgression of God’s (preferred non-monetary Gift Economy) path, be it from Jewish, Christian’s, or Muslim’s religious perspectives.

800px-Give_away_shop_utrecht_inside.jpg
Inside Utrecht Giveaway shop. The banner reads “The earth has enough for everyone’s need, but not for everyone’s greed.”

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Gift_economy

Money and Life

Resource-based Economy versus Capitalist Economy

Antara Riba, Bay’a dan Sadaqa

SENARIO 1:
Abu tawarkan barang miliknya yang bernilai 10 gram emas dengan syarat Bidin setuju tukarkan dengan barang miliknya yang bernilai 12 gram emas, kerana Abu ingin untung 2 gram emas dari transaksi tersebut.

SENARIO 2:
Dahlia sedia tukar barang miliknya yang bernilai 10 gram emas kalau Farid setuju tukarkan dengan  barang miliknya yang bernilai 10 gram emas juga.

SENARIO 3:
Hasnah hadiahkan barang miliknya yang bernilai 10 gram emas kepada Gayah tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari Gayah. Tersentuh dengan kebaikan Hasnah, Gayah  hadiahkan pula barangnya yang bernilai 12 gram emas kepada Hasnah.

Persoalan 1 (SENARIO 1):
Apakah Abu menganiayai Bidin? Adakah Bidin akan terasa seperti dimanipulasi dan dirugikan Abu dalam transaksi yang berat sebelah itu? Apakah ini contoh transaksi riba?

persoalan 2 (SENARIO 2):
Adakah kedua-dua Dahlia dan Farid akan memperoleh pahala akhirat dari transaksi mereka? Apakah ini contoh transaksi bay’a?

Persoalan 3 (SENARIO 3):
Adakah kedua-dua Hasnah dan Gayah akan memperoleh kedua-dua pahala dunia dan pahala akhirat dari transaksi mereka? Apakah ini contoh transaksi sadaqa?

riba bay'a sadaqa

Senario Lain

KES 1:
Ahmad beri Aminah dagangan untuk dijual dengan harga 12 gram emas. Aminah berjaya mendapatkan Daud membelinya dengan harga 12 gram emas. Ahmad bayar Aminah 2 gram emas sebagai komisen jualan.

KES 1A:
Ahmad amanahkan Aminah dagangan untuk dijual dengan harga 12 gram emas. Ahmad berjanji beri Aminah komisen jualan 2 gram emas. Aminah berjaya memujuk Daud membelinya dengan harga 15 gram emas. Aminah pulangkan Ahmad 10 gram emas selepas tolak komisen jualan 2 gram emas, selain simpan lagi 3 gram emas kerana berjaya menjualnya dengan harga 3 gram emas lebih tinggi (15 gram emas) dari harga (12 gram emas) yang dijangkakan oleh Ahmad sendiri.

KES 2:
Aminah beli dari Ahmad dagangan yang serupa dengan harga 10 gram emas. Aminah jual kepada Daud dengan harga 12 gram emas. Aminah memperoleh pendapatan 2 gram emas dari hasil jualan tersebut.

KES 2A:
Aminah beli dari Ahmad dagangan yang serupa dengan harga 10 gram emas. Aminah jual kepada Daud dengan harga 15 gram emas. Aminah memperoleh pendapatan 5 gram emas dari hasil jualan tersebut.

Begitulah pelbagai cara dan berbagai harga dalam berjual-beli yang apabila dibuat perbandingan akan mengeliru dan menyukarkan kita menghakimi benar atau salahnya tindakan penjual.

 

Bijaksananya Allah Turunkan al-Quran kepada Rasulnya yang ‘Umiy’

Seorang tokoh akademik terkenal yang bergelar doktor falsafah, umpamanya, apabila dia membuat pengucapan awam sesuatu idea yang agung, orang tidak teragak-agak untuk anggap itu idea yang benar datangnya dari dia sendiri. Biarpun itu sebenarnya satu idea ciplakan atau kutipan.

Sudah tentu jika yang membuat pengucapan yang sama itu seorang umiy, yang tidak tahu menulis dan membaca, orang akan segera menolaknya sebagai satu idea ciplakan dan kutipan. Kerana mana mungkin idea sehebat itu boleh datang dari orang yang tidak sekolah!

Begitulah ditanggapi kesan yang dikehendaki Allah sebagai strategi bijaksana Allah memilih Muhammad, seorang umiy, sebagai rasul Allah. Supaya tiada siapa punya alasan meragui al-Quran itu benar-benar wahyu dari Kalam Allah di mana Muhammad sekadar rasul penyampai.

al-quran.jpg

Tidak juga boleh dituduh Muhammad kutip idea itu dari mana-mana sumber kitab suci Yahudi dan Nasara, apatahlagi mampu membahasnya secara cendekiawan, lantaran normanya orang seperti Muhammad yang umiy dan tidak sekolah itu tidak akan terfikir orang untuk mampu berbuat demikian.

Oleh kerana Muhammad itu seorang umiy dan tidak sekolah, menjadi mudah untuk masyarakatnya membezakan tutur biasa orang biasa seperti Muhammad dengan tutur luar biasa yang berbau cendekiawan ketika Muhammad menyampaikan wahyu Allah. Ini penting bagi mengelak campur- aduk tutur biasa Muhammad dengan tutur Kalam Allah ketika para sahabat menghafal atau menulisnya supaya Kitab al-Quran itu dijamin sepenuhnya tutur dari Kalam Allah yang bersih dari tutur Muhammad.

Begitulah strategi bijaksana Allah itu dapat mengelak umat Muhammad dari mempertuhankan Muhammad dalam keberadaannya sebagai seorang umiy berbanding kemungkinan berlaku senario sebaliknya sekiranya Muhammad itu bertaraf cendekiawan seperti bapa saudaranya Abi Lahab.

Barangkali kita boleh memahami senario  luar biasa Isa Ibnu Maryam yang lahir dari seorang gadis perawan yang tidak pernah disentuh lelaki. Tambahan pula Isa petah dan bijak berkata-kata sejak dalam buaian lagi. Lalu umat Isa al-Masih mudah cenderung menganggap Isa itu Tuhan kerana tidak boleh membezakan antara tutur biasa Isa dengan tutur Kalam Allah yang Isa sampaikan. Apatah lagi setelah mereka sedia menganggap Isa anak Tuhan (lantaran kelahirannya yang tidak berbapa itu), lalu apa saja yang dipertuturkan Isa itu tidak lain (dianggap mereka) Kalam Allah belaka.

Firman Allah:

“Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebagian perkataan atas (nama) Kami, niscaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya (agar dia mati dengan serta-merta).”

[Al-Quran, Surah 69, Ayat 44-46]

Berkata Abu Sa’id al-Khudri (ra), telah bersabda Rasulullah (saw):

“Janganlah kamu tulis apa-apa (hadis) dari aku. Dan barangsiapa yang telah menulis (hadis) dari aku selain al-Qur’an, hendaklah dia menghapuskannya.

Dan sampaikanlah ini (hadis) dari aku, tidak ada kesalahan di dalam melakukannya (yakni menyampaikan yang ini).

Dan barangsiapa yang berdusta terhadap aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka.”

Hadis dari Abu Said Al-Khudri (ra) juga, katanya,

(Pada suatu hari) kami sedang duduk menulis apa yang kami dengar dari Rasulullah s.a.w., lalu Baginda keluar mendapatkan kami sambil bertanya:

“Apa yang kamu tulis itu?”

Kami menjawab: “(Kami menulis) Apa yang telah kami dengar dari Rasulullah”.

(Mendengar jawapan kami itu) Baginda bersabda:

“Patutkah kamu menulis (sesuatu yang lain) bersama-sama dengan kitab Allah (Al-Qur’an)? Tulislah kitab Allah itu sahaja dan bersihkanlah dia (dari kata-kataku).”

Maka kami pun mengumpulkan (hadis-hadis Nabi) yang telah kami tulis itu pada satu tanah lapang, kemudian kami membakarnya.

Syair, Gurindam dan Seloka

oleh ANNAS HAJI AHMAD

Syair

Puisi Melayu yang berbentuk syair banyak terdapat dalam perkumpulan sastera Melayu lama. Syair adalah satu bentuk yang amat disukai di kalangan masyarakat Islam. Mungkin kerana bentuk syair itu bersemarak dalam masyarakat Melayu dengan datangnya Islam ke alam Melayu kita ini.

Perkataan syair berasal dari bahasa Arab, tetapi bentuknya dalam bahasa Arab adalah lain dari bentuk dan sifat syair yang kita jumpai dalam bahasa Melayu. Bentuk syair yang berkembang di alam Melayu berbeza dari bentuk syair Arab asli. Mengikut pendapat Za’aba, perkataan ‘syair’ itu asalnya dari perkataan arab ‘syir’ membawa maksud perasaan dan pengenalan dengan jalan pancaindera, kerana karangan syair selalunya membangkitkan berbagai-bagai perasaan dan pengalaman yang terasa menerusi gambaran yang indah.

Dalam pengertian orang-orang Melayu, syair ialah karangan berangkap yang terdiri dari rangkapan empat baris dengan persamaan bunyi pada hujung tiap-tiap barisnya. Syair juga selain dari merupakan sebuah cerita atau kisah, adalah dihiasi dengan kata-kata yang indah dan kerapkali dengan perkataan-perkataan Arab yang sukar difahami.

Orang-orang Melayu memang gemar akan bentuk syair kerana sesetengah daripada syair-syair itu dikenali oleh ahli-ahli masyarakat dan ditulis pula dalam huruf jawi. Selain dari buku-buku hikayat atau sastera, lebih-lebih lagi Penglipur Lara, ada versi-versinya dalam bentuk syair saperti syair Bayan Budiman, Syair Ken Tambuhan, dan Syair Panji Semirang.

Batu Bersurat dari Minye Tudjo

Syair yang tertua sekali yang diketahui ialah yang tertulis pada sebuah batu nisan bertarikh T.M. 1380 (14 Dzul-Hijjah 781 A.H.) yang dijumpai di Minye Tudjo di Aceh, di antara Sungai Pasai dengan Sungai Jambu Air. Syair ini tertulis pada sekeping batu dalam percampuran bahasa Melayu/Sumatra Kuno, Sanskrit dan Arab.

Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai terdapat karangan berangkap yang lebih bercorak gurindam, manakala dalam Sejarah Melayu terdapat sebutan syair dalam peminangan Tuan Puteri Gunung Ledang. Dalam buku itu ada disebut, “Ada yang saperti orang ‘bersyair.’ Ada yang saperti orang ‘berbait’.” Dari kesan-kesan di atas nyatalah syair dikenal di alam Melayu serempak dengan kedatangan ugama Islam dan tersebar dengan perkembangan agama itu.

Bentuk syair berkembang dalam zaman kerajaan Melayu Melaka dan juga setelah Acheh menjadi pusat tumpuan sasterawan-sasterawan dan pusat pengajian Islam (1525 — 1645 T.M.). Dalam zaman kecemerlangan kerajaan Acheh, terdapat seorang sasterawan agama iaitu Hamzah Fansuri yang mengarang syair-syair ibarat saperti Syair Dagang, Syair Si Burung Pingai dan Syair Perahu yang banyak dipengaruhi oleh perkataan-perkataan Arab.

Dalam daftar Werndly T.M. 1736 tidak terdapat buku-buku syair walaupun hasil-hasil Hamzah Fansuri telah ada dalam kurun masihi keenam belas. Dalam kurun masihi kedelapan belas, terdapat Syair Spellman atau Syair Perang Makasar. Perkembangan syair tidak hanya berbatas di Tanah Melayu tetapi merebak keseluruh alam Melayu, di Sumatra dan Jawa, juga di Kalimantan dan Brunei.

Sifat, Isi dan Jenis Syair

Sebahagian besar dari sastera Melayu lama terdapat dalam bentuk syair. Bahasa puisi saperti syair ini disukai oleh masyarakat lama kerana cerita dalam bentuk puisi adalah lebih menarik dan merdu selain senang masyarakat memahaminya. Juga bentuk syair menggunakan bahasa yang terikat pada irama yang menyebabkan ia senang diikuti.

Walaupun syair terdiri dari rangkap-rangkap empat baris, sesuatu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri. Tiap rangkap syair hanya berupa bahagian kecil dari keseluruhan cerita atau kesah tertentu. Ada kalanya kerana kepentingan iramanya, sesuatu baris itu ditambah tanpa membawa makna tertentu.

Biasanya bilangan perkataan dalam tiap-tiap baris syair terdiri dari empat perkataan, dan di antara delapan hingga dua belas sukukata. Hujung tiap-tiap baris dalam serangkap syair sama sajaknya dengan bunyi hujung lain-lain baris dalam rangkap itu dan berbentuk a, a, a, a, atau ada kalanya b, b, b, b. Ada kalanya untuk kepentingan persamaan bunyi perkataan, saperti ‘kan, -Iah, nya dan lagi’ dimasukkan ke dalam rangkap syair tanpa membawa sesuatu makna. Bentuk syair dapat digunakan untuk menyampaikan berbagai kisah hidup, baik yang berupa hikayat maupun untuk mengatakan percintaan, mengandungi mesej moral dan falsafah, atau untuk menyindir.

Segala sifat kelakuan manusia dapat diperkatakan dalam bentuk syair. Suatu perkara yang amat umum dalam syair Melayu ialah sifat rawan hati, kesedihan, cucuran airmata yang terdapat hampir dalam semua syair Melayu. Adakah sifat rawan hati ini merupakan satu kebiasaan dalam jiwa orang, Melayu, atau adakah pertaliannya yang rapat dengan sifat lemah lembutnya, belumpun dapat dipastikan.

Jenis Syair

Berdasarkan pokok ceritanya, syair boleh dibahagikan kedalam empat jenis, iaitu:—

1. Syair Romantik  (a) yang berpokokkan cerita Jawa Panji, (b) yang tidak berpokokkan Jawa.
2. Syair Sejarah (atau Syair Tawarikh)
3. Syair Ibarat (yang membawa kiasan dan sindiran)
4. Syair Keagamaan (yang bercorak keagamaan, dan membicarakan soal moral)

Syair Romantik yang berpokokkan cerita Jawa Panji

Syair, romantik yang berpokokkan cerita Jawa kebanyakannya berpusat di atas cerita Panji atau disadur dari cerita Panji. Syair ini ialah seperti Syair Ken Tambuhan yang amat terkenal di kalangan orang Jawa dan juga seluruh alam Melayu. Syair lain yang dimasukkan ke dalam golongan ini ialah Syair Lelakon Misa Kumintar, Syair Panji Semirang, Syair Damar Wulan dan ada lagi syair-syair cerita wayang yang lain.

Syair Romantik yang berpokokkan Jawa

Syair romantik yang tidak berpokokkan kapada cerita-cerita Panji dan amat disukai umum ialah Syair Bidasari, Syair Yatim Mustafa, Syair Selendang Delima (atau Seri Bunian), Syair Abdul Muluk, Syair Sultan Yahaya (atau Saudagar Budiman), Syair Siti Zuhrah, Syair Tajul Muluk dan Syair Harith Fazillah.

Syair-syair ini banyak memperlihatkan pengaruh India dan Parsi. Banyak daripada syair-syair ini menceritakan kisah pengembaraan anak raja atau raja, raja diusir dari negeri, watak garuda, nenek kebayan, penyiksaan dan penderitaan, dan penyamaran sebagai lelaki sebelum wataknya mendapat kebahagiaan. Banyak pula di antara syair-syair, ini mempunyai pelbagai versi.

Syair Sejarah

Syair-syair sejarah atau tawarikh tidak berapa banyak bilangannya dan ada dua tiga daripadanya yang dianggap penting. Isinya pada umumnya ialah mengenai peristiwa sejarah, tetapi tidaklah sebegitu penting baik dari segi sejarah maupun dari segi sastera. Salah satu daripada syair sejarah yang terpenting ialah Syair Emop, yang mengisahkan seorang Gabenor-Jeneral Belanda, Van Inhoff. Syair ini juga dikenali dengan nama syair Kompeni Wolanda Berperang Dengan Cina mengenai peristiwa di Betawi pada tahun 1740 M.

Sebuah lagi syair sejarah yang lebih tua dan ditulis secara objektif ialah Syair Perang Makasar. Syair ini mencatitkan peperangan antara Makasar dengan Syarikat East India Belanda dalam pertengahan abad ketujuh belas. Syair sejarah yang lain ialah Syair Perang Mentingha, Syair Perang Banjarmasin, Syair Perang Aceh, Syair Sultan Mahmud dan Syair Singapura Dimakan Api (karangan Abdullah Munsyi).

Syair Ibarat

Syair  Ibarat ialah syair yang digubah dalam bentuk kiasan dan digunakan watak-watak binatang, tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk manusia. Binatang-binatang dalam syair-syair ini dilukis dengan sifat-sifat manusia dan berupa sejenis sastera yang aneh. Contoh-contoh daripada syair-syair ini ialah saperti Syair Kumbang dan Melati, Syair Nuri (mengesahkan cintanya kapada bunga cempaka), Syair Nyamuk dan Lalat, Syair Burung Pungguk dan Syair Ikan Terubuk Berahikan Puyu Dalam Lubuk, Syair-syair Ibarat ini mengandungi maksud yang dalam.

Syair Keagamaan

Syair-syair yang bercorak keagamaan sering juga disebut syair-syair didaktik dengan maksud hendak memberi moral atau mengajar. Syair-syair ini juga mengandungi renungan yang dalam dan benar dan memberi nasihat yang berfaedah. Contoh syair jenis ini ialah seperti Syair Burung, Syair Bayan Budiman, Syair Haji, Syair Makrifat Asallat, Syair Hari Kiamat dan Syair adzab dalam Neraka.

Syair ini dan berpuluh yang lain lagi, membicarakan soal-soal agama dengan tujuan menyampaikan nasihat. Sebahagian besar daripada syair agama yang lebih mustahak dari syair-syair di atas ialah syair-syair karangan seorang ahli tasauf atau mistik terkenal, Hamzah Fansuri. Antara syair Hamzah, terdapat Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang dan Syair Sidang Fakir.

Walaupun karya Fansuri penuh dengan perkataan Arab, tetapi hasil karyanya merupakan satu kejayaan dalam sastera Melayu lama. Sebahagian besar syair-syair Hamzah mengibaratkan kehidupan manusia dalam perjalanannya menghadapi Tuhan. Syairnya juga menunjukkan pengaruh Parsi yang dalam. Dalam perjalanannya berbagai rintangan dan bahaya dialaminya.

Karangan, Hamzah ditentang hebat oleh seorang ulama yang berfaham kolot iaitu Syeikh Nuruddin Al-Raniri, akhirnya banyak daripada hasil Hamzah Fansuri telah dibakar.

Gurindam

Gurindam ialah satu lagi bentuk puisi Melayu lama yang berasal dari bahasa Tamil. Pendita Dr. Zaaba berpendapat bahawa gurindam dan seloka itu sama sahaja, iaitu satu jenis syair melarat yang tiada teratur, berangkap dan tidak tetap sukatan sajaknya dan sukukatanya. Dalam gurindam bahasanya selalu padat dan bernas dan isinya lebih cenderung kepada persoalan atau perasaan riang-ria yang berupa nyanyian, kelakar, senda gurau, atau sindir-menyindir dengan tujuan menggelikan hati.

Gurindam terjadi dari dua baris, kedua baris itu biasanya membentuk sebuah kalimat majmuk, dengan mana baris pertama menyebut sebab dan baris kedua menyebut akibat. Rumus sajaknya ialah a a. Tiap2 kerat atau baris terjadi dari sepuluh hingga empat belas sukukata. Isinya boleh mengandungi nasihat.

Raja Ali Haji dalam “Gurindam Dua Belas” menyatakan gurindam itu ialah, “perkataan yang bersajak pada akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dalam satu pasangan sahaja, jadilah sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu seperti jawab. Mithalnya: “Kalau banyak berkata-kata, Mudah termasuk perkataan dusta. Sejak kecil teranja-anja, Sesudah besar terbawa-bawa”.

B. Simorangkir Simandjuntak dalam ‘Kesusasteraan Indonesia’ berpendapat bahawa gurindam itu ialah satu ikatan yang timbul setelah ada pengaruh dari orang-orang India. Bilangan baris gurindam adalah dua, dan bersajak sempurna atau tidak sempurna. Keistimewaannya tersimpul dalam isi yang mengandungi nasihat seperti: “Kurang fikir kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat”, atau “Cari olehmu sahabat, Yang boleh dijadikan ubat”.

Seloka

Seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Bentuk ini asalnya terdapat dalam kitab-kitab tua India Mahabharata dan Ramayana, mempunyai sajak yang sederhana dan terdiri dari empat perkataan dan delapan sukukata pada tiap-tiap baris. Seloka kerapkali digunakan sebagai nasihat dan ibarat. Bahasanya kerapkali melarat dan penuh dengan sindir giat yang tajam dan dalam, dan biasanya mengejek-ejek. Seloka boleh juga mengandungi perasaan-perasaan hiba, rawan, sedih, asyik berahi, khayal dan angan-angan mengikut jenis-jenis seloka itu. Seloka terdiri dari empat baris dan bersajak saperti syair. Contoh seloka:—

“Sudah bertemu kasih sayang,
Duduk terkurung malam siang,
Hingga setapak tiada renggang,
Tulang sendi habis bergoncang.”

atau

“Orang selsema sakit berhingus,
Lubang hidung rasa terkambus,
ibarat laksana telur kemungkus,
Benci nak pandang, rasa cemus”

Soalan Ulangkaji:

1. Berikan sedikit huraian mengenai bentuk syair awal dalam bahasa Melayu.

2.. Apakah yang membezakan antara pantun dan syair ?

3.. Kemukakan beberapa hikayat Melayu yang terdapat dalam bentuk prosa dan puisi (syair).

4.. Masyarakat Melayu lama amat gemar akan bentuk syair. Huraikan perkembangan syair dalam kesusasteraan Melayu dan sebutkan jenis-jenis syair.

5. Apakah yang kamu fahami dengan puisi lama, seloka dan gurindam ? Berikan contoh-contoh untuk menjelaskan pendapat kamu ini.

Petikan dari:

SASTERA MELAYU LAMA (untuk Tingkatan Menengah dan Atas) oleh ANNAS HAJI AHMAD, Terbitan Saudara Sinaran Berhad (Tahun 1964)

Puisi Melayu Lama

Oleh ANNAS HAJI AHMAD

Kita tidak dapat menafikan lagi betapa pentingnya pengkajian sastera lama dan juga cabangnya, iaitu puisi lama. Puisi lama telah lama berkembang dalam masyarakat kita, dan kini telah pun timbul puisi Melayu baru. Yang lama dan yang berkesan dalam masyarakat kita patut dijadikan unsur penyelidikan dan kajian kita kerana puisi lama adalah sebahagian dari kebudayaan masyarakat lama. Pengetahuan kita mengenai selok-belok,bentuk dan gambaran dalam puisi lama dapat membawa kita kapada memahami masyarakat lama, cara mereka berfikir dan kebiasaan-kebiasaan dalam masyarakat itu.

Istilah puisi adalah satu istilah baru yang kita pinjam dari Indonesia untuk karangan-karangan berangkap yang mementingkan sajak, irama, sukukata dan pilihan kata. Perkataan puisi berasal dari perkataan Belanda poesie yang dalam bahasa Inggerisnya diberi nama poetry. Karangan-karangan seperti teka-teki, pantun, syair, talibun, gurindam, seloka adalah bentuk-bentuk yang biasa dikenal dengan istilah karangan berangkap. Karangan-karangan berangkap di atas ada pertaliannya antara satu sama lain dan dapat kita selidiki asalnya. Disamping itu harus juga kita ketahui akan masyarakat yang membentuk puisi Melayu lama.

Puisi lama lahir dari masyarakat lama dan menggambarkan masyarakat lama pula. Puisi lama hidup sabagai sastera lisan dan merupakan sebahagian besar dari sastera rakyat. Puisi ini hidup dari mulut ke mulut sejak zaman puntung berasap dan zaman Tok Nador berkajang kain. Puisi lama adalah hak kumpulan dicipta untuk kumpulan dan menjadi milik kumpulan. Dari itu, semua ahli masyarakat turut menggunakannya dan patuh kapada syarat-syarat yang terdapat padanya, iaitu syarat-syarat sajak di segi persamaan bunyi, sukukata dan bilangan perkataan.

Masyarakat lama tidak mementingkan soal-soal persendirian dan tidak mengkehendaki unsur-unsur pembaharuan, kerana sastera, terutama puisi, adalah hak ramai. Dalam masyarakat yang tenang, manusia mementingkan unsur-unsur persamaan. Kita telah faham bahawa bentuk-bentuk peribahasa memenuhi syarat-syarat sajak, kerana adanya sukukata-sukukata yang tertentu dan mengandungi isi yang padat. Dari itu tidaklah dihairankan jikalau teka-teki dan pantun dua kerat merupakan pendahuluan kapada bentuk pantun biasa, atau pantun empat kerat.

Kita biasa mendengar peribahasa-peribahasa ini:—

“ikut rasa binasa,
ikut suka duka,
ikut hati mati,
dan biar titik jangan tumpah
biar rebeh jangan roboh”

dan kita tahu bahawa peribahasa-peribahasa ini mempunyai rentak dan irama dan pemilihan kata-kata. Dari kesedapan bunyi ini, timbullah pula unsur-unsur permainan dalam bentuk teka-teki yang ada kalanya disebut pantun dua kerat. Cuba perhatikan teka-teki ini:

“Siakap senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohong,
lama-lama mencuri”

dan

Hujung bendul dalam semak,
kerbau mandul banyak lemak”

Teka-teki di atas boleh dilagukan dalam empat baris, sama saperti kita mengarang pantun. Hanya bila kita tuturkan terdengar seakan-akan ada dua baris sahaja. Teka-teki berasal dari perkataan Sanskrit ‘terka’ bermaksud: ‘mencuba,’ ‘mencari’ dan teka-teki berdasarkan kapada sajak dan asonansi (persamaan bunyi hujung).

Soal yang mengelirukan dalam mengkaji sastera Melayu lama, juga alam puisi Melayu, ialah percampuran dan pengaruh-pengaruh kebudayaan luar dalam sastera kita, hingga kadang-kadang kita berasa sangsi yang manakah bentuk asli dan yang mana sadoran. Ahli-ahli penyelidik seperti Adriani dan Kruijt yang berusaha mencari bentuk-bentuk asli puisi lama, telah membawanya ke arah kebudayaan bangsa Toradja di Laut Pasifik, dimana kata mereka puisi ini tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar.

Kata mereka bentuk teka-teki dan tebakan digunakan ketika menjalankan upacara-upacara ritual pertanian mereka. Sastera disesuaikan dengan musim padi. Tebakan dan teka-teki (dari segi simpetetik dan kuasa-kuasa kosmos) dapat mencepatkan dan mengelokkan hasil padi mereka. Mengeluarkan makna yang tepat pada tebakan bererti seperti mengeluarkan buah padi dari batangnya. Jadi tebakan yang mula-mula digunakan untuk usaha-usaha yang baik kemudian berubah menjadi adat pengisi waktu dan alat permainan. Dengan itu terbitlah bentuk baru seperti teka-teki atau permainan ini.

“Siapa yang belum keluar dari rumahnya tetap basah” — jawapannya — lidah.

“Yang banyak ditambahi, yang kurang dikurangi” — jawapannya menimba air dalam perahu.

Teka-teki dan pantun dua kerat telah begitu sebati dengan orang Melayu hinggakan jika disebut sekerat sahaja tahulah si pendengar akan maksud pelengkapnya.

Dengan itu jika disebut, “Pinggan tak retak, nasi tak dingin” — fahamlah si pendengar akan pelengkapnya “Sekali kau tak hendak, seribu kali aku tak ingin”. Begitu juga jikalau ada anak-anak muda yang hendak mengusik seseorang janda yang agak gemuk, mereka akan berkata:— “hujung bendul dalam semak,” tahulah janda itu jawapannya “Kerbau mandul banyak lemak.”

Teka-teki dan persajakan bagini digunakan oleh kanak-kanak waktu mereka bermain atau berolok-olok dengan kawan-kawan mereka saperti “pet-pet ketam batu,” jawapannya “mata sepet tunggu pintu” , atau “tang-tut buah labu, siapa kentut bini hantu.”

Jawapan kapada kerat pertama terpulanglah kapada hujung kerat pertama, dan kerapkali berupa menjadi sesuatu yang menggelikan hati; dan kadang-kadang oleh budak sekolah dicari mereka penyesuaian rangkap begini:—

“Siakap senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohong,
lama-lama mencuri”.

kepada

“Satu dua tiga empat,
Anak ikan sudah lompat.
Lima enam tujuh lapan
Jatuh balik atas papan.”

Penyesuaian hujung baris begini dapat mendidik anak-anak memahami bentuk pantun dan juga menggambarkan betapa luas dan dalam penggunaan puisi dalam masyarakat kita.

Satu lagi susunan kata-kata yang tidak dapat dinafikan memainkan peranan penting dalam masyarakat lama ialah mentera, jampi dan serapah. Bentuk ini khasnya digunakan oleh pawang dan bomoh. Yang menarik perhatian kita dalam bentuk ini ialah sifat-sifat asalnya, kemudian sulaman pengaruh Hindu dan akhirnya penyingkiran pengaruh Hindu dan diganti pula dengan kalimat-kalimat dari agama Islam.

Juga harus kita kaji keindahan susunan katanya dan persamaan bunyi yang ada pada hujungnya. Ada kalanya seragam dan ada kalanya pula berselang-seli. Dari zaman animisma lagi bentuk ini amatlah banyak kerana pawang dan bomoh memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat lama. Pawang bukan sahaja menjadi ahli membasmi penyakit atau wabak, penjauh hantu syaitan dan pemuja penunggu, tetapi juga pawang dapat menggunakan ilmunya untuk perkara-perkara yang buruk seperti memasukkan hantu dan untuk ilmu-ilmu pengasih.

Dalam zaman pengaruh Hindu, mentera, jampi dan serapah disulami dengan nama dewa-dewa Hindu saperti Betara Guru, Visnu, Betara Kala, Seri Rama dan lain-lain. Dalam zaman Islam pula, dewa, Hindu digantikan dengan sebutan Allah, Muhammad, Ali dan pahlawan Islam. Pengkajian mengenai bentuk puisi lama dapat menolong kita memahami keadaan dalam masyarakat lama kita dan mengetahui keadaan kepercayaan dan fahaman yang mereka anuti.

Soalan Ulangkaji:

1. Huraikan bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi Melayu lama.

2. Huraikan dengan ringkas bagaimana pantun Melayu berkembang dan apakah sebabnya pantun
kurang mendapat perhatian masyarakat Melayu sekarang.

3. Pantun ialah puisi Melayu asli yang dapat menunjukkan keperibadian bangsa Melayu. Bincangkan dan kemukakan pendapat kamu mengenai jenis-jenis pantun Melayu dan berikan contoh-contohnya.

4. Banyak sarjana barat berbeza pendapat mengenai asal perkataan pantun dan perhubungan antara pembayang maksud dengan maksudnya. Bagaimana pendapat kamu? Bagaimana pula pendapat sarjana-sarjana tempatan mengenai perkara-perkara di atas?

5. Apakah yang dikatakan pantun dua kerat atau teka-teki ? Adakah apa-apa perkaitan antara pantun dua kerat dengan pantun biasa?

6. Adakah pula perkaitan antara peribahasa dengan pantun?

7. Adakah perkaitan antara pembayang maksud dalam pantun biasa dengan maksudnya?

8. Apakah yang dikatakan pantun berkait dan berikan contohnya?

9. Beri berbagai-bagai contoh jenis dan bentuk pantun Melayu.

10. Selidiki berbagai-bagai unsur nyanyian kanak-kanak di daerah kamu dan analis akan dari segi pilihan kata, irama dan isinya.

Petikan dari:

SASTERA MELAYU LAMA (untuk Tingkatan Menengah dan Atas) oleh ANNAS HAJI AHMAD, Terbitan Saudara Sinaran Berhad (Tahun 1964)

Peribahasa Melayu

Oleh ANNAS HAJI AHMAD

Kedudukan Peribahasa dalam masyarakat Melayu

Sarjana barat, seperti Winstedt dan Wilkinson berasa kagum dengan kekayaan peribahasa Melayu yang berjumlah berpuluh ribu itu. Masyarakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup. Alam peribahasa Melayu dengan sendirinya merupakan satu kemegahan masyarakat Melayu lama, mempunyai pertalian yang erat dengan bentuk puisi lama dan meliputi medan yang luas dalam pemakaian bahasa.

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam sastera rakyat, iaitu sastera yang disampaikan secara lisan dari satu keturunan kapada keturunan yang lain. Bila kita hendak menyampaikan sesuatu mengikut bentuk lisan kita berkehendakkan sesuatu sistem pemilihan kata yang sesuai, sedap didengar dan hendaklah ringkas, kerana penerimaannya tergantung kapada penangkapan bunyi perkataan dan susunannya. Dengan itu, penggunaan peribahasa merupakan satu seni tersendiri yang sangat terkenal dalam masyarakat Melayu lama.

Alam peribahasa Melayu meliputi kata yang dipilih khas, kata geliga, kata orang tua, bahasa kiasan dalam serba bentuk simpulan bahasa, pepatah dan bidalan yang mengandungi makna selapis, termasuk kata perbilangan yang dipakai sebagai panduan hidup dan perumpamaan yang mengandungi pengertian dua lapis.

Pemakaian peribahasa bukan sahaja merupakan satu kebijaksanaan, tetapi pengetahuan mengenainya dapat membawa kita kapada memahami corak fikiran, asas tindakan, kesukaan dan perkara yang dibenci masyarakat lama.

Peribahasa tumbuh bersama masyarakat zaman dahulu. Peribahasa hanya sanggup tumbuh dikalangan masyarakat daerah dan bukannya masyarakat kota. Adalah juga difahami bahawa jika sesuatu bahasa itu berkembang dan menjadi bahasa resmi, peribahasanya akan berkurang. Peribahasa tidak sahaja patut dikaji dari sudut bagaimana tumbuhnya dalam masyarakat, tetapi juga dari segi pemakaian dan kegunaannya. Peribahasa, baik yang digunakan dalam pertuturan harian maupun dalam penulisan sastera dan puisi, mementingkan unsur bunyi. Bunyi dengan susunan kata dapat menimbulkan asonansi dan aliterasi yang memberi kesan kapada pendengar.

Masyarakat Melayu lama yang mementingkan peribahasa adalah masyarakat yang stabil, masyarakat yang tenteram, dan ahlinya mempunyai kesempatan untuk berfikir dari segi keindahan bahasa. Banyak peribahasa Melayu yang mengambil perlambangan alam sekeliling untuk memberi makna yang padat dan tepat dalam menggunakan peribahasa.

Kata itu pada hakikatnya mempunyai kebenaran, setidak-tidaknya pada zamannya. Contoh peribahasa adalah “kata itu kota”, “sedikit lama-lama jadi bukit”, atau “bukit sama didaki, lurah sama dituruni” yang terbit dari pengalaman, pemerhatian dan pandangan yang dalam. Dalam masyarakat yang tenteram, ahlinya mementingkan sifat, persamaan dan menentang keras orang, yang hendak mengasing, dan memandai sebab peribahasa dianggap kepunyaan umum yang sesiapa juga boleh menggunakannya.

Peribahasa juga dibentuk dengan menggunakan imej (lambang) dari keadaan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Contohnya ialah perumpamaan “menanti ara tidak bergetah” dan “tetak air tidak akan putus” yang bukan sahaja menggunakan perlambangan yang tepat, tetapi juga dengan perlambangan ini bilangan perkataan itu boleh dikurangkan untuk menjadikan peribahasa itu padat dalam susunan, pendek dan rapat, yang sama ada membawa makna selapis atau dua lapis.

Ada kalanya peribahasa itu dibentuk dengan mempunyai unsur, asonansi dan aliterasi seperti “ikut hati mati, ikut suka duka, ikut rasa binasa” atau “biar titik jangan tumpah” dengan mana mengindahkan peribahasa itu dari segi bunyi dan rentaknya. Ada kalanya dimasukkan pula unsur, pertentangan bunyi yang membawa kesan yang dalam juga, seperti “lain padang, lain belalang, lain lubuk lain ikannya”. Kadang pula kata itu diselang-selikan saperti dalam, “ringan tulang berat perut, berat tulang ringan perut.”

Dalam sastera rakyat yang mementingkan pendengaran, unsur bunyi amatlah penting. Bahkan dalam pantun, peribahasalah yang dapat memenuhi syarat, bilangan sukukata, perkataan dan isi yang padat. Jikalau dikaji pula penggunaan peribahasa pada umumnya, timbul keindahan dari segi kehalusan budi dan tujuan di sebalik peribahasa itu. Masyarakat Melayu lama dalam perhubungan mereka sehari-hari membicarakan soal adat dengan menggunakan peribahasa sebagai satu hiasan dan tanda kebijaksanaan. Pemakaiannya merupakan satu kelaziman. Perumpamaan juga merupakan perekonomian bahasa.

Peribahasa juga dapat menyembunyikan kata-kata yang kasar seperti sindiran dan kekasaran yang diselimuti dengan kata-kata halus yang berkesan. Contohnya, alangkah dalam maksud di sabalik perumpamaan “siapa makan cabai, dialah yang merasa pedasnya,” dan “air tenang jangan disangka tiada buayanya”.

Sementara dalam masyarakat yang tidak biasa dengan alat-alat untuk menentukan waktu mereka berpegang kapada cara-cara yang tertentu. Mithalnya, untuk mengatakan lama masa disebut “sepenanak nasi, selempar batu, matahari segalah, dua bulan purnama” dan lain-lain lagi. Dengan ini fahamlah kita akan kekayaan dan keindahan alam peribahasa Melayu.

Soalan Ulangkaji:

1. Masyarakat Melayu lama biasa sekali dengan peribahasa. Masyarakat sekarang jarang-jarang menggunakan peribahasa. Bagaimana pendapat kamu ?

2. Peribahasa Melayu merupakan satu kekayaan dalam bahasa Melayu. Huraikan pertumbuhan dan bentukbentuk serta jenis-jenisnya.

3. Huraikan latar belakang masyarakat yang menggunakan peribahasa.

4. Apakah perbezaan antara pepatah dan perumpamaan?

5. Bincangkan peranan peribahasa dari segi pilihan kata dan kiasan.

Petikan dari:

SASTERA MELAYU LAMA (untuk Tingkatan Menengah dan Atas) oleh ANNAS HAJI AHMAD, Terbitan Saudara Sinaran Berhad (Tahun 1964)

 

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers